3) Anti-LYNAS
Jalan Kaki Anti-Lynas ke Dataran Merdeka sejauh 300KM dari Gebeng, Kuantan, Pahang yang diketuai oleh Encik Wong Tat telah dianjurkan secara haram, dengan tujuan untuk membantah Lynas.
Anti-Lynas Green Walk ini melanggar peraturan dan menggalakkan semangat
perkauman dan perpecahan diantara bangsa dan kaum. Dan satu perkara yang
pasti dan sama, kedua-duanya dibangkitkan oleh mereka berbangsa Cina
yang berfikiran Rasis dan sempit serta mungkin mendokong ideologi
Komunisme.
Hampir 90% yang menyertai ini serta menggalakkan kempen ini terdiri dari
mereka yang berbangsa Cina, mereka yang inginkan revolusi, serta ingin
memecahkan dominasi serta perpaduan kaum diantara bangsa. Mungkin timbul
persoalan mengatakan terdapat segelintir mereka yang berbangsa lain
yang menyertai jalan kaki ini, tapi mereka ini mungkin sekali sudah
dibayar serta mendokong pemikiran ekstremis yang mahukan perpecahan,
yang sukakan keganasan, dan mahukan keutuhan perpaduan kaum serta bangsa
yang dibina hingga kini roboh. Mereka puak pembangkang menggemari keganasan serta ingin sekali menumbangkan kerajaan dengan cara mengadakan demonstrasi yang memprovokasi pelbagai pihak.
4) Isu Air Selangor
Selangor kini mengalami masalah air yang genting disebabkan kadar rizab
air di negeri ini kini hanya tinggal 2.4 peratus berbanding kadar yang
sepatutnya serta dikhuatiri berpanjangan sekiranya Kerajaan Negeri masih
enggan melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keadaan itu
menyebabkan pelabur luar tidak dapat menjalankan aktiviti perindustrian
di negeri ini.
“Masalah air adalah masalah yang perlu dipandang serius. Ianya akan
menjejaskan semua semua urusan seperti usahawan mikro, kecil dan
sederhana, apatah lagi urusan syarikat-syarikat besar yang akan
meninggalkan impak yang lebih besar.
“Apabila kerajaan negeri tidak menyimpan air dalam kadar yang
ditetapkan, ia akan membantutkan urusan dan pembangunan kilang-kilang.
Untuk mengelak perkara itu, mereka sepatutnya meneruskan Projek Langat 2
bagi mengatasi masalah air ini,”
Najib berkata, isu bekalan air di negeri ini sangat serius hingga
menyebabkan 129 kilang dengan nilai pelaburan RM3.8 bilion, dan mampu
menjana 12,000 peluang pekerjaan serta sejumlah projek perumahan, tidak
dapat dilaksanakan.
Khalid Ibrahim masih berdolak dalik dan masih belum mahu meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat kerana tidak mahu kerajaan Pusat mendapat pujian penduduk Selangor. Walhal kerajaan Pusat hanya mahu memastikan kebajikan rakyat Selangor terjaga









0 comments:
Catat Ulasan