Sabtu, 30 Jun 2012

SAH! @NikAbdulAziz mahu mati atas takhta MB!

2


 
SAH! PAS Kelantan sendiri sahkan yang Nik Aziz tidak akan melepaskan kuasanya selagi ada nyawa di badan. Dan selagi boleh, Nik Aziz berkemungkinan besar akan diawetkan di atas kerusi MB sekiranya tiada pengganti yang sesuai dijumpai selepas "kewafatannya".

Nampaknya Hosni Mubarak dan Muammar Gaddafi bukanlah tandingan Tuan Guru kita. Jom tengok sama ada beliau boleh menyaingi rekod Firaun pula selepas ini! 





Gempar! Naib Presiden PAS @MahfuzOmar kata @NikAbdulAziz bukan ulama'!

1

Inilah akibatnya memilih pengangkut beg sebagai Naib Presiden parti. Sampaikan Tok Guru No 1 parti sendiri pun digelar selebriti. Sia-sia sahaja belajar agama sampai India.

Ada orang sokong PAS sebab kononnya hendak mencukupkan solat lima waktu (rujuk Hairie Othman). Ada pula yang sokong PAS sebab hendak kahwin Ustaz (rujuk Abby Abadi).

Tetapi ramai yang masuk PAS untuk ampunkan dosa. Mereka cukup yakin yang barisan "ulama" dalam PAS boleh memberikan syafaat kepada mereka di akhirat kelak setelah puas bergelumang dalam dosa selama ini. Kira jalan short cut untuk ke syurgalah.

Namun kini apabila Naib Presiden PAS sendiri mengesahkan yang Mursyidul Am mereka bukannya ulama' tetapi selebriti politik, apa pula akan jadi dengan mereka yang mencari pengampunan ini semua?!! Bolehkah seorang selebriti politik mengampunkan dosa-dosa pengikut PAS selepas ini dan menjamin tiket syurga?!!

Dan manakah yang lebih baik untuk kita semua sebenarnya; pemimpin Islam yang membela rakyat atau pemimpin politik yang bertaraf selebriti?!!

   

Perbanyakkan amalan sunat sebagai pendinding dakyah fuckatan!

0

Panduan mudah untuk mengerjakan solat sunat yang paling biasa/kerap kita semua lakukan. Solat Sunat Sebelum (Qabliyah) dan Selepas (Ba'diyah) Solat Fardhu Lima Waktu. Semoga poster ini dapat membantu kita meningkatkan pemahaman dan pengamalan kita semua tentang amalan-amalan sunat secara betul.

Siap-siapkanlah juga diri kita sempena Ramadhan yang bakal menjelang. Jangkakan dugaan tahun ini lebih hebat lagi. Tahun lepas DAP dan konco-konco fuckatannya sibuk memurtadkan saudara-saudara kita ketika kita sibuk berbuka puasa.

Ingat lagi tak?!!
  

Bukti PAS Haramkan Pemakaian Purdah!

4
Selalu dengar PAS fitnah UMNO-BN haramkan jubah, serban ataupun purdah.

Jom tengok apa yang berlaku bila PAS berkuasa.


Inilah wajah sebenar PAS.

*Akhirnya fitnah PAS berbalik semula kepada mereka.

Papan Tanda Urut Wanita Bogel Secara Terbuka Di Selangor.

0
Selalunya papan tanda atau iklan akan dikawal oleh pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran ataupun Majlis Daerah.

Dan semua PBT ini di bawah seliaan Exco Kerajaan Tempatan. Kalau di Selangor, Exconya adalah Ronnie Liu.

Jom kita tengok papan tanda yang boleh dinaikkan secara berleluasa di Selangor

Lokasi : Kota Damansara


Pergh. Perempuan berbogel sambil baring boleh dijadikan iklan di Selangor!

Itulah yang di HALALkan di Selangor.

Mari kita tengok apa pula yang diharamkan oleh Ronnie Liu dan PBT di Selangor.


Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa telah mengeluarkan arahan yang melarang penggunaan logo 1Malaysia pada kain rentang dan papan iklan di negeri ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Abdul Razak Jaafar berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

"Keputusan telah dibuat pada mesyuarat Exco kerajaan negeri pada 28 September lalu dan dikuatkuasa baru-baru ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sekumpulan orang ramai yang mengadakan perhimpunan aman kerana membantah tindakan MDKL mengarahkan sebuah premis serbaneka 24 jam menanggalkan logo 1Malaysia pada papan tanda perniagaannya.
http://politik.saujanautama.net/news.php?readmore=12

Logo 1Malaysia diharamkan tapi gambar urut bogel halal. Pak Haji dalam PAS pun dok sokong gambar bogel macam ni boleh ditayangkan di tempat umum.

Itu pun PAS masukkan doa Negeri Berkebajikan dalam khutbah Jumaat. Ini bukan negeri berkebajikan, tapi BERKEMAKSIATAN!


*MyMassa percaya banyak lagi papan tanda seperti ini di kawasan anda. Anda boleh ambil gambar-gambar ini kemudian upload dalam facebook supaya rakan-rakan anda tahu inilah realitinya di Selangor bila DAP, PKR dan PAS memerintah.

Pose Terbaik Khalid Ibrahim Sebagai MB Selangor.

1

*Senyum sampai ke telinga.

Jumaat, 29 Jun 2012

PANAS! Lepas Bongkar Laporan Audit NFC, Rafizi Terlupa Laporan Ini Yang MyMassa Akan Dedahkan.

0
Rafizi mengukir nama dibibir penyokong PKR setelah mendedahkan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2010 mengenai NFC.

Sebagai balasan, MyMassa juga dedahkan kegagalan Kerajaan Selangor dalam sektor pertanian yang dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara tahun yang sama di sini:
http://mymassa.blogspot.com/2012/03/panas-skandal-khalid-ibrahim-dengan.html

Baru sebentar tadi MyMassa mendapat maklumat dari orang Ulu Yam berkenaan kegagalan pertanian Negeri Selangor di bawah PKR. Pemberi maklumat ini bersungguh-sungguh mahu MyMassa dedahkan kegagalan ini. Menurutnya, Kerajaan Selangor gagal mengurus Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) atau Selangor Veggie Park.

Kegagalan ini telah beberapa kali mendapat perhatian media. Namun sampai sekarang masih lagi tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Selangor. Blogger otai seperti the Unspinners dan Selangordaily pernah membongkar masalah petani TKPM di sini:
http://theunspinners.blogspot.com/2012/03/petani-taman-agroteknoloji-pertanian.html
http://www.selangordaily.com/?p=4088

Untuk makluman pembaca, kegagalan Kerajaan Selangor telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009. Maklumat terperinci mengenai hasil audit akan MyMassa bongkarkan selepas ini.


*MyMassa masih cuba untuk muat turun gambar yang dihantar oleh pemberi maklumat. Namun masih lagi gagal kerana masalah teknikal. Gambar-gambar terbaru TKPM akan MyMassa masukkan dalam pendedahan berikutnya.

KENAPA PAS KETAKUTAN

1
Ketakutan Panik Bila Teringat PRU13

Ketakutan yang dipasarkan oleh Pas dan Lim Guan Eng, kononnya menentang PRU diadakan semasa musim Haji amat melucukan. Mereka bermain persepsi sendiri, mereka syok sendiri, malah mereka kelihatan Ketakutan sendiri.

Isunya bila masa DS Najib membuat kenyataan akan membuat PRU pada musim Haji. Kenapa takut sangat dengan bayang-bayang sendiri? Amat kasihan puak-puak Pas kebuluran hendak BerPilihanraya sejak tahun 2009 lagi.

Dahulu, apabila DS Najib mengambialih kepimpinan negara, maka berdegar-degar Din Puduraya membuat imaginasi kononnya PRU13 akan diadakan bulan Disember 2009! Anwar pun turut memukul canang kononnya DS Najib tidak ada jalan lain melainkan mengadakan PRU13 pada Disember 2009!

Najib Oh Najib Pening Kepala Ku, Bila Lah Nak Bubar

Kemudian, Mustapha Ali pun memperbodohkan Haji Hadi dan Nik Aziz dengan menyeru semua dalam Pas supaya bersedia akan diadakan PRU13 pada bulan Jun 2010. Tunggu punya tunggu tak ada juga, akhirnya mereka ubah lagi, kita mesti bersedia bulan Disember 2010, kata mereka.

Masuk tahgun 2011, mereka memperbodohkan lagi ahli-ahlinya supaya kami yakin sangat-sangat yakin PRU13 akan diadakan pada bila-bila masa tahun 2011. Semua jentera mesti bergerak sekarang seru mereka memperbodohkan ahli mereka sendiri. Tak jadi-jadi jugak.

Masuk tahun 2012, mereka pun mula pasang impian, mula bercakap tentang bulan Mac, 2012 kononnya dah dapat hint dari pejabat PM. Mahpuz Omar yang seringkali bercakap dusta itu pun menyebutlah tarikh baru bulan April 2012, bila mana tak jadi-jadi jugak bercakap lagi mereka konon bersedia bulan Jun 2012.

Sekarang ini mereka Mempromosikan Ketakutan mereka sendiri, ketakutan dalam diri mereka, kononnya PRU13 akan diadakan bulan Haji 2012. Maka bercakaplah Guru Politik mereka supaya tangguhkan Haji, mengundi lebih penting dari Rukun Islam. Tuan Ibrahim pun mengeluarkanlah fatwa supaya ibadah Haji diketepikan. Tangguh katanya.

Lim Guan Eng yang menolak Hudud dan menolak Negara Islam pun bercakaplah juga tak bersetuju PRU13 diadakan pada bulan Haji.

Mereka terpekik-pekik, terpekok-pekok nak pilihanaraya. Isunya bila masa DS Najib kata nak adakan PRU13 pada bulan Haji.

Malah DS Najib, menegaskan Ibadah Haji mesti diberi keUtamaan malah lebih penting dari pilihanraya.
Akibat Suka Sangat Menipu, YB Dr Hassan Ali, Ustaz Hassan Basri, YB Nasha bakal keluar
Rasanya mereka dah gila-gila bayang kot, Ketakutan, Menggigil, Sejuk Seram bila terfikir pasal Pilihanraya! Kasihan mereka... Nantikan siapakah mereka ini http://mymassa.blogspot.com/2012/06/dua-tokoh-pro-pembangkang-bersedia.html

Alert! Serangan Siber Puak Pembangkang Telah Bermula.

3
Pagi tadi seorang blogger ternama, McTheory membangkitkan isu twitter Jabatan Penerangan yang tiba-tiba agak berbeza hari ini.

Baca betul2 apa yang di retweet oleh Tweethandle Jabatan Penerangan. Kenapa twitter Jabatan Penerangan boleh me'retweet' benda yang tidak ada kena mengena dengan langsung dengan dasar kerajaan pusat?

Bah kan perkara yang di retweet tu berkait rapat dengan dasar kerajaan di negeri pembangkang, apakah ada trojan horse yang telah meresapi unit IT jabatan penerangan?

Patutlah dasar kerajaan yang patut disampaikan kepada rakyat, tidak sampai ke akar umbi. Rupanya banyak virus dan trojan horse yang cuba mensabotaj.
http://kedahkekl.blogspot.com/2012/06/gempar-suspek-trojan-horse-dalam.html

Terima kasih kerana teguran blogger tersebut. Selepas menyedari keadaan tersebut, admin twitter jabatan tersebut cuba mengesan masalah tersebut dan terus mengambil langkah untuk menanganinya.

Menurut admin twitter Jabatan Penerangan, akaun mereka telah di'hack'.


MyMassa tidak terkejut dengan alasan tersebut kerana secara kebetulan MyMassa dapat info pada hari Isnin bahawa operasi hacking pembangkang terhadap media siber BN akan bermula tidak lama lagi. Nampaknya info tersebut begitu tepat. Jabatan Penerangan adalah mangsa pertama.

Mungkin alasan bahawa akaun twitter Jabatan telah dihack tidak dapat diterima oleh segilintir pengamal siber pro BN. Cuma apa yang MyMassa boleh kongsi, musuh yang kita hadapi sekarang bukan musuh dalam negara sahaja iaitu pembangkang tetapi mereka juga dapat bantuan dari luar negara. Untuk makluman pembaca, Amerika Syarikat telah memulakan perang siber untuk mencampuri urusan negara lain.


Untuk yang tak dapat tengok video, mungkin berita ini dapat membantu.

The US is training anti-government activists from the Middle East and North Africa on how to spread democracy with the help of modern computer technology.
­One of the latest developments is the “panic button”.

According to the State Department, the application can be uploaded onto activists’ cell phones. In case they get detained, the software instantly erases the contact book in their phones and sends a warning alert signal to other activists.

It looks like the application could soon be in demand – one push of a button and the evidence is gone. American officials claim the best of intentions, saying it is to protect pro-democracy forces in other countries. But many will be wondering if the innovation will be something also welcomed by drug dealers, criminals and terrorists.

To help use the technology more effectively, the US has organized training sessions for thousands of activists. One held just weeks ago in the Middle East included anti-government campaigners from Tunisia, Egypt, Syria and Lebanon. And as the newly trained and equipped activists return home, the US, as one State Department official put it, counts on the ripple effect.

“Foreign interference doesn’t have to be a military invasion and a bombing campaign or some kind of a special operation in that country. It can also be the training and funding and political support given to individuals who then promote those foreign interests. That’s one of the newest strategies that the US government has successfully been executing in different countries around the world, that it doesn’t consider subordinate to their agenda. And they do it subtly, so it’s harder to detect and denounce it, which is often more effective”, claimed Eva Golinger, a journalist.

The US perceives the internet and social networking platforms as major tools for spreading democracy, and pumps millions of dollars into developing systems to help people in the Middle East and China get around internet-blocking firewalls.

But at the same time, American companies provide Bahrain, Saudi Arabia and Kuwait with the technology to effectively block websites.

The US military has recently launched an online management program which enables it to generate multiple fake identities on social networks. The false personas are designed to contribute to the flow of conversations on Facebook, Twitter and other websites.  

“People are using social media for cyber warfare. That’s what we are going to see – governments or non-state actors are going to try to find ways to use the internet and social media to gain an advantage in their own battle”, Shadi Hamid from the Brookings Doha Center told RT.

The recent turmoil in Libya suggests the orchestration of Twitter with fake users. Only around five per cent of Libyans have access to the internet and the number of twitter users there is so small that analysts could not even calculate it. Yet, in February this year, a surge of Libyan Twitter accounts appeared, reporting in English and virtually all begging for intervention.

“We know that since the beginning of the war Libyans have no longer got access to the internet, but somehow people don’t check the essential facts and they take all the information coming from social media at face value, which then serves the broader purpose of fabricating the news”, said Michel Chossudovsky, Director of the Center for Research on Globalization.

Trained activists, provided with panic buttons and other technology, scores of false identities on the internet spreading certain ideas – the US says this is all about promoting democracy. But do these declared intentions justify direct interference in other countries’ domestic affairs?
http://www.rt.com/news/democracy-usa-social-media/

Persoalannya, SIAPAKAH PIHAK YANG ANTI KERAJAAN DAN MENGGUNAKAN NAMA PRO DEMOKRASI dalam negara kita kalau bukan parti pembangkang serta NGO seperti BERSIH dan SUARAM?

Semasa seorang otai blogger persoalkan kenapa media siber Kerajaan gagal mengimbangi kekuatan siber pembangkang ketika BERSIH 3.0 kerana jumlah like dan dislike untuk video satira politik hasil artis tempatan, sebenarnya MyMassa sudah ada jawapannya ketika itu. Yang menaikkan rating video tersebut bukannya sibertrooper tempatan pembangkang tetapi mereka telah mendapat bantuan asing. Jika siber trooper pembangkang begitu hebat, kenapa video tersebut sahaja mempunyai jumlah dislike yang begitu tinggi?

Jangan lupa bahawa aktivis anti Kerajaan dan pro demokrasi yang dilatih Amerika mempunyai program komputer yang boleh mencipta fake account dengan pantas. Tidak hairanlah kenapa jumlah like komen-komen siber trooper pembangkang di Malaysiakini begitu tinggi. Bukan rakyat Malaysia suka komen tersebut tetapi mereka menggunakan fake user untuk mewujudkan persepsi bahawa rakyat Malaysia bencikan Kerajaan. Kalau program yang canggih macam tu pun mereka ada, apalah sangat dengan hack menghack ni.

Kepada pengamal siber pro Kerajaan terutamanya yang top, harap anda berhati-hati untuk menjaga akaun anda. Anda mungkin mangsa seterusnya.

*Hari tu Dr. MiM dah kena. MyMassa pun pernah kena jugak bulan ni. Ingat sebelum kena.

Gambar PKR Memang Parti Yang Tak Cool

6
MyMassa ternampak gambar yang ditweet oleh Suhaimi Shafie.

Bila tengok gambar ni, nak gelak pun ada.

Ade ke orang tengok bola pakai baju kemeja?

Pastu ada sesi bergambar siap susun kerusi lagi.

Itulah akibatnya nak eksploitasi EURO 2012 tapi tak kena gaya.

Cuba la tengok gaya DS Najib tengok bola. Siap pakai jersi lagi.






*Tweet Suhaimi kata dia 'layan anak muda' tengok bola. Dalam gambar tu anak muda ke budak sekolah?

Chyna Doll Dipasar Secara Terbuka Di Selangor

1
Lokasi: Kota Damansara.



*Selamat datang ke Selangor....


Info MyMassa : Koperasi Permodalan Felda (KPF)

0

Tahukah Anda?
Keuntungan Koperasi Permodalan Felda (KPF)


Sejak penubuhannya, KPF belum pernah memberi dividen di bawah nilai 10% kepada para pencarumnya. Jom kita tengok bukti fakta dan data rekod dividen KPF ini.

TAHUN
DIVIDEN / NILAI RM
%
(RM Juta)
1998
11.00
33.87
1999
14.00
46.75
2000
12.00
46.03
2001
12.50
50.48
2002
11.50
50.33
2003
14.50
72.82
2004
14.00
81.63
2005
14.00
98.86
2006
15.00
126.05
2007
16.50
178.20
2008
12.50
156.25
2009
14.00
210.00
2010
15.00
237.64
2011
18.00
340.10

Sumber:  kpf.felda.net.my

Sebenarnya, tinggi atau rendah dividen bergantung kepada prestasi tahunan KPF yang terlibat dalam pelbagai aktiviti perniagaan. Bersyukurlah pada nikmat Allah dan berterima kasih kepada kerajaan dan mereka yang menjalankan amanah memajukan KPF. Jangan kufur nanti tersungkur!
Firman Allah dalam Surah Ar-Rahman;

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah hendak kamu dustakan?"

Pabila Kaki Tidur Jadi Exco.

2
Sambungan dari poster semalam di sini (http://mymassa.blogspot.com/2012/06/khas-untuk-exco-kaki-tidur.html).




*Best betul. Gaji berbelas ribu tapi boleh tidur masa kerja.

Pendapatan Exco Selangor kini di laman web

SHAH ALAM 13 Mac - Kerajaan negeri Selangor hari ini menyiarkan jumlah pendapatan dan aset anggota Exco Kerajaan Negeri menerusi laman web rasmi kerajaan negeri iaitu www.selangor.gov.my.
Bagaimanapun sehingga pukul 9.30 malam, jumlah pendapatan dan aset Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih belum disiarkan.
Butiran lanjut adalah seperti berikut:-
- TERESA KOK SUH SIM
Pendapatan bulanan : RM32,830.67 (termasuk pendapatan dan elaun Ahli Parlimen)
Rumah pertama : RM120,000
Rumah kedua : RM200,000
- DATUK DR. HASSAN MOHAMED ALI
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Pendapatan bulanan : RM17,722.08 (termasuk elaun)
Rumah : RM296,565
Kenderaan : RM151,669.85
- ELIZABETH WONG
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar
Pendapatan bulanan : RM17,722.08 (termasuk elaun)
- EAN YONG HIAN WAN
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram
Pendapatan bulanan : RM23, 222.08 (termasuk elaun dan bayaran balik telefon serta perbelanjaan pejabat)
Rumah: RM533,974
- YAAKOB SAPARI
Pengerusi Jawatankuasa Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan
Pendapatan bulanan : RM17,722.08 (termasuk elaun)
Kenderaan : RM125,000.
- RODZIAH ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi
Pendapatan : RM18,222.08 (termasuk elaun dan bayaran sewa rumah/kedai)
Rumah : RM148,000
Kenderaan : RM60,000.
- DR. XAVIER JAYAKUMAR
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin
Pendapatan bulanan : RM17,722.08
Kenderaan : RM20,000
- HALIMAH ALI
Pengerusi Jawatakuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan
Pendapatan bulanan RM17,722.08.
- RONNIE LIU TAN KHIEW
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan.
Pendapatan Bulanan : RM20,722.08 (termasuk elaun dan dividen Public Mutual Fund)
Rumah : RM60,000
Tanah : RM200,000
- ISKANDAR ABDUL SAMAD
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan.
Pendapatan Bulanan : RM17,722.08
Rumah : RM220,000
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm

Khamis, 28 Jun 2012

Busana Muslimah Ala PAS.

6
Akibat jadi hamba kepada DAP dan PKR.



*Yang pakai serban dan berjubah tu tak berani tegur ke?

Artikel Pembaca : Perlukah kita redho lagi…walaupun kena tipu berkali-kali?

1
Artikel yang dikirimkan oleh pembaca MyMassa.


1.     Skandal Kohilal…

Akibat lemah pengurusan, kurang pengetahuan dalam perniagaan yang akhirnya silap membuat pelaburan, kira-kira 20,000 ahli Koperasi Al Hilal Berhad (KOHILAL) terpaksa redho dengan leburnya RM45 juta wang yang mereka laburkan semenjak tahun 1986 hingga 2010.  Sehingga kini KOHILAL masih belum dapat membayar dividen yang tinggi kerana berterusan menanggung kerugian. Redho jer la ye…   


2.     Skandal Kelantan Gold Trade (KGT)…
Wang pelabur Jepun, Takao Kono sebanyak US$1 juta (RM3.19 juta) dilesapkan melalui penipuan terancang. Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti (SS) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melakukan siasatan dan pendakwaan terhadap penyelewengan tersebut. Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang bertanggungjawab ke atas KGT diam seribu bahasa. Lobai bersorban menyonglap lagi…redho jer la weh.
 
3.     Hutan diragut, balak dikaut, rasuah dipungut oleh lebai-lebai berjanggut…

Rezab hutan di Kedah dan Kelantan ditebang demi duit balak, tanah pula digadai kepada pelabur asing kononnya untuk buat ladang rakyat…tetapi akhirnya terbengkalai. Khazanah alam, kawasan rekreasi dan sungai musnah. Rakyat terpaksa guna air kotor bagi kegunaan harian seperti mandi, minum dan membasuh. Pemimpin Negeri tak nak bertanggungjawab, salahkan orang lain pulak. Tak pe kita mesti redho walaupun ditipu lebai kepiah putih, demi masuk surga terpilih.


4.     Tabung Memali…kutip beribu-ribu  

Kutipan derma karung beribu-ribu ringgit tak sampai ke tangan balu, waris dan anak-anak mangsa tragedi Memali 1985. Para waris hanya dijanjikan keredhoaan illahi dan surga yang sedang menanti…walhal wang kutipan dijoli untuk kepentingan peribadi pemimpin atasan parti. Kena tipu musti redho, baru dapat surgo.
                                  
5.     Tanah Rezab Melayu dijadikan jirat Cina…
Penduduk Sg Kob, Karangan Kulim memprotes tindakan kerajaan PAS Kedah membenarkan pembinaan jirat Cina mega di tanah rezab Melayu yang dikelilingi majoriti kampung Melayu. Urusan tanah terletak di bawah Kerajaan Negeri, namun Kerajaan Pusat juga dipersalahkan kononnya memberikan kelulusan tapak tersebut sebelum tahun 2004. Walhal kelulusan pembinaan dibuat pada Mei 2008 sebaik saja Pakatan Rakyat menguasai Kedah.  Nak redho lagi ker !


*Jika anda mahu artikel anda juga dipaparkan di blog ini, sila e-mailkan kepada : mymassa.artikel@gmail.com