Khamis, 24 Januari 2013

PAS Kelantan Rancang Bina Roket Ke Bulan - Husam Musa





Husam Musa, siapa yang tak kenal dengan pakar ekonomi merangkap pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan Negeri Kelantan? Kemarin, Pakar Ekonomi ini sekali lagi meletakkan batu asas dengan mendakwa Kerajaan PAS Kelantan telah menemui satu rizab minyak dalam jumlah yang besar di Kota Bharu.

Syukur jika benar apa yang didakwa kerana Kelantan juga sebuah negeri di bawah Malaysia. Kejayaan Kelantan adalah kejayaan negara juga bukan? Namun, dakwaan yang tidak konkrit sebegini pasti menimbulkan banyak tanda tanya. Apa buktinya?KB itu besar, dimana kah lokasinya? berapa kah keluasannya? dan banyak lagi perkara yang menjadi persoalan. 

“Bila orang kata pilihan raya bulan 3, Pas Kelantan umum nak buat Stadium islam"
"Bila orang kata pilihan raya bulan 6, Husam umum nak bina lebuh raya prepaid"
"Bila orang kata pilihan raya bulan 11, Husam umum pula nak bullet train"
"Bila dekat-dekat nak bubar parlimen, Husam umum penemuan minyak di KB"

Dakwaan penemuan minyak oleh Husam Musa sekali lagi menjadi bahan jenaka di Laman Media Sosial. Ini berlaku kerana telah banyak projek mega yang terkadang tidak masuk akal di rancang oleh Pakar Ekonomi Negeri Kelantan ini. Projek yang di rancang sekadar menjadi batu asas tanpa sebarang perkembangan. batu asas sekadar untuk menarik undi rakyat kelantan yang semakin muak dengan kepimpinan PAS Kelantan.

Rakyat sudah lali dengan taktik lama seperti ini, melainkan penyokong-penyokong taksub pasti akan menerima bulat-bulat meskipun beratus kali di hidangkan dengan kata-kata manis pemimpin maksum mereka. 





#PRU-13, PAS sudah bersiap sedia menaiki roket menuju ke Bulan! Selamat Tinggal PAS!

3 comments:

Warga Bunut Payong berkata... 24 Januari 2013 8:21 PTG

Alhamdulillah .. dua biji telaga minyak kita temui ..
i) telaga di temui kg. Kota berhampiran rumah huse muso
ii) telaga kedua ditemui di kg. Pulau Melaka ..
Projek cari gali minyak di daratan akan diketuai oleh
En. Nazri Drahman ..

Tanpa Nama berkata... 24 Januari 2013 10:23 PTG

Meroket ke bintang ye yeh.....haw siaw la lu.

Tanpa Nama berkata... 24 Januari 2013 10:27 PTG

Tenong betoi2 muka dia.....korang nampak tak apa yg aku nampak.....PENIPU.

Catat Ulasan