Alasan yang tidak masuk akal, MyMassa melihat keputusan Majlis Syura yang hanya menggugurkan jawatan Ust. Nasha adalah semata-mata untuk mengaburi mata rakyat Malaysia dan Penyokong Tegar PAS. Kenapa tidak pecat daripada menjadi ahli PAS saja? MyMassa rasa PAS tidak mahu dilihat sebagai parti yang bermasalah. Jika dipecat terus,akan menjatuhkan populariti Parti PAS, tetapi jika dibiarkan pula, kesannya juga sama. Mungkin itu sahaja jalan Majlis Syura bagi mengelak akibat yang lebih besar kepada PAS.
Majlis Syura Ulama' PAS Pusat memutuskan untuk menggugurkan jawatan menggugurkan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dari jawatan anggota badan tersebut.
Setiausaha Majlis Syura PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, ianya berdasarkan rekod Nasharuddin yang telah melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan.“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat... Selebihnya tidak mahu ulas. maaf ya."
Beliau juga mengesahkan surat perlucutan jawatan telahpun diserahkan kepada Nasharuddin petang tadi. Tindakan ini telah diputuskan sejurus tindakan Nasharudin menyertai rombongan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Misi Kemanusiaan Gaza baru- baru ini. -KLPOS
![]() |
| Adakah perbalahan dengan Karpal Singh salah satu punca pengguguran Ustaz Nasha? |







6 comments:
Ustaz Nasya digugurkan setelah nik ajiz makan kek bday Di rumah karpal ptg tadi.
Ustaz Nasya digugurkan setelah nik ajiz makan kek bday Di rumah karpal ptg tadi.
x de demokrasi dlm PR.
Ust nasha hanya g palestin pun d gugurkan??
Pelik bin ajaib.......
tahniah kapal sing....islam PAS akan terus membangun di bawah pimpinan ikon cokelat hek ni....nanti bila dah jadi mursidul am PAS, jangan lupa plak nak bawa mat sabun ke puncak dunia untuk perkembangkan ajaran syiah di Malaysia..
apalah bongok korang nie...dia dipecat SEBELUM pergi GAZA..
Catat Ulasan