KETUA PEMBERONTAK MALAYSIA BERSAMA TIMBALANNYA
Pada hari ini, jelaslah dan benarlah segala kata hati anda bahawa Anwar Ibrahim dan Ambiga Sarinawasari bukanlah warganegara yang bertanggungjawab, rupa-rupanya bukan hendak menuntut keadilan dalam sistem pilihanraya, tetapi alasan itu digunakan untuk menjatuhkan kerajaan secara jalanraya. Mereka mengimpikan Dataran Tahrir. Syabas rakyat Malaysia kerana anda menolak mereka. Jelaslah daripada 29 Juta rakyat Malaysia, hanya kira-kira 10 Ribu sahaha, saya ulangi 10 Ribu Sahaja yang hadir merosakkan harta benda rakyat dan memalukan negara di mata dunia.
Mari kita tukar tagline mereka, Anwar sangat tidak layak digelar Ketua Pembangkang tetapi kita tukar kepada Ketua Pemberontak Malaysia dengan Ambiga Sari sebagai Timbalan Ketua Pemberontak Malaysia. Mereka sangat sesuai, seorang kaki LBGT dan seorang lagi tidak kahwin-kahwin lagi kerana ahli LBGT.
Saya berada di tengah-tengah mereka, mereka merosakkan segala pokok-pokok yang indah dan bunga-bunga yang cantik yang menyelemuti bandaraya Kuala Lumpur. Mereka merosakkan pintu-pintu kedai, memecahkan botol dan apa sahaja asalkan melepaskan geram mereka. Mereka mengotorkan dengan segala sampah sarap di seluruh bandaraya, merosakkan keindahahan ibu kota kita. Malah perangai mereka pun sangat terok, bukan bersih tetapi kotor dan pengotor.
Anwar dan Ambiga melarikan diri apabila melihat pemberontak-pemberontak semakin sedikit. Ambiga meminta bersurai tetapi kata-katanya pun sudah tidak laku. Lim Kit Siang hadir tetapi Lim Guan Eng menyembunyikan diri, Nik Aziz pergi mana? Langsung tak namnpak batang hidung! Anwar tidak sampai satu jam pun berada di lokasi pemberonntakan, ketika para pemberontak memakai T Shirt murahan, Anwar Ibrahim memakai T Shirt Bershit menyerap haba berharga beratus ringgit.
Sekarang, rakyat yang bencikan pemberontakan ini. Mari kita minta Anwar dan Ambiga yang membayar elaun pemberontakan RM50.00 satu hari dengan tidur di mana-mana hotel murah, kita minta Anwar dan Ambiga membersihkan Kuala Lumpur yang mereka kotori itu, Anwar kena ganti kereta polis yang para pemberontak rosakkan, bagi Anwar wang RM50,000.00 petik jari aje. Apa lagi yang Anwar rosakkan mari kita buat tuntutan bermahkamah.
Kita bersyukur, sebahagian besar rakyat Malaysia menolak cara para pemberontak ini. Akhirnya mereka malu sendiri, akhirnya mereka melihat sendiri rakyat menolak mereka. Hanya budak-budak sekolah, anak-anak universiti yang belum mengundi, dan orangtua kampung yang mereka bayar yang datang tetapi mereka semua kasihan, sungguh kasihan kebingungan di tengah ibu kota.
Bermula esok, ya bermula esok..apa sahaja yang anda tulis jangan lupa tagline ini Anwar Ibrahim Ketua Pemberontak Malaysia dan Ambiga Sari Timbalan Ketua Pemberontak Malaysia. Mereka adalah penderhaka. Tembak hati mereka dengan kata-kata kamu, supaya mereka mati kutu!