Rabu, 2 Januari 2013

BERSETUJUKAH ANDA KETUA PEMUDA UMNO TIDAK BERTANDING PRU13


PERLUKAH KJ DIBERI PELUANG MEMBETULKAN KESILAPANNYA SEMASA PRU12 TAHUN 2008

Berita ini sudah basi, kini menjadi paparan Keadilan Daily 2 hari lepas. 
Isunya, adakah sejak 2009 hingga sekarang, KJ sudah berjaya menebus kesilapannya semasa Pak Lah menjadi PM. Adakah KJ sudah berjaya membuktikan bahawa dia telah sedar akan kesilapan-kesilapannya yang lalu. Makanya, kita harus menilai semula keadaan ini dan artikel di bawah ini. Mari kita baca dan beri pandangan yang sewajarnya. 

"Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang juga anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mungkin tidak akan dicalonkan untuk bertanding semula dalam Pilihan Raya Umum ke13 berikutan dengan pendedahan bahawa beliau telah berhutang berjuta ringgit dari Bank Pertanian yang pembayaran semulanya menjadi persoalan.


Pinjaman itu dikatakan diperolehinya sebelum Datuk Seri Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Pekara ini telah diketahui umum termasuk kalangan UMNO dan hari ini (30 Disember 2012), Suara Parti Keadilan, Keadilandaily yang Anwar Ibrahim adalah Ketua Umumnya telah menimbulkan beberapa pertanyaan dan kritikan berhubung dengan pinjaman itu.

Khairy adalah simpatisan Anwar Ibrahim yang terbukti apabila Anwar dibebaskan, beliau sendiri telah menghantar pasport antarabangsa untuk Anwar mendapat rawatan tengkok patah di luar negara.

Beliau berbuat demikian untuk mencari populariti di kalangan penyokong-penyokong Anwar yang masih ada dalam UMNO, tetapi sebaliknya menimbulkan kemarahan menyeluruh ahli UMNO yang masih menghormati Tun Dr. Mahathir.

Kenyataan penyelaras apa yang dikatakan sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Saharin menyebutkan, Khairy mendapat kemudahan pinjaman itu ketika Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri.


Sayugia disebutkan, hal ini bukanlah luar biasa. Beberapa orang rakan Anwar Ibrahim juga pernah mendapat pelbagai kemudahan pinjaman bank ketika beliau menjadi Timbalan  Perdana Menteri.


Bagaimanapun, pendedahan ini menambahkan tekanan kepada Khairy dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 kerana beliau adalah Ketua Pemuda UMNO dan di samping itu beliau tetap diingati dengan  percaturan politiknya yang menyebabkan beberapa orang calon berpotensi menang dalam pilihanraya 2008 telah tersingkir.


Di samping itu, dalam masa krisis kepimpinan selepas Tsunami 2008, portal Malaysian Insider yang dikendalikan oleh beberapa orang yang diketahui sebagai  rakan rapat Khairy telah memperkecilkan Najib dalam usaha terakhir untuk menghalangnya ke jawatan Perdana Menteri.


Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (S.A.M.M) Cikgu Bad dalam kenyataannya berkata, beliau telah mendapat dokumen yang setelah diperiksa diyakini sahih bahawa Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pernah mendapat pinjaman membawa nilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia.


Kenyataan itu mempersoalkan sama ada hutang itu telah dibayar atau belum dan dia mendakwa Khairy dibiarkan berhutang tanpa tindakan.

Sumber biasa sahaja: http://zamkata.blogspot.com

10 comments:

Tanpa Nama berkata... 2 Januari 2013 12:13 PG

Ya Ka? Alhamdullilah... siapa agaknbya yang menghancurkan UMNO ya sebelum ni?

Tanpa Nama berkata... 2 Januari 2013 12:26 PG

Ini semua rekaan pembangkang yg takut dengan yb kj. Mereka tentu suka kalau yb kj tak bertanding kerana ini akan memudahkan laluan mereka, 2) boleh reka cipta macam2 cerita untuk pecahbelahkan Umno, 3) bole cuba beli kj untuk kuatkan teari mereka. Pokoknya, kj mungkin buat kesilapan kerana darah mudanya, tapi kalau dia sedar dan insaf tiada masalah. Dosa hadi lebih besar kerena mengkafirkan umat.

Tanpa Nama berkata... 2 Januari 2013 12:43 PG

teringat kata-kata Tun M berbunyi " Siapa dia khairy ni?? "

hamidi ppulenggong berkata... 2 Januari 2013 1:42 PG

KJ adalah pemimpin muda yg amat sesuai mentranformasikan golongan muda... Tahniah KJ

Tanpa Nama berkata... 2 Januari 2013 1:53 PG

KJ seharusnya diberi peluang utk tebus kesilapan Pak 'takapalah'
Jangan Lena di buai pembangkang.....

kj antara yang terbaik uk Malaysia.....percaya lah......

Tanpa Nama berkata... 2 Januari 2013 1:57 PTG

Dosamu pada umno dan negara tak kan ku lupakan. Kaulah penghancur bangsa mu sendiri. Walau apa pun yang kau lakukan masih tak cukup untuk menebus dosa2mu. Lebih baik kau berundur kerana kami dah muak melihat mukamu di media.

Man driver berkata... 2 Januari 2013 6:10 PTG

BERILAH PELUANG KPD BELIAU YANG MEWAKILI GOLONGAN PEMUDA UTK BERTANDING PD KALI INI KERANA USAHA-USAHA BELIAU LAKUKAN SELEPAS KESILAPAN YG PERNAH DIBUAT OLEH BELIAU PADA PRU 2008. MANA PEMIMPIN YG TAK PERNAH BUAT KESILAPAN TERMASUK TU MAHATHIR SENDIRI. YANG UTAMA IA TELAH BERUBAH DAN BERUSAHA UNTUK MENINGKATKAN SOKONGAN RAKYAT TERUTAMA GOLONGAN MUDA UNTUK MENYOKONG UMNO DAN BN PADA PRU 13 NI. TUN MAHATHIR JUGA DULU PERNAH BUAT KESILAPAN BERHUBUNG DENGAN PINDAAN PERLEMBAGAAN YANG MELIBATKAN RAJA-RAJA DIMANA KAUM CINA DAN INDIA TERMASUK MELAYU DALAM DAP DAN PKR SERTA PAS SAMPAI BERANI MENGHINA INSTITUSI INI SELEPAS PRU 13. SEMUA PERKARA INI ADALAH SEBAGAI IKTIBAR KPD KITA SEMUA. YG PENTING TINGKATKAN USAHA SERTA BERUSAHA TINGKATKAN SOKONGAN RAKYAT TERHADAP UMNO DAN BN DENGAN APA CARA SEKALIPUN, SUPAYA UMNO DAN BN MENANG BESAR PD PRU 13 NI DAH CUKUP. MANA PEMIMPIN YG TAK PERNAH BUAT SILAP, TETAPI KITA PERLU IKHLAS DAN JANGAN JADI PERANGAI SEPERTI PEMIMPIN PEMBANGKANG SUDAHLAH, YG TIDAK MENGHORMATI PERLEMBAGAAN, HANYA NAK MENANG SAHAJA.

Tanpa Nama berkata... 2 Januari 2013 11:15 PTG

Sebenarnya, kena lihat satu segi lagi. Kalau dia dibuang dan disisih, misalan kata dia dibeli oleh pembangkang, maka lagi besar lawan yang perlu UMNO tempuhi, sebab KJ antara orang yang betul betul boleh berdebat mematahkan hujah Anwar Ibrahim.

Tanpa Nama berkata... 8 Januari 2013 5:30 PTG

setuju dengan man driver, bagi peluang...hutang tu biasala kena bayar, jangan rasuah sudah

ibnusahdan berkata... 5 April 2013 7:02 PTG

"maafkanlah dosa orang yg murah hati,kekeliruan seorang ulama dan tindakan seorang penguasa yg adil.sesungguhnya Allah Ta'ala membimbing mereka apabila ada yg tergelincir"[H.R:Bukhari]
manusia tak terlepas drpd membuat kesilapan.siapa yg lebih baik ialah yg segera mengakui kesilapan dan memperbetulkan kesilapan itu,memohon maaf dan bertawbat.

Catat Ulasan