Khamis, 31 Mei 2012

Wajib Baca. Bukti Skandal Pemimpin Tertinggi PAS Di Luar Negara.

3
MyMassa jumpa pendedahan ni dari blog Kelateloni (http://kelateloni.blogspot.com/2012/05/panassebarkan-surat-dari-kakitangan.html).

Klik untuk besarkan imej.

Baca seterusnya di sini (http://kelateloni.blogspot.com/2012/05/panassebarkan-surat-dari-kakitangan.html).

Hebat jugak skandal terbaru PAS Kelantan ni. Exco yang jaga air, YB Datuk Mejar Anizam songlap duit rakyat untuk melancong ke luar negara. Patutlah masalah air Kelantan sampai sekarang tak selesai.

Bukti dah ada. SPRM kena masuk AKSB dan siasat. Mana boleh masalah air tak selesai tapi duit rakyat dihabiskan untuk melancong!


*Inilah wajah sebenar parti Islam yang bertopengkan kopiah untuk songlap duit rakyat.

NIZAR PEMBOHONG KATA USTAZ HASSAN BASRI

0


Ustaz Hassan Basri, Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor dalam ceramahnya Nizar Pembohong Bersiri.
Barangkali dalam kejadian yang memalukan dirinya, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin terlupa bahawa komen terbarunya ditujukan kepada individu atau personaliti yang tiada kaitan dalam dunia politik. Lazimnya sasaran kritikannya samada Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak ataupun  Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri.
Menjadi kelaziman baginya membuat pendedahan ataupun kritikan mengenai pelbagai konon-konon salah laku  yang dibuat UMNO dan BN seperti dalam projek Vale di Teluk Rubiah.
Dalam kes Vale, Nizar mempermodalkan isu berkenaan selama tiga tahun sejak 2009 sehinggalah akhirnya terdedah bagaimana pemilihan Teluk Rubiah turut mendapat sokongannya. Dia mendakwa projek pengagihan bijih besi itu merosak alam sekitar dan kerana itulah dia mencadangkan Tanjung Hantu. Betul ke?
Kisah sebenar ini terbongkar setelah Dr.Zambry yang menyahut cabaran Nizar (dan pembangkang) mendedahkan sepucuk surat yang ditulis Nizar kepada Vale bertarikh 17 Disember 2008.
Surat itu membuktikan Nizar bukan saja menyokong pemilihan Teluk Rubiah sebagai tapak kilang Vale, malahan berjanji untuk membantu proses “conversion” tanah dari pelancongan ke perindastrian. Selepas kantoi, Nizar mendakwa pula pertemuan Najib dengan pegawai-pegawai kanan tentera meminta mereka melakukan rampasan kuasa jika BN tewas dalam PRU ke13 kelak.
Pihak tentera secara sepakat mengeluarkan kenyataan dengan menafikan pertemuan dengan Perdana Menteri berhubung perkara tersebut. Sekali lagi kantoi dan kini pihak polis hampir menyiapkan laporan setelah mereka memanggil Nizar baru-baru ini memberi keterangan.
Mengikut amalan biasa, lazimnya sebaik siasatan selesai, “file kes” akan dihantar ke pihak pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan. Kita tunggu kes ni pula . . . .apakah tuduhan yang bakal dikenakan terhadap mantan MB Perak itu.
Dalam dua kes yang dilihat kes berat itu, Nizar bolehlah kita anggap macam seekor tupai (peribahasa). . .Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya terjatuh juga ke tanah. Atau dalam hal ini tersungkur di halaman sendiri iaitu di DUNnya, Pasir Panjang. Kini pengundi-pengundi di sana tahu belangnya, begitu juga pengundi-pengundi bagi kawasan parlimen Bukit Gantang yang jarang-jarang dapat bertemunya, juga dah kenal perwatakan wakil rakyat mereka.
Walau bagaimanapun kita kira kritikan terhadap kerajaan ataupun orang politik adalah wajar kerana Nizar selain wakil rakyat adalah juga ex-MB Perak—orang politik macamnya memang suka main politik. Tetapi kali ini ada sedikit kelainan kerana nampaknya  komen beliau diulas Tengku Mahkota Johor. Ia membabitkan tuduhan Nizar terhadap ayahnda baginda yang juga Sultan Johor.
Nah, seperti bertemu buku dengan ruas.
Niatnya mungkin nak jadi hero rakyat Perak (atau wira ataupun hero macam dalam filem hindi) tetapi telah tersalah sasaran. Hinggakan dalam sidang media di pejabatnya selepas mesyuarat EXCO hari ini (Rabu) Dr.Zambry terpanggil bercakap bab Nizar nak jadi hero ni.
Sebelum itu  Nizar selain mengkritikian Sultan Johor, beliau juga mempersendakan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Kita petik semula tweetnya:”but if comparing 24million diamond ring by rosmah, then rm520k 4 www1 reg plate is nothing but how does 1 justify that purchase?
Siapa yang baca tweetnya atau mereka yang membaca laporan media Rabu mengenai komennya, tentu faham siapa yang menjadi sasarannya walaupun Nizar sekali lagi berdolak dalih. Biarlah dia berdolak dalih  kerana laporan polis hingga kini sudahpun dibuat oleh orang-orang di Johor serta juga di tempat lain mengenai kes ini.
Pihak polis tahulah nak buat kerja tanpa perlu kita asak mereka dengan pertanyaan demi pertanyaan. Bukan begitu?
Berbalik kepada cerita Nizar yang bikin kontroversi lagi.
Kalau selama ini komen-komennya yang tak bertapis itu dibuat di pentas ceramah ataupun dalam sedang media tapi kali ini, dalam kes terbaru komennya dibuat melalui twitter.
Nizar mahu memanfaat teknologi canggih dengan menggunakan twitter bagi menyampaikkan maklumat kerana dia sedar pengaruh laman sosial seperti twitter mampu menarik perhatian orang ramai. Dan sekaligus ia boleh menjana kontroversi berbanding pentas politik yang hanya dihadiri beberapa kerat saja.
Mungkin dah letih kut berceramah di pentas-pentas sehingga memilih pula saluran laman sosial yang macam ni.
Macam kita sebut di awal tadi, barangkali juga Nizar mahu menjadi hero rakyat dengan cuba menyelongkar “tong tong sampah” bagi mencari salah silap mereka yang menjadi musuh politiknya.
Jika sasaran kritikan Nizar orang politik, ia bukanlah suatu yang menghairankan.
Bila diajukan soalan ini, Dr.Zambry berkata “Orang Johor bertanya saya dengan kenyataan Nizar ni . . .itulah beliau (Nizar).
“Saya difahamkan dia telah memohon maaf secara umum, katanya dia tidak mengkhususkan kepada sesiapa tapi kenyataan dalam twitsnya itu jelas
menunjukkan dia merujuk kepada Johor.
“Dan saya yakin dia tahu siapa di Johor tu . . .dan inilah characternya. Dia tidak kira sama ada dia perlu biadap ke, perlu buat tuduhan serkap jarang ke, hentam keromo  . . .kerana itu characternya.
“Character Nizar begitu. . . di Perak kita tahu, dalam sidang DUN berkali-kali . . . sebab itu kita sebutnya pembohong bersiri.
Menteri Besar memberi contoh: “dalam sidang DUN bila kita tanya balik, dia tak boleh jawab, dalam kes Vale umpamanya, kita tanya dan tunjuk surat (sebagai bukti), dia kata itu biasalah surat yang dihantar sebagai marketing exercise.
Menteri Besar menambah: ”Samalah juga jawapannya kepada Tuanku Sultan Johor iaitu dia kata dia tidak merujuk kepada sesiapa walhal dengan jelas dalam twitnya, semua orang tahu maknanya dia merujuk ayat dalam twitnya kepada Sultan Johor.
“Lepas tu dia minta maaf secara umum,  katanya dia tidak merujuk kepada sesiapa.
“Itulah juga jawapan apabila saya tunjuk surat yang dia tandatangan . . . dia mati-mati kata dia tak “sign’ . . .apabila saya tunjuk surat dia kata itu (surat) macam surat dari pegawai pemasaran saja.
“Bayangkan . . .itulah Nizar. Dia akan terus berbohong dan bagi saya itu adalah tindakan biadap yang kalaupun nak membuat tuduhan ataupun nak membuat pendirian, sepatutnya dia menyemak fakta ini terlebih dulu.
“Kita tahu Nizar ni manusia yang tidak menyemak fakta . . .ikut sedap cakap, ikut apa yang terlintas dalam fikirannya.
“Samalah kenyataan yang dibuat mengenai tentera iaitu mendakwa Perdana Menteri menemui pihak tentera meminta mereka melakukan rampasan kuasa jika BN tewas dalam pilihanraya.
“Dia tidak fikir dia hanya memungut maklumat di tepi-tepi jalan yang mana ikut sedapnya,ikut amarahnya,emosinya . . .apa yang boleh dia gunakan untuk membelasah maka dia akan gunakan .
“Samalah dalam hal ini. Dia rasa dia akan mendapat dokongan tetapi tindakannya itu nyata sekali satu perbuatan yang sangat biadap. . . .tidak membuat kajian, tidak menyelidik, ikut sedapnya.
 
Menjawab soalan, Dr.Zambry  berkata “saya tidak fikir begitu ( cukup ke dengan memohon maaf). . .kalau kita lihat perilakunya ini ia bukanlah merupakan satu perkara yang mengejutkan, macam mana dia bertindak dalam sidang DUN . . .

Sambil bertanya “boleh kita pakai ke (kenyataan Nizar)” Menteri Besar berkata . . .macam mana dia boleh rempoh masuk dalam ceramah UMNO. Bayangkan kalau ada orang tumbuknya . . .itu yang dia nak.
“Boleh pakai ke jenis manusia macam ni.
Mengenai Nizar perlu mengadap Sultan Johor bagi menyembah maaf, Menteri Besar berkata “jenis dia ni . . . .dia peduli apa. Ini manusia macam tak makan saman . . .ikut sedap saja.
“Apa yang dia nak sebut, dia sebut la”.
Mengenai  blog-blog menyokongnya, Dr.Zambry berkata “itulah. . .dia tahu mereka sokongnya, akan ada orang yang beri sokongan padanya dan dia rasakan walaupun ada orang menyokongnya ini tidak bermakna apa yang dia cakap itu merupakan satu kebenaran.
“Itu hak bagi ke bawah duli tuanku Sultan Johor  . . .masalahnya you (Nizar) menggambarkan seolah-olah wang itu digunakan wang rakyat, diambil wang rakyat.
“Kalau kita ikuti apa yang dia twitnya itu, seolah-olah menggambarkan bahawa wang itu adalah wang rakyat yang tidak sepatut digunakan membeli nombor plet www1 dengan harga rm520,000.
“Digambarkan begitu sedangkan ini adalah wang tuanku . . .bukan wang gaji bagindapun.
“Bahkan gaji baginda dimasukan ke dalam yayasan yang ditubuhkan khas….
Dr.Zambry  berkata “Kalau nak menegurpun biarlah ada gayanya . . .ini bukan menegur tapi memfitnah.Bagi saya bukan soal menegur  . . .it is nothing to do with menegur….ia memfitnah dan you tolong menaburkan kemarahan . . .itu saja.
“Hari ini kalau  dia berani sangat tak perlulah minta maaf. Tapi minta maaf jugak. (MB kata dia tengok dalam sinar harian kenyataan Nizar).
“Bagi orang Perak saya nak beritahu itulah rupanya Nizar ni. Seolah-olah hero yang hebat . . .itu bagi saya bukanlah hero yang hebat tapi pemfitnah yang hebat.
Beliau menasihatkan Nizar supaya menyemak maklumat terlebih dulu sebelum membuat komen.
“Dan Tengku Mahkota Johor sudahpun membuat kenyataan bahawa tidak ada satu senpun dari wang kerajaan digunakan.
Saya tak faham mengapa orang impress dengan orang macam ini (Nizar) . . . .kita tak berani nak berbohong macam tu” katanya. Sumber AD.

AZMIN ALI BELUM BAYAR : TUNGGU WANG KOPI

1

Sebagai wakil rakyat yang kaya raya http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/panas-ni-jenuh-azmin-nak-jawab.html,  Azmin Ali pun tak mahu jugak bayar saman. Apa punya YB PKR? Kamu masih nak undi dia lagi ker cuba tengok kereta mewah YB Azmin Ali http://www.penembak-tepat.com/2011/05/persamaan-kereta-dalam-gambar-azmin-ali.html  dan http://mymassa.blogspot.com/2012/03/gempar-kereta-ferrari-azmin-ali.html.

Sebab itulah Azmin mempertahankan Projek Mewah di atas Padang Kelana Jaya kerana "wang kopi" yang akan diperolehinya daripada Projek tersebut bukan saja mampu membayar saman-saman di atas, malah boleh lebih dari itu. Azmin tetap membodohkan dirinya walau diasak kerana dia perlukan wang-wang kopi itu http://www.klpos.com/ekslusif/4575-penduduk-kelana-jaya-ss7-berang-azmin-ali-di-asak

Blog ini kata Azmin terima wang juga http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=37994#1204954

Kalau banyak masyuk...kenapa nak jual bini pada bang Nuar?...http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=S-3HRavrOt8

TERLALU KUAT 1 JAM 20 MINIT

1



SAC 1 Musa dalam afidavitnya menyatakan tujuh orang saksi telah memberi pernyataan bertulis semasa penyiasatannya.
Berikut ialah pernyataan-pernyataan saksi yang terkandung dalam afidavitnya:

+ Seorang saksi lelaki telah menyatakan bahawa dia telah diliwat oleh Anwar sebanyak 15 kali. Kegiatan homoseksual ini telah dilakukan di beberapa tempat termasuk di sebuah apartmen, Tivoli Villa di Bangsar. Apartmen ini dimiliki oleh sebuah syarikat yang mana Nallakaruppan adalah salah seorang pengarahnya yang mempunyai akses ke atas apartmen tersebut.

+ Seorang saksi telah memberi kenyataan bahawa dia mengesyaki kakak iparnya menjalinkan hubungan seks dengan Anwar dan perbuatan tersebut dilakukan di apartmen Tivoli Villa.

+ Bekas pemandu peribadi Nalla dalam kenyataannya menyatakan bahawa dia pernah membawa Anwar bersama Nalla pergi ke tempat tertentu untuk perkhidmatan seks haram. Dia pernah ditugaskan oleh Nalla untuk pergi mengambil perempuan-perempuan berbangsa Cina, Mexican, Eurasian dan bangsa lain untuk kegiatan seks haram. Pernah pada suatu ketika, selepas balik dari apartmen Tivoli Villa, saksi ini memandu kereta yang dinaiki oleh Anwar bersama Nalla dan seorang wanita, yang mana Anwar dilihat memakai rambut palsu.

+ Seorang saksi yang terlibat dalam pembekalan perempuan-perempuan bagi maksud pelacuran menyatakan bahawa Nalla pernah menghubunginya untuk mendapatkan khidmat seks haram. Saksi ini menyatakan dia juga beberapa kali telah membekalkan kepada Nalla perempuan-perempuan tersebut.

+ Seorang saksi wanita menyatakan bahawa Nalla telah memperkenalkannya kepada Anwar semasa di dalam kereta. Kemudiannya mereka bertiga telah pergi ke apartmen Tivoli Villa. Di sebuah bilik di dalam apartmen tersebut saksi ini menyatakan dia telah dicabul kehormatannya dan dia juga menyatakan bahawa Anwar telah merayu-rayu kepadanya untuk mengadakan hubungan seks tetapi dia telah menolaknya. Sewaktu kejadian ini berlaku Nalla berada di apartmen tersebut.

+ Seorang lagi saksi wanita menyatakan bahawa dia pernah dibawa oleh Nalla ke sebuah banglo dan diperkenalkan kepada Anwar. Saksi ini menyatakan dia diminta masuk ke sebuah bilik dan kemudiannya Anwar telah masuk ke bilik tersebut lalu mencium dan menghempapnya sambil memeluknya. Namun dia tidak menyerahkan dirinya untuk hubungan seks. Untuk mengelakkan dirinya daripada keadaan tersebut dia telah membuat helah yang dia di dalam keadaan haid.

+ Seorang lagi saksi wanita yang bekerja di sebuah syarikat yang mana Nalla adalah salah seorang Pengarah syarikat tersebut, menyatakan bahawa dia pernah dibawa oleh Nalla ke apartmen Tivoli Villa dengan kereta yang dipandu sendiri oleh Nalla. Di apartmen tersebut dia telah terperanjat apabila ditemukan dengan Anwar. Mereka telah mengadakan hubungan seks. Setelah selesai mengadakan hubungan seks dengan Anwar saksi ini menyatakan bahawa mereka telah berbincang tentang hal ehwal politik negara. Nalla telah memberi saksi ini RM350.

+ Pihak polis juga mempunyai keterangan bahawa Nalla ada memberi wang tunai berjumlah RM60 juta kepada Datuk Seri Anwar semasa pilihan raya umum tahun 1995.

+ Terdapat juga keterangan yang menunjukkan Nalla telah mengalihkan aktiviti-aktivitinya ke sebuah apartmen di Impiana Court, Ampang, Selangor selepas siasatan pertama yang dijalankan berkaitan surat layang terhadap skandal seks Anwar pada Ogos 1997. Apartmen ini dimiliki oleh sebuah syarikat yang disenaraikan di Papan Pertama Bursa Saham Kuala Lumpur di mana dia merupakan seorang dari Pengarahnya. Kegiatan-kegiatan seks haram ini masih beterusan walaupun siasatan polis telah dimulakan.

Menurut afidavit itu, sewaktu polis menjalankan siasatan, satu lagi laporan polis telah dibuat oleh seorang ahli korporat yang mendakwa bahawa Anwar cuba memikat isterinya. Perkara itu berlaku ketika beliau dan isterinya mengikuti rombongan Anwar ke Washington. Dalam siasatan polis, terbukti Nalla telah juga terlibat dalam aduan yang dibuat oleh ahli korporat itu.

Polis juga mempunyai maklumat bahawa Nalla sering mengikuti Anwar ke luar negara dan menjalankan aktiviti-aktiviti sebagai orang tengah yang membolehkan Anwar dipergunakan oleh anasir-anasir jahat luar negara yang boleh mengancam keselamatan dan kesejahteraan negara. _ Bernama

Agak-agak Pembaca, Apa Alasan Anwar Ibrahim Bila Tengok Gambar Ini?

6
Ranking Malaysia naik lagi.

http://www.imd.org/research/publications/wcy/upload/scoreboard.pdf


Kini di tangga ke-14 dalam negara-negara yang mempunyai ekonomi yang kompetitif.

Inilah kejayaan transformasi ekonomi YAB PM, DS Najib Tun Razak.

Dalam keadaan ekonomi dunia yang tak menentu, Malaysia masih lagi berjaya kekalkan ekonominya di tahap yang terbaik.

Indikatornya mudah. Cubalah pembaca pergi ke pasar raya. Anda akan lihat pasar raya penuh dengan rakyat yang mempunyai kuasa membeli. Sampaikan nak bayar pun kena beratur panjang. Begitu juga dengan kedai makan. Kedai makan masih lagi penuh dengan pelanggan. Sampaikan nak cari meja kosong pun susah.

Bila rakyat masih lagi boleh berbelanja besar dan makan di luar, ertinya Kerajaan Barisan Nasional berjaya menjaga rakyatnya dengan baik. Bandingkan keadaan ini dengan semasa Anwar Ibrahim menjadi menteri kewangan ketika krisis ekonomi? Faedah bank ditingkatkan sehingga ramai yang muflis kecuali Azmin Ali dan kroni-kroni Anwar Ibrahim yang masih banyak simpanan tetap ketika itu.

Keadaannya tetap sama. Sekarang pun dunia masih lagi dilanda krisis ekonomi. Negara Eropah pun masih lagi bergelut dengan krisis ini. Tetapi Malaysia berjaya mengharunginya dengan baik setakat ini.

Mungkin anak muda ketika ini tidak merasakan keperitan hidup semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan ketika krisis ekonomi. Sebab itu bila Anwar Ibrahim bohong, ramainya yang percaya. Kalau ikut Anwar Ibrahim mudah sahaja. Bila kita menghadapi krisis, kita pinjam dengan IMF. Dan itulah sebabnya kenapa Anwar marah sangat bila Kerajaan gunakan sumber dalaman seperti KWSP untuk bangunkan negara kerana 'along-along' luar negara seperti IMF tak boleh bagi hutang kepada Malaysia.

Terima kasih kepada kepimpinan YAB PM dengan Najibconomicnya yang terbukti berkesan. Kepada Anwar Ibrahim. Anda boleh menipu penyokong kamu yang bodoh dan tak matang, tetapi bukan kepada MyMassa dan pembaca blog ini yang lebih kenal siapa Anwar Ibrahim dan apa prestasinya sebagai menteri kewangan.



*Nak tahu beza DS Najib dengan Anwar Ibrahim, sila lihat gambar di bawah. DS Najib buat kerja, Anwar Ibrahim hanya pandai cakap.


Jom tengok FIRAUN bersolat.

37




Insan ini bukan ulamak, namun dia tetap menunaikan solat iaitu kewajiban seorang muslim.

Dia mengaku ilmu agamanya tidak sehebat TGNA.Tapi dialah yang mengerakkan negara Islam yang lain untuk membantu ketika umat Islam... di sana disembelih oleh pengganas Serb.

Dia pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

Insan ni digelar MahaFiraun, dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan islam dimata dunia. Dia tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa-apa.

Ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Dia dijemput oleh Allah SWT masuk ke dalam Kaabah.

PALING UTAMA...

Seumur hidupnya, dia tiada video seks dan tidak pernah menyokong usaha menyelamatkan negara Israel.

Insan ini TEGAR bersama UMNO dan BN. Anda pula bagaimana?!!



-dipetik daripada laman FB Islam-
 

Rabu, 30 Mei 2012

INI DIA VIDEO TIPU SULTAN

1


Semasa Upacara Adat Istiadat di Istana Sultan Perak, Ngah dan Ngeh telah memberikan wang yang sangat banyak (cash money) di pejabat Dap Perak kepada Nizar untuk suruh orang-orang kampung, orang-orang Bangla dan Mynamar, dan orang-orang Pas supaya berbaring di atas jalan apabila Sultan Perak lalu. Tiap-tiap seorang mereka dibayar beratus ringgit. Wang itu pemberian Cina Dap  Ngah dan Ngeh kepada Nizar, mereka bagitau Nizar kalau nak suruh orang Melayu Pas baring atas jalan senang aje, bayar mereka.

Nizar boleh jawab kami kalau cerita ini tak betul?

Kali ini dia "butuh" Raja-Raja Johor pulak yer...Berani 48 Jam jer, la ne minta maaf. Tu pun tak ikhlas...http://www.malaysiakini.com/news/199400

RAHSIA MB KEDAH YANG RAKYAT KEDAH SENDIRI TIDAK TAHU

0
TENDER-TENDER BALAK DI KEDAH KINI MILIK SYARIKAT SINGAPORE

Seorang wakil Singapore Ambassador telah datang ke Alor Setar berjumpa dengan Menteri Besar Kedah. Boleh anda teka apa yang mereka bincangkan? Apakah pesanan yang disampaikan kepada Menteri Besar Kedah? Adakah pesanan itu ialah tentang pembinaan shopping kompleks dengan meruntuhkan Madrasah di Kedah tu. Dan juga pesanan itu tentang Tender Pembalakan yang diberikan kepada syarikat Singapore yang juga mendapat tender pembalakan di Kelantan.


SYARIKAT SINGAPORE JUGA MEMBINA SHOPPING KOMPLEKS DI ATAS TANAH MADRASAH

Dua perkara ini rakyat Kedah tidak tahu. Rakyat Kedah tidak tahu Wakil Singapore ini telah berjumpa MB Kedah dan mendesak MB Kedah tentang dua perkara ini selain perkara-perkara lain. Anda tak percaya, sila tanya Pejabat Menteri Besar Kedah atau terus saja tanya MB Kedah? Kalau dia Islam tulen dia tak akan tipu punya...

Selepas bertemu MB Kedah, wakil Singapore ini telah pergi ke Perlis, tetapi tidak pula berjumpa MB Perlis! Kerana tiada deal bisnes yang boleh dibuat. Dia hanya jumpa beberapa orang pemimpin Pas Perlis sahaja, kemudian terus balik ke airport menuju Singapore.

***sumber dalaman.

Berita Lanjut Akan Menyusul

KUDA TUA

4


Cheah Soon Kit, bekas pemain beregu utama negara menyalahkan BAM atas ketandusan idea dan latihan. Kehilangan 2 Jurulatih penting sebelum Piala Thomas membayangkan masalah dalaman BAM yang disembunyikan. Sebelumnya pun, pengunduran Jurulatih penting Misbun Sidek juga melambangkan masalah dalaman BAM. Kena berubahlah...kenapa nak perap lama-lama pemain-pemain seperti Zulfadly, Misbun Ramadan Misbun dan sebagainya... Inilah masalah BAM..dua tahun dulu (2010), jurulatih China kata kat kita...pemain-pemain Malaysia semuanya Kuda Tua...tak ambik pengajaran pun BAM ne...Terbukti lagi 2012 pasukan Kuda Tua Malaysia dibelasah terok oleh China.

Sebab itulah kuda tua di Kelantan pun kena tukar sebab Subky Latif kata macam-macam dah kat Kuda Tua Kelantan ne...http://mymassa.blogspot.com/2012/05/subky-latif-ramal-kedah-kelantan_24.html
dan juga ini http://mymassa.blogspot.com/2012/05/maksud-sebenar-subky-latif-saya-pening.html

PANAS! SAH DS @NajibRazak memang pakai rantai!

1

Pada tahun 2008 Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan :

Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita untuk tujuan perubatan atau rawatan adalah dibenarkan berdasarkan keperluan dan hajat dengan syarat:

i. Ia bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (bagi lelaki).

ii. Tidak terdapat unsur najis padanya.

iii. Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang tangan tersebut boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana ia dikhuatiri boleh menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan aqidah.

iv. Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan telah terbukti secara saintifik bahawa ia merupakan antara kaedah rawatan yang berkesan dalam merawat penyakit.

Untuk maklumat lanjut, KLIK di sini. Nampaknya Majlis FATWA memang sudah siap sedia untuk jadi perkakas UMNO sebelum DS Najib mula pakai rantai lagi!

NIZAR TETAP KATA RAJA JOHOR RASUAH, NIZAR KATA ADA BUKTI, TAK AKAN MOHON MAAF

7

Saya Ada Bukti Raja-Raja Johor Amal Rasuah: 
Saya Tak Akan Minta Maaf, Raja-Raja Johor Lah Kena Minta Maaf


1. KERABAT DIRAJA JOHOR TIDAK PERNAH MENGAMBIL WANG DARIPADA KERAJAAN. SEJAK PEMERINTAHAN ALMARHUM SULTAN IBRAHIM SULTAN ABU BAKAR. BOLEH TANYA MENTERI BESAR ATAU MANA-MANA PEGAWAI KERAJAAN.

2. KESEMUA WANG YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KERAJAAN KEPADA BETA DAN AYAHANDA BETA SETIAP BULAN TELAH DISALURKAN KEPADA YAYASAN ISKANDAR DAN YAYASAN IBRAHIM.

3. KEWUJUDAN KEDUA-DUA YAYASAN TERSEBUT ADALAH UNTUK RAKYAT DAN BAGI MEMBANTU KERAJAAN NEGERI JOHOR.

4. SEJAK BETA BERGELAR RAJA MUDA,  BETA TIDAK PERNAH MENGAMBIL WALAUPUN SATU SEN DARIPADA KERAJAAN. SEMUANYA IALAH WANG RAKYAT BETA. JADI SEBELUM BUKA MULUT, SELIDIK DULU.

NIZAR MALU MEMOHON MAAF,
ISLAM PAS JANGAN MOHON MAAF WALAU BUAT DOSA


JADI SEBELUM BUKA MULUT, SELIDIK DULU.


JADI SEBELUM BUKA MULUT, SELIDIK DULU.


JADI SEBELUM BUKA MULUT, SELIDIK DULU.


JADI SEBELUM BUKA MULUT, SELIDIK DULU.


JADI SEBELUM BUKA MULUT, SELIDIK DULU.

JADI SEBELUM BUKA MULUT, SELIDIK DULU.

Selasa, 29 Mei 2012

Anak Cina mana yang HINA MUFTI Perak ini?!! Kurang Ajar sungguh!!!

8

Bila Mufti Perak kata PAS Ghulub, bukannya mereka hendak bermuhasabah, sebaliknya, gelaran tersebut dikembalikan semula kepada TS Harussani.



Yang menariknya, orang yang menggelarkan semula Sahibus Samahah Mufti Perak sebagai GHULUB itu TIDAK LANGSUNG mempunyai kelayakan atau latar belakang pendidikan ugama. Jadi, atas ILMU apa yang melayakkan beliau untuk menghukum seorang MUFTI yang dilantik DYMM Sultan sebagai GHULUB?!!

Cuba juga tengok darah keturunan Din Pudu ini. Sedara Nizar Royan rupanya.





Patutlah CHA semakin KURANG AJAR dan sering mempertikaikan hak-hak orang Melayu-Islam, ada yang jadi tukang ajar! Nampaknya kesatuan ummah dalam Islam tidak mampu mengatasi sifat chauvinisme bangsa asal nenek moyang Din Pudu ini.

Kini semakin jelaslah kenapa PAS tidak seperti dahulu lagi. Rupa-rupanya parti sesat itu dikuasai sepenuhnya kini oleh Boneka Cina DAP!


KETUA PENGARAH MANA NE...

8

Datuk Shaffee Yahaya Mantan KP BPR Zaman Anwar


Saya adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun 1995. Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana ‘corrupt’ seorang bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya raya dan malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah suatu yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku. Hanya orang yang pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita ‘corrupt’ dan juga skandal sex mereka sebagai suatu cerita rekaan atau konspirasi.
Di sini saya hendak menunjukkan contoh bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya kononnya seorang yang baik, berintegriti, pernah mendedahkan kononnya Dr Mahatir menengkingnya dalam kes Hassan Abul (Pegawai BNM) dan kemudian buat buku pula yan menunjukkan bagaimana baiknya dia. Tapi dalam diam dan ramai orang BPR tahu dia telah menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar. Kalau Datuk Shafee betul-betul bersih saya tabiklah. Tapi nak saya bongkarkan ke kisah Datuk sebelum Datuk jadi KP BPR? Maka Datuk Shafee tolonglah jangan nak komen apa-apa selepas pendedahan ini.

GERAKAN JOSEPH LIM GUAN ENG MEMBAWA MASUK CINA KRISTIAN KE MALAYSIA

3
MY FULL NAME IS YANG BERHORMAT TUAN JOSEPH LIM GUAN ENG, I AM GOD FATHER CHRISTIAN OF SOUTH OF ASIA


Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng antara dalang yang terlibat di dalam membawa kemasukan beramai-ramai penganut Cina Kristian Indonesia ke dalam negara kita. Sumber mymassa menjelaskan kebanyakan Cina Kristian Indonesia ini dibawa masuk melalui Singapura, Batam, Pulau Pinang dan di Sarawak. Ingatkah anda lagi di Upacara Angkat Sumpah menjadikan Joseph Lim Guan Eng sebagai bakal Perdana Menteri Cina Kristian pertama Malaysia oleh YB Jeff Ooi di Hotel Red di Pualau Pinang. Para Paderi Borneo dari Kuching, Sibu dan Miri dan yang berpangkalan di Kuching telah hadir dalam Upacara tersebut.

Ketua Menteri Pulau Pinang, melalui paderi-paderi Borneo di Sarawak telah mempermudahkan perkahwinan Cina Kristian Indonesia ini dengan orang-orang Sarawak. Mereka memberi kerjasama kepada Joseph Lim Guan Eng sebagai the God Father Asia Tenggara, dengan memberikan pelbagai kemudahan seperti meluluskan dokumentasi perjalanan, mempermudahkan cross border dan sebagainya.

Mengapa semua ini berlaku tanpa disedari?. Pertama sebagai the god father, Joseph Lim Guan Eng tidak dapat menguasai adat dan budaya masyarakat Cina Buddha. Bagi masyarakat Cina Buddha, orang seperti Joseph Lim Guan Eng ini adalah musuh sebenar masyarakat Cina.

Joseph Lim Guan Eng bukan penganut Buddhisme. Joseph Lim Guan Eng tidak mempercayai Kong Fu Tze. Sebab itulah YB Tan Tee Beng, Huan Chen Huan (Parti Cinta Malaysia) dan lain-lain tidak ingin bersama-sama Joseph Lim Guan Eng. Mengapa YB Tan Tee Beng meninggalkan Pakatan Rakyat, ianya adalah desakan pengamal masyarakat Cina Buddha bahawa msyarakat Cina Buddha lebih mulia berbanding Cina Kristian seperti Joseph Lim Guan Eng.

Ulasan selanjutnya di sini berkenaan Joseph Lim Guan Eng. http://helenang.wordpress.com/2012/05/23/guan-engs-special-officers-and-their-very-special-duties/


NAMA RASMI SAYA YB JOSEPH LIM GUAN ENG: TOLONG GUNA BILA ANDA MENULISNYA!!!

2
JOSEPH LIM GUAN ENG Bersama Teman Wanita Barunya

BERMULA saat ini, seluruh blogger dan para pemain siber dinasihatkan menggunakan nama sebenar Y.B. Joseph Lim Guan Eng kerana penggunaan nama Y.B. Lim Guan Eng telah menghina penganut agama Kristian. Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng telah dibaptiskan tidak lama dahulu sebagai penganut Kristian yang takut-takut. 

Joseph Lim Guan Eng takut-takut menggunakan nama Kristian beliau kerana beliau tahun masyarakat Cina beragama Buddha amat membenci orang Cina yang masuk Kristian. Sebab itulah masyarakat Cina Buddhis di Balik Pulau, Bayan Lepas, Kepala Batas dll tidak hendak mencampuri urusan penganut Kristian seperti Joseph Lim Guan Eng.

Skandal Joseph Lim Guan Eng dengan pekerja di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang membuktikan betapa Ketua Menteri Pulau Pinang Joseph Lim Guan Eng ini bukanlah penganut Kristian yang baik. Di dunia yang lain skandal paderi meliwat penganut mereka sungguh banyak, anda boleh search di carian google Singapore dan google Rom. http://www.youtube.com/watch?v=w3jntHgqbHY&feature=player_embedded

Ketakutan masyarakat Buddhis ialah apabila Joseph Lim Guan Eng diwar-warkan sebagai Perdana Menteri Kristian pertama di Malaysia. Maka usaha-usaha memBaptiskan budak-budak Cina Buddhis ini akan lebih mudah dilaksanakan. Masyarakat Buddhis yang masih memelihara peradaban Kong Fu Tze menolak pembawaan Joseph Lim Guan Eng. Apabila YB Jeff Ooi mengadakan Ucapara Angkat Sumpah  Perdana Menteri Kristian Malaysia memastikan dalam 10 tahun (2010-2020) Joseph Lim Guan Eng hendaklah menjadi Perdana Menteri Kristian pertama di Malaysia dengan bantuan parti-parti yang Ngoblok (Dungu) seperti Pas dan Pkr.

Blogger ini menentang Dasar Kristianisasi Masyarakat Buddhis  oleh Joseph Lim Guan Eng http://helenang.wordpress.com/2012/05/20/vs-what-do-the-chinese-want-really/

Bersambung....

(dialu-alukan translate ke bahasa Mandarin untuk bacaan Masyarakat Cina Buddha)





Isnin, 28 Mei 2012

Nizar Jamaluddin Mohon Derhaka Kali Kedua.

5
Inilah rupanya Melayu yang diupah oleh DAP untuk menjadi anjing.



Bila disuruh menyalak, dia akan menyalak. Nak tau kes terbaru Nizar derhaka kali ini, boleh baca di sini (http://khairulryezal.blogspot.com/2012/05/panas-berapi-nizar-lambai-kena-sound.html).

MyMassa ada saksi bahawa Nizar minta duit dari DAP untuk bayar pencacai upahan PAS yang baring atas jalan, halang kereta DYMM Sultan Perak.



Kali ini Nizar menyalak lagi untuk menderhaka kepada Raja-raja Melayu. Adakah selepas ini dia akan minta upah dari DAP seperti mana dia buat ketika krisis Perak?


*Kalau dengan Allah SWT pun dia sanggup 'menderhaka' dengan menyembah lilin, apatah lagi kepada Raja-raja Melayu! Inilah pemimpin-pemimpin pelapis PAS yang gilakan kuasa sehingga terlupa perjuangan asal PAS untuk memperjuangkan Islam.




DS @KhaledNordin Ajar Timbalannya, @saifuddinabd Macam Mana Nak Jadi Menteri.

1
Kerajaan Tanggung 90 Peratus Kos Pelajar Di IPTA, PTPTN Hanya Untuk Kos Sara Hidup

PETALING JAYA: Sebanyak 90 peratus kos pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebenarnya ditanggung kerajaan, maka itu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh dianggap hanya untuk tanggung kos sara hidup pelajar.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin berkata PTPTN hanya menanggung baki kos pengajian yang kecil, kira-kira 10 peratus daripada kos keseluruhan pengajian di IPTA.

"Tidak seperti negara-negara lain, kerajaan (Malaysia) bagi pinjaman kepada mahasiswa untuk menanggung kos sara hidup, setakat ini tidak ada mana-mana negara yang memberi pinjaman sara hidup kepada mahasiswa dengan jumlah yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek pembangunan Pusat Kecemerlangan Industri Pemborongan dan Peruncitan (ICoE) di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemansuhan satu peratus ujrah pinjaman PTPTN yang diutarakan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli dalam sesi pendebatan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengenai 'Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi' yang disiarkan secara langsung oleh Astro Awani dan Bernama Radio24 , Selasa lalu.

"Satu peratus hanya amaun yang kecil bagi mereka (mahasiswa) untuk membayar kos pengurusan pinjaman itu," kata Mohd Khaled.

Mohd Khaled berkata untuk itu, beliau tidak nampak keperluan isu pemansuhan satu peratus ujrah yang dikenakan ketika pembayaran pinjaman PTPTN. - BERNAMA

Inilah tugas menteri. Bercakap mengenai portfolio yang dipegangnya.

Jika ada isu yang melibatkan kementeriannya, beliau akan menjelaskan sejelas-jelasnya. Beliau akan menggunakan pelbagai platform yang ada untuk beri penjelasan.

Kalau di kementerian dah tiada isu, bolehlah ulas benda lain.

Bukan macam timbalannya, lebih sudu dari kuah. Walaupun berlambak isu di KPT belum selasai, dia sibuk nak ulas mengenai BERSIH 3.0. Dia ni Timbalan Menteri Pengajian Tinggi atau Timbalan Menteri Dalam Negeri? Kalau tak percaya, boleh baca posting MyMassa sebelum ini (http://mymassa.blogspot.com/2012/05/dato-saifuddinabd-sengaja-cari-pasal.html).

MyMassa nak sangat Dato' Saifuddin Abdullah bentangkan KPInya dahulu sebelum sibuk hal Menteri Dalam Negeri. MyMassa nak tengok apa pencapaiannya sebagai Timbalan Menteri. Setakat tugasnya melayan tuntutan Adam Adli dan rakan-rakan, baik tak payah jadi menteri. Di sini MyMassa sertakan tugas Menteri dan Timbalan Menteri bersumberkan Perlembagaan Persekutuan.


Tugas Timbalan Menteri adalah untuk membantu Menteri. Kalau tak dapat membantu Menteri, malah menyusahkan Kerajaan dengan pandangan-pandangan yang tak sepatutnya, eloklah letak jawatan.

Pilihan raya makin hampir. Tolonglah jangan berikan modal untuk pembangkang menyerang Kerajaan.

*Kenapa Saifuddin Abdullah beria-ia menyokong BERSIH 3.0? Adakah kerana perbincangan ini?



Dato' @saifuddinabd Sengaja Cari Pasal.

8
Bengang pulak MyMassa bila baca artikel Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di Sinar Harian.
Menteri yang sibuk mempertahankan pembangkang dari partinya sendiri.

Bersih 3.0 bukan Arab Spring
Saifuddin Abdullah
28 Mei 2012
Perhimpunan Bersih 3.0 telah sebulan berlalu. Tetapi, perbincangan tentangnya masih hangat, seolah-olah ia berlaku semalam. Saya tidak menyokong Bersih 3.0. Tetapi, saya tidak memandangnya dengan sebelah mata sahaja.

Saya juga tidak menyokong Bersih 2.0. Tetapi, saya bersetuju dengan banyak daripada tuntutannya. Kerana itu, saya amat teruja apabila Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung dengan penambahbaikan proses pilihan raya (JPP) ditubuhkan.

Apalagi, kerana ia dibentuk secara bi-partisan antara Ahli Parlimen BN dan PR. Laporan JPP meluluskan 18 daripada 22 syor jawatankuasa.

Meskipun terkilan kerana ia tidak mempunyai peta jalan yang jelas tentang apa yang akan dilaksanakan secara segera, jangka sederhana dan jangka panjang, namun ia tetap merupakan satu dokumen yang perlu diterima baik.

Apabila Bersih 3.0 diumumkan sebaik sahaja laporan JPP diluluskan Dewan Rakyat, saya menyatakan bahawa penganjurnya terburu-buru. Sepatutnya, berilah peluang untuk laporan JPP itu mula dilaksanakan terlebih dahulu.

Namun, kehadiran Bersih 3.0 lebih besar daripada Bersih 2.0. Ia lebih multi-kaum. Belia, termasuk mahasiswa, begitu ramai. Lebih menarik ialah penyertaan golongan kelas menengah.

Dalam konteks ini, penyelidikan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) tentang PRU13 adalah relevan.

Menurutnya, 49 peratus pengundi telah membuat keputusan akan mengundi BN, 21 peratus akan mengundi PR, manakala 30 peratus belum membuat keputusan (atas pagar).

Sebahagian daripada pengundi atas pagar ialah belia/mahasiswa dan kelas menengah. Ada dalam kalangan mereka menyertai Bersih 3.0. Penyelidikan itu dibuat sebelum itu. Bagaimanakah kedudukannya kini?

Kita perlu sedaya upaya mempunyai pandangan yang benar dan adil terhadap Bersih 3.0. Oleh itu, wajar meneliti pelbagai video, tulisan, maklum balas dan post mortem daripada pelbagai sumber, termasuk daripada pihak yang tidak sealiran dengan kita.

Terdapat ramai yang menyertainya kerana objektif yang tiada kaitan dengan manamana parti politik. Objektif mereka pelbagai. Tidak terhad hanya kepada soal sistem pilihan raya sahaja. Ada objektif lain, seperti PTPTN dan Lynas.

Ada beza antara majoriti menyertainya secara aman dengan segelintir yang menimbulkan insiden tidak diingini. Ada beza antara majoriti anggota polis yang menjalankan tugas dengan profesional dengan segelintir yang berlaku aneh, misalnya, terhadap orang media.

Saya mengalu-alukan resolusi Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Peguam Malaysia. Begitu juga langkah Suhakam untuk mengadakan pendengaran awam.

Saya tidak bersetuju kalau Bersih 3.0 dituduh sebagai dipengaruhi komunis atau ingin menjatuhkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan.

Jauh sekali kalau ia dianggap seakan-akan Arab Spring. Ini kerana faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Arab Spring tidak wujud di sini.

Kalaupun ada yang hendak dibandingkan, maka, ia mungkin berupa sedikit elemen anti-Marcos atau, yang terdekat, anti-Suharto. Tetapi, pokoknya bukan Arab Spring.

Pada masa sama, Datuk Ambiga Pengerusi Bersih amat kecil jika dibandingkan dengan Aung Sang Suu kyi. Tetapi, kalau langkah mengurung Aung Sang Suu Kyi di dalam rumah menjadikannya idola antarabangsa, maka, saya waspada melihat langkah mengepung rumah Ambiga dengan aktivitiaktiviti tertentu itu.

Bersih 3.0 bukan Arab Spring. Bukan juga anti-Marcos atau anti- Suharto atau pro-Aung San Suu Kyi. Tetapi, ini tidak bermakna kita boleh memperlakukannya sesuka hati. Sebaliknya, kita perlu berhatihati. Kerana kita tidak mahu ada pihak yang menyimpan di dalam hati.
http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/saifuddin-abdullah/bersih-3-0-bukan-arab-spring-1.51508

Kepada Dato' Saifuddin Abdullah, daripada menyibuk hal BERSIH, lebih baik Dato' tulis artikel pasal PTPTN yang lebih berkaitan dengan Kementerian yang Dato' telah diamanahkan untuk menjaganya. Lebih baik Dato' beri penerangan kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang peri pentingnya belajar bersungguh-sungguh dan menukarkan PTPTN kepada biasiswa.

Ini tidak. Dato' terlalu perjuangkan kebebasan akademik sehingga lebih ramai mahasiswa Melayu dibuang universiti kerana kealpaan mereka melawan pentadbir universiti sehingga mereka hanya dapat CGPA cukup makan.

Tolonglah fokus kepada Kementerian Dato' kerana kementerian Dato'lah antara kementerian yang menyebabkan rakyat marah kepada Kerajaan kerana tidak perform. Lihatlah ranking-ranking universiti jatuh sebaik sahaja Dato' pegang portfolio Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Siapa tak sokong kebebasan. Tetapi kebebasan ada hadnya. Jangan Dato' terlalu bebas menyebarkan fahaman politik baharu sehingg terlupa tugas hakiki.


*Kalau boleh elok Dato' Saifuddin cerita pasal KPInya di KPT daripada sibuk hal lain. Dah berapa peratus tercapai?