Jumaat, 31 Ogos 2012

ANWAR PUJUK DR. MAHATHIR & CERITA BAPAK OSMAN

5
RAHIMI OSMAN
Sejarah dan Nostalgia sangat penting untuk kita membina sejarah di hadapan kita, untuk kita mengenali siapa mereka dan kenapa mereka begitu.

Pada 31 Ogos 1998, dua hari sebelum Anwar dipecat, acara Sambutan Hari Kemerdekaan diadakan di Pulau Pinang. Anwar dalam ulasanulasan terakhirnya menganggap Dr. Mahathir adalah guru politiknya, beliau akan tetap setia kepada Dr. Mahathir. Apabila ditanya desas-desus beliau akan dipecat, beliau segera menafikannya dan menjawab kepada wartawan bahawa beliau adalah Timbalan Perdana Menteri yang setia kepada Dr. Mahathir.

Jam-jam terakhir, Anwar masih memujuk Dr. Mahathir, Anwar menulis surat kepada Dr. Mahathir pada malam 31.8.1998 dengan harapan Dr. Mahathir tidak akan memecatnya.

Bukan itu sahaja, Anwar juga memaksa Wan Azizah supaya bercakap dengan Dr. Siti Hasmah supaya memaafkan Anwar dan tidak memecat Anwar.

Begitulah Anwar, berusaha menyelamatkan dirinya sehingga ke titisan air mata terakhir, malangnya Anwar tetap dipecat kerana penyakit moralnya. Sebagai Doktor, Dr. Mahathir tidak mengambil masa yang lama untuk membunuh kuman dan virus yang membahayakan rakyat dan negara Malaysia.

Di akhir rayuannya, Anwar diberi peluang bercakap dalam Mesyuarat Tertinggi UMNO, seperti biasa Anwar berhujah dan berceramah kepada semua Ahli MT UMNO, namun ia tidak cukup untuk menyembunyikan penyakit moralnya itu.

10 tahun kemudian, mereka yang sedar penyakit Anwar itu meninggalkan Anwar seperti Dr. Chandra dengan 37 pengikut tegar Anwar meninggalkan Anwar. Tinggal saki baki sahaja lagi.

Rahimi Osman? Bapaknya adalah penyokong tegar PKR!...Namun, apabila anaknya sendiri Rahimi memberitahu bapaknya yang dia sendiri hampir kena oleh Anwar, bapaknya terkejut, terkedu dan terperanjat. Akhirnya, Osman yang tegar pun meninggalkan Anwar dengan tabiat buruknya itu. 


Agensi Kerajaan mana yang guna logo #Merdeka55 Pakatan Rakyat?!! @NajibRazak @TunFaisal

2
 
 
Cuba klik ke laman utama Pos Laju sekarang iaitu http://www.poslaju.com.my/ Anda akan dapati ada sesuatu yang tidak kena.
 
Mengapa logo kemerdekaan Pakatan Rakyat yang membawa mesej GOSPEL halus yang digunakan di laman web rasmi mereka?!! Kalau kita buat sedikit penyelidikan tentang PosLaju ini, kita akan dapati ianya merupakan salah satu unit di bawah Pos Malaysia yang kini diswastakan di bawah DRB-Hicom.
 
Dengan kata lain, PosLaju ini juga merupakan salah satu GLC Kerajaan Persekutuan yang diterajui BN! Jadi, mengapa perkara seumpama ini boleh berlaku?!! Adakah wujud unsur-unsur sabotaj di kalangan unit IT Pos Malaysia/Laju yang sengaja menempelkan logo kemerdekaan Gospel Pakatan di laman web rasmi mereka?!!
 
Sehingga artikel ini ditulis, logo tersebut masih lagi boleh dilihat di laman web PosLaju. Mohon pencerahan dan penjelasan segera daripada pihak yang bertanggungjawab!
 


Poster MyMassa: Akibat terlalu gemar baca kitab JingGAY Pakatan Rakyat #Merdeka55

0



*Alim ulama' hamPAS ramai sudah tergelincir akidah akibat baca buku JingGAY hari-hari. Buku JingGAY Pakatan Rakyat membahayakan "Kesihatan" rohani dan jasmani.

Jom tengok macamana pakar demokrasi sambut #Merdeka55 @NajibRazak

8



Inilah jadinya apabila menjadikan seorang manusia yang mahu menyamaratakan Islam dengan agama lain sebagai idola. Sampaikan pak lebai-pak lebai Pas yang tak pernah turun sambut malam Merdeka pun boleh terkinja-kinja macam beruk.

Kemudian sambut merdeka dengan bawa agenda republik (bughah) dan mempersendakan pemimpin. Bukan nampak macam budak tidak cukup akalkah macam ini?!! Inikah gaya demokrasi yang mahu ditegakkan oleh syaitan kuning Bersih?!!

Cakap banyak pun tak guna. Pembaca nilaikanlah sendiri apakah ini kaedah mensyukuri kebebasan yang diredhai Allah SWT. Tak sabar hendak dengar fatwa N.Ajis n co berhubung sambutan dengan cara menyerupai orang hilang akal ini. Tah ayat kitab mana yang akan dipetik bagi menghalalkan semua perbuatan tidak bertamadun dalam video di bawah ini.


*Perangai melayu yang jadi penganut Bersih sudah macam orang tiada agama.

Poster MyMassa: Kelebihan mengundi Pakatan Rakyat #Merdeka55

0



*Siapa kata undi Pakatan Rakyat tidak dapat apa?!!

Iklan Merdeka Paling Pedas Untuk Peserta BERSIH Sebentar Tadi.

10


*Tahniah kepada Sentuhan Belacan yang berjaya menghasilkan video Merdeka yang pedas macam ni. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55 dari Team MyMassa.



Gambar Di Dataran Merdeka : Ninja Dikesan!

2
Gaya Ninja salah peserta di Dataran Merdeka.

Sampai konfius kawan dia kat sebelah ni dibuatnya.

Khamis, 30 Ogos 2012

Gambar Terkini @Dataran Merdeka : Wajah Kecewa Samad Said, Janji Demokrasi DiRAMPAS Pengganas BERSIH.

7
Rakan MyMassa, Jejarikami berjaya mengesan tempat persembunyian A.Samad Said berhampiran Dataran Merdeka.


Jelas terpampang kekecewaan di wajah A.Samad Said. Program yang diberi nama JANJI DEMOKRASI telah direntap oleh pengganas BERSIH.


A.Samad Said pun tak sanggup nak pakai baju kuning BERSIH yang melambangkan KEGANASAN.


GEMPAR! Pengganas BERSIH Edar Bendera REPUBLIK MALAYSIA Di Dataran Merdeka!

6

Siaran Langsung Dari Dataran Merdeka.

0

Live video by Ustream Siaran langsung dari blogger Lensakini di Dataran Merdeka.

*Masih mengalami kelembapan talian internet. Harap maaf.

#Merdeka55 : Nak naik BAS pun kena pakai PASSWORD ?!!

2


Sudah jadi semacam satu trend di kalangan lanun Pakatan Rakyat, di penghujung era penindasan mereka di Selangor, duit rakyat dilodehkan semahunya, kali ini untuk membeli bas-bas mewah dua tingkat yang harganya tidak kurang RM500K sebuah. Paling menarik, letak gambar muka sendiri pada bas-bas tersebut seolah-olah mereka akan menguasai Selangor buat selama-lamanya.

Kemudian, guna nama RAKYAT untuk tunjuk konon-kononnya bas tersebut disediakan demi kemudahan rakyat. PTUIH!!! Cuba cakap sudah berapa kerat rakyat Selangor yang dapat peluang naik bas-bas MEWAH tersebut secara PERCUMA ?!! 



Mewah tidak mewahlah, bas yang dibeli pun mampu dicat mengikut tema semasa lagi. Malah, Ketua UMUM mereka pun tidak mahu ketinggalan, walaupun hanya berjawatan penasihat ekonomi RM 1. Jaja nama MERDEKA untuk halalkan duit rakyat (atau duit CIA?!!) beli BAS mewah dan promosi diri sendiri. Sekarang puak-puak yang selalu kata BN bazir duit rakyat ini tidak mahu komen apa-apakah?!!

Tidak mahukah mereka persoalkan sumber kewangan untuk membeli bas-bas mewah tersebut?!! Kalau kata hasil kutipan tin-tin Milo ceramah pun mungkin juga, tetapi kesian pula pada PAS. Chai totok mereka yang berhempas pulas merayu dan berderma, konco-konco PKR pula yang bermewah-mewah. Itulah akibatnya kerana akal sempit dek kopiah yang sudah ketat dan masam.

Dengar katanya, untuk naik bas-bas tersebut, terutamanya bas Ketua Umum, penumpang perlu mneyebut kata laluan tertentu sebelum pintu bas terbuka. Macam pintu gua ali BABA/pintu kondo di Bangsar.

Namun, kami pasti, 'jambu-jambu' di bawah ini tidak memerlukan sebarang kata laluan untuk menaiki bas Ketua Umum tersebut...





Merdeka! Merdeka! Merdeka! Siapa nak Preve, jom tweet #Merdeka55 !

0




*Nukilan poster yang kreatif daripada seorang Pistol yang Nakal. BN hendak bagi sebuah kereta Proton Preve hanya dengan Tweet #Merdeka55. Pakatan Rakyat Ada?!!


Surat Kerajaan Selangor Bocor!

1
Paku dulang
Paku serpih
Kata orang
Pembangkang yang lebih.



*Ingatkan tak payah ada surat macam ni pun Pakatan Pembangkang boleh kumpul orang. MyMassa dapat SMS dari ketua kampung yang mengadu bahawa mereka DIWAJIBKAN datang. Ada yang cadang buat open house dan doa selamat, terpaksa tunda sebab ARAHAN RASMI dari pemimpin PKR.

Khalid Ibrahim Tayang Apa Tu?

2

Manifesto Isu Air Percuma Bukan Perjanjian

SHAH ALAM 29 Ogos - Manifesto parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang menjanjikan bekalan air kegunaan domestik secara percuma sebanyak 20 meter padu pertama setiap bulan tanpa menyatakan syarat pengguna mesti menggunakan meter individu, adalah 'bukan satu perjanjian'.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengemukakan alasan itu bagi menepis kritikan pelbagai pihak yang mempertikaikan keengganan pentadbiran kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memberikan kemudahan air percuma kepada ratusan ribu penghuni pangsapuri dan kondominium atas alasan mereka masih menggunakan meter air pukal.

Beliau juga kekal dengan pendirian tidak melayan tuntutan membayar tunggakan air percuma ditaksirkan mencecah RM300 juta setelah para penghuni kediaman bertingkat tersebut dinafikan hak menikmati kemudahan air percuma sejak Ogos 2008.
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20120830/po_03/Manifesto-isu-air-percuma-bukan-perjanjian

Kalau manifesto bukan perjanjian, kenapa manifesto @ janji pilihan raya ditabur semasa berkempen?


Jika dah tak mampu nak tunaikan, lain kali tak payah berjanjilah.

Daripada janji-janji yang ditabur oleh Pakatan Pembangkang, majoritinya tak tertunai.

Sebab tu la bila tema Hari Kemerdekaan tahun ini adalah JANJI DITEPATI, maka meroyanlah juak-juak pembangkang yang takut rakyat tuntut janji yang pernah mereka taburkan. Dan akhirnya, mereka menggunakan tema yang berbeza.


Sanggupkah anda ditipu lagi dengan janji mereka?

*Fikir-fikirkan.

Gambar Rafizi Ramli Rampas Jambu Anwar Ibrahim???

2
Macam pernah ku lihat lelaki yang bergambar dengan Rafizi ni....tapi di mana ya???

Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pusat-now-rafizi-jadikan-dedah-maklumat-budaya-malaysia/

Bila MyMassa tengok gambar ni, baru MyMassa teringat.


Lelaki inilah yang pernah memberikan bunga dan 'cium' pipi Anwar Ibrahim.


'Lentik' jugak pasangan baru Rafizi ni yer.

*Jangan sampai nyanyi lagu 'The Boy is Mine' udah le.


Rabu, 29 Ogos 2012

Cuba Teka Gambar Siapa Ni?

7
Bersungguhnya ambil gambar....



*Inilah wartawan Singapura yang sering dikesan dalam perhimpunan haram. Blogger-blogger yang turun buat liputan mesti pernah jumpa minah ni. Nak tahu betapa teruknya reporter Singapura spin cerita pasal Malaysia, boleh baca di blog http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/ yang selalu kantoikan laporan dari negara jiran.

Undilah Calon Parti Islam....

0

Parody Samad Said Buang Tabiat.

0
Video kewl dari anak muda, Norelleization.


*Sebar-sebarkan.

BERITA DARI SABAH: LAJIM KEMBALI RUJUK

17
SAYA KENA TIPU BAH
Berita yang baru diterima dari Sabah memaklumkan, kegagalan Lajim membawa masuk YB-YB UMNO dan BN ke dalam Sabah Front dan seterusnya menyokong Anwar telah membuatkan Anwar kembali melenting dan membuli Lajim.

Lajim gagal menarik YB Datuk Ghapur dan 4 ADUN UMNO, Lajim juga gagal menarik YB Bung, malah kegagalan Lajim menarik Datuk Osu Sukam, Datuk Hajiji, Datuk Karim Bujang, Datuk Datu Amir Kahar menyertai Anwar pada 12 Ogos yang lalu menunjukkan kelemahan Lajim yang membuatkan Anwar melenting.

Mantan SU Lajim memberitahu kita bahawa Lajim telah diperdaya dan terpedaya, janji-janji Anwar untuk membawa masuk jutaan Ringgit ke dalam saku Lajim sebenarnya hanya janji. Kata Lajim, "bagaimana aku mau beli mereka jika wang yang Anwar janji tidak masuk?. Hanya air liur sapa mau masuk?"

Akibat dari itu, Lajim telah menyampaikan kepada seorang wakil rakyat UMNO untuk kembali semula kepada BN, malangnya dengan syarat Ketua Menteri ditukar. "Aku bukan tentang DS Najib, kalau CM tukar, ini jam aku lompat balik sama BN, enda da hal bah".

Bagaimana pandangan anda?

* Laporan dari wakil mymassa di Kota Kinabalu.


GEMPAR! Satu Lagi Rakaman Sulit PKR Terbongkar Selepas Kes Mansor Othman.

0

Satu rakaman audio yang diserahkan oleh pemimpin PKR yang menyertai Kongres Nasional tahun lalu di Johor.


Rupa-rupanya rusuhan BERSIH baru-baru ini adalah rancangan PKR untuk jadikan Malaysia seperti Arab Spring.

Dan usaha ini tidak terhenti selepas kegagalan BERSIH. Kini mereka cuba buat Janji Demokrasi untuk menghidupkan kembali Strategi ARAB SPRING mereka.

*Mohon sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan.

RUPANYA SAUDARA TERDEKAT PEMIMPIN KANAN PEMBANGKANG

5
ANTARA PEMIMPIN KANAN PEMBANGKANG DI PAHANG

JERANTUT: Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.
Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.
Mereka dibebaskan pada Isnin.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.
“Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis,” katanya kepada Bernama di sini, Selasa.
Beliau berkata, polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.
Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.
Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional. – BERNAMA

Kit Siang Dan Pemimpin DAP Lain Berani Tak Tengok Pameran Ni???

0

Pameran kekejaman pengganas komunis di Muzium NS dari 3 September – 30 November

SEREMBAN, 28 Ogos — Lembaga Muzium Negeri Sembilan akan menganjurkan Pameran Kekejaman Pengganas Komunis di Muzium Negeri, Jalan Sungai Ujong di sini selama tiga bulan mulai 3 September ini sempena program sambutan Bulan Kemerdekaan ke-55.

Pengarahnya Shamsuddin Ahmad berkata pameran dalam bentuk gambar, dokumen, senjata, peralatan dan diorama (model) ini memaparkan kekejaman pengganas komunis khususnya sewaktu zaman darurat di Tanah Melayu (1948-1960) dan dibuka percuma kepada pengunjung.

Beliau memberitahu Bernama di sini hari ini, selain itu, satu lagi pameran oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diadakan di perkarangan Muzium Negeri selama tiga hari mulai 3 September.

Katanya pameran ATM ini akan menampilkan ‘mock-up’ pangkalan tentera dalam hutan, selain kenderaan dan senjata yang digunakan ATM.

Shamsuddin berkata forum pengkisahan sejarah semasa zaman darurat akan turut diadakan sempena perasmian pameran Kekejaman Pengganas Komunis ini pada 3 September.

Dua tokoh penceramah yang diundang pada forum itu ialah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor dan bekas Panglima Medan Angkatan Tentera Malaysia Lt Jen (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said.

“Sebuah persembahan pentomin peristiwa Bukit Kepong akan dipersembahkan oleh Muzium Polis Diraja Malaysia pada majlis perasmian pameran tersebut di Auditorium, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan di sini,” katanya.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pameran-kekejaman-pengganas-komunis-di-muzium-ns-dari-3-september-30-november/

*Kite bako jer yeop.....kite bako....

Selasa, 28 Ogos 2012

PAS, Tolong Jangan Bagi Orang Tua Ni Bukak Mulut...

0

Bila Ayahanda Tun Mahathir bersuara, kan PAS kena sebijik!
Saya Tolak 'Hudud PAS', Hudud Islam Saya Terima - Dr Mahathir

Oleh IZRA ABD RAHMAN

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud seperti mana yang terkandung dalam Islam.

Sebaliknya, beliau berkata hanya menolak hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS.

"Saya tolak hudud PAS, (hudud) Islam saya tak tolak.

"Tak pernah saya kata tolak hudud Islam," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2011, di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Selasa.

Menurut Dr Mahathir terdapat perbezaan yang ketara di antara hukuman hudud yang akan dilaksanakan PAS dan yang disyariatkan Islam.

"Kita kena bezakan antara dua ini (PAS dan Islam)...lain langsung," katanya.

Dr Mahathir berkata pelaksanaan hukuman hudud yang dicadangkan oleh PAS lebih menjurus kepada hukuman berat dan bersifat tidak adil.

"PAS lebih mirip kepada nak kenakan hukuman berat yang tak ada dalam al-Quran...dia (PAS) nak rejam dengan batu. Dalam Quran sebut tentang sebat 100 kali...lelaki dan perempuan.

"Kita tengok di Afghanistan mereka tuduh isterinya secara kejam dan bawa keluar tembak bagi mati...itu bukan (hukuman) Islam," katanya.

Mengulas lanjut Dr Mahathir berkata Islam menuntut supaya berlaku adil apabila meletakkan hukuman kepada seseorang.

Katanya apabila sesuatu hukuman itu dibuat secara tidak adil ia bukanlah hukuman yang dituntut dalam Islam.

"Islam tuntut supaya apabila kamu menghukum, hukumlah dengan adil. Orang Islam potong tangan, tapi orang bukan Islam masuk penjara dua bulan...itu tidak adil. Atau hukum wanita saja yang lelaki tak hukum," tegasnya.

Ditanya tentang pendirian PAS untuk terus melaksanakan hukum hudud walaupun ditentang DAP beliau menjawab:

"Itu dia (PAS) punya masalah, kawan baik dia," katanya.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/8/28/mstar_berita/20120828163513&sec=mstar_berita

Ingat ye pembaca, Hudud PAS tak sama dengan Hudud Islam sebab kalau benar Hudud PAS bersandarkan Al Quran, kenapa Hudud PAS Kelantan dan Hudud PAS Terengganu berbeza?

*Jangan lupa tengok video ni sekali ye untuk faham isu sebenar di sebalik polemik yang ditimbulkan oleh PAS.


Bila Lisa Surihani Ajak MyMassa.....

0
Sumber : http://www.penguin.com.my/?m=hiburan&c=hiburan_detail&code=lisa%20surihani

Bila Lisa Surihani ajak MyMassa like https://www.facebook.com/lensa.malaysia

https://www.facebook.com/LisaSurihani23

Apa tunggu lagi....jom la like ramai-ramai!

*Like, like, like.....


AWAS! Bukti Pendatang Asing 71 Cuba Buat Kacau Semasa Hari Kebangsaan!

4
PAS masih berpendirian bahawa pengundi berkod 71 adalah pengundi yang diragui. Pendek kata, orang yang berkad pengenalan yang berkod 71 adalah pendatang asing yang diberi IC secara haram.
KUALA LUMPUR, 7 Dis: Biarpun menyambut baik jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan nama pemilih yang sudah meninggal, namun bagi Dewan Pemuda PAS Pusat, banyak lagi penambahbaikan yang perlu dilakukan suruhanjaya itu.

Ketuanya, Nasruddin Hassan (gambar) berkata, tindakan kecil SPR itu hanya salah satu daripada tuntutan banyak pihak yang mahu melihat proses pilihan raya di negara ini berlangsung dengan bebas dan adil.

"Masih banyak perkara yang perlu dilakukan termasuklah membersihkan daftar pemilih dari nama yang bertindan atau yang memiliki nama dan nombor kad pengenalan hampir serupa dan mencurigakan, membersihkan senarai nama yang berkod 71 dimana jumlahnya yang terlalu ramai dan mencurigakan tanpa klasifikasi yang jelas menunjukan maklumat pemilih yang tepat, membersihkan senarai nama pemilih yang terdapat di dalam dua daftar iaitu daftar pemilih biasa dan satu lagi tersenarai sebagai pengundi pos," katanya kepada Harakahdaily.
https://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6899-tugas-spr-bukan-sekadar-bersih-daftar-pemilih

Apa yang mengejutkan MyMassa adalah salah seorang penganjur JANJI DEMOKRASI yang cuba mengganggu sambutan Hari Kebangsaan juga seorang 'pendatang asing' yang dimaksudkan oleh PAS.


Jadi MyMassa tak hairan kalau penganjur JANJI demokrasi tetap berkeras untuk merosakkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ni.
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Penganjur Sambutan Ambang Merdeka atas nama 'Janji Demokrasi' amat yakin pihak akan berjalan dengan lancar tanpa sekatan dari pihak polis sebagaimana yang termaktub menerusi Akta Perhimpunan Aman 2011.
Menurut Pengarah Eksekutif Empower Selangor Maria Chin Abdullah, jaminan tersebut diberikan menerusi maklumbalas pihak polis hasil rundingan bersama dengan beliau yang tidak menyatakan sebarang sekatan mahupun kebenaran rasmi melainkan penekanan aspek keselamatan peserta yang terlibat.
http://klpos.com/politik/13621--janji-demokrasi-penganjur-yakin-polis-beri-kebenaran

Dah nama pun pendatang asing. Mereka yang ber IC 71 macam ni bukan untuk ada semangat patriotik kerana Malaysia bukan negara asal mereka.

Tak hairanlah kenapa mereka bersungguh-sungguh nak rosakkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ni.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, anda pilih sendiri sama ada nak ikut pendatang asing yang nak rosakkan keamanan negara ini atau anda pilih Malaysia dan kekalkan keamanan.
*Anda yang tentukan!

Gambar Orang Buta Dipergunakan.

0
Agak-agak korang, pakcik ni tau tak baju apa yang dia pakai?


Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=130021153809897&set=at.102634793215200.4862.100004060384506.100001743178344.100002216378963.100000962746119.100000585696750.100001454984090.1354278216&type=1&relevant_count=1&ref=nf

*Kalau masa sekarang pun orang buta ni dipergunakan, tak mustahil kalau masa mengundi, puak yang sama tipu OKU untuk menang PRU.

Santai Pagi : Cara Orang Dulu-dulu Test Drive Kereta Proton.

0


*Diam tak diam, tahun depan Proton dah sambut ulang tahunnya ke-30. 

Isnin, 27 Ogos 2012

Ustaz Azhar Naik Ferrari, Mana Suara Nizar Yang Bising Isu Plat WWW1 Sultan Johor?

6

Rakan MyMassa, Panglima Patin Hitam melaporkan bahawa penyokong Azhar Idrus menayangkan gambarnya sedang naik Ferrari (http://panglimapatinhitam.blogspot.com/2012/08/ustaz-azhar-idrus-naik-ferrarilambang.html).


Punya la bangga juak-juak PAS bila penceramah tersohor mereka naik Ferrari.

Dalam masa yang sama, PAS lupa bahawa pemimpin mereka pernah 'bising' bila DYMM Sultan Johor beli nombor plat WWW1 yang diletakkan di Satria Neo.


Nampaknya PAS telah menyertai PKR untuk menunjukkan kekayaan 'selebriti' mereka selepas Azmin Ali menayangkan Ferrarinya.


Jika benar pembangkang kini mewah walaupun baru sepenggal memerintah, apakah ada maknanya lagi dana akhirat seperti ini?


Jika benar penceramah PAS kaya, kenapa PAS sampai perlu tipu orang kampung dengan curi duit zakat untuk masuk ke tabung parti?


Cukup-cukuplah tipu orang kampung untuk kaut kekayaan peribadi.

*Azhar Idrus sanggup serang K-Pop kat Hari Belia tapi tak sanggup tegur K-Pop anjuran PKR.


DAP, GELARAN RAJA-RAJA MELAYU

0

Cadangan ADUN Sekinchan Ng Suee Lim yang menggesa DAP mengkaji semula peraturan tidak bertulis yang tidak menggalakkan ahli menerima pingat dan darjah kebesaran istana.

Hujah Ng, DAP wajar menerima anugerah istana untuk menangkis tohmahan yang dilemparkan terhadap DAP sebagai parti yang anti-Melayu.

Menurut Lim, beliau sendiri tidak dapat memberikan kata putus berkenaan perkara itu kerana dikhuatiri memberikan gambaran yang salah kepada umum.


Bagi kita orang Melayu tentu tidak dapat melupakan bagaimana DAP melalui Karpal Singh bertindak kurang ajar dengan Raja Perak apabila mahu Menyaman Sultan Azlan Syah. Kita juga tentu tidak dapat melupakan bagaimana DAP melalui Ngah dan Ngeh memaksa Mufti Perak supaya mebahagi-bahagikan juga wang Zakat kepada penganut agama lain atas dasar kesamarataan.

Kita juga tentu tidak akan lupa hasrat DAP mahu meMalaysiankanMalaysia dengan satu tujuan iaitu menyamaratakan semua kaum-kaum di Malaysia ini termasuk Raja-Raja Melayu yang disamaratakan disamatarafkan dengan orang kebanyakan. MalaysianMalaysia antara lain bermaksud tiada Raja dan tiada Sultan.



Anda sudah tentu miliki lagi banyak bukti betapa Rasisnya DAP dalam hal-hal berkaitan agama Islam dan Raja-Raja Melayu. Jika tidak, mana mungkin YB Nasharudin Mat Isa YB PAS Bachok mendesak Pas menyatakan pendirian sebenar untuk keluar dari Pakatan DAP. Anda bolehlah berjalan-jalan di bandaraya Pulau PInang dan bertanya kepada anaka-anak Cina DAP, siapakah Perdana Menteri Malaysia? Mereka jawab Mr. Lim or Mr. Najib.

Kebanyakan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia menentang pemberian Anugerah Raja-Raja Melayu kepada DAP.