Jumaat, 28 Disember 2012

ISU DOG: ZAM MENANG BESAR , ANWAR IBRAHIM TEWAS


AGUS SUSANTO: BAPAK JUSUF KALLA LEBIH PATRIOTIK, BERBANDING BJ HABIBIE YANG MENGKHIANATI NEGARANYA


KENAPA KAMU BERTINDAK MEMBABI BUTA?
Oleh: AGUS SOSANTO

LAMA juga saya mengikuti pelbagai pendapat dan pandangan yang dilontarkan para pengikut tulisan Zam tentang kritikannya terhadap BJ Habibie, mantan Presiden Indonesia itu.


Ada beberapa perkataan yang disebut Zam dalam tulisan itu, kononnya menghina BJ Habibie.  Nyata sekali, khususnya warga Indonesia tidak memahami maksud sebenar tulisan itu.


“Dog of Imperialism” yang disebut Zam ketika menggambarkan BJ Habibie, membawa maksud  ‘orang suruhan’. Perumpamaan Inggeris itu tidak langsung membawa maksud  anjing.  


Saya hairan, takkan tak ada seorangpun bijak pandai di Indonesia yang memahami maksud perkataan itu, atau mereka rata-rata berpandangan sempit juga seperti rakyat jelata negara yang memiliki 240 juta penduduk itu.


Kita ambil contoh satu lagi perumpamaan Inggeris. “rain cats and dogs”. Takkan orang Indonesia fikir hujan kucing dan anjing. Saya jelaskan ia bermaksud hujan lebat. Begitu juga ungkapan “good night sweet pie” bukan bermaksud “selamat malam kuih manis,” tetapi “selamat malam sayang!’’


Begitu juga perumpamaan “Seperti Melepas Anjing Tersepit” tidak bermakna orang itu anjing dan sama juga kalau di Indonesia perkataan "Gampang" ia membawa maksud yang positif iaitu mudah tetapi ia berlainan di Malaysia ia bermaksud anak yang tidak berbapak.


Saya fikir, rata-rata  orang Indonesia yang melayari blog ini sengaja menyempitkan sendiri pemikiran mereka tidak dapat atau tidak mahu atau sengaja tidak mahu memahami maksud sebenar yang dimaksudkan oleh Zam.
Dalam kehidupan bangsa Melayupun ada perbandingan yang mengkiaskan binatang dalam hidup sehari-hari. Contoh terdekat “membabi buta.”


Kalau ada yang berkata kepada seseorang “kenapa kamu bertindak membabi buta?” bukan bermaksud mengatakan orang itu “babi,” tetapi menggambarkan tindak tanduknya yang sembrono, seperti apa yang dilakukan oleh begitu ramai rakyat Indonesia terhadap tulisan Zam itu. Tindakan mengkritik Zam secara melulu itu, membabi buta lah namanya.


Kata Zam lagi, BJ Habibie “pengkhianat” bangsa Indonesia. Apa salahnya, kalau kenyataan itu benar. Bukankah dalam Islam, kita diminta berkata benar, sekalipun pahit.


Lagipun kalau bukan pengkhianat namanya, nak panggil apa kepada seseorang yang telah menyerahkan   naungan wilayahnnya kepada orang lain. Tidak ada perkataan lain lebih lembut daripada pengkhianat.


Kita kena ingat dan tahu bahawa Zam bukan orang yang punya agenda politik, beliau adalah wartawan tulin yang melihat sesuatu isu lebih jauh yang mana orang lain sukar melakukannya. Orang lain melihat sesuatu hanya pada permukaan, tetapi Zam bukan saja melihat “on the surface tetapi deep into the bed of the river.”


Inilah kelebihan Zam yang mana kewartawanan telah mendarah daging dalam tubuhnya. Orang lain mungkin tidak dapat melihat apa yang Zam nampak.
Lagipun Zam hanya membaling kata-kata, bukannya membaling Najis sebagaimana yang dilakukan oleh penunjuk perasaan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.


5 comments:

Tanpa Nama berkata... 28 Disember 2012 11:36 PG

Sdr,
I do not understand why Anwar went head to head with Zam.His standard should be Najib.Zam is nobody now just another writer and may be a Nationalist.

Tanpa Nama berkata... 28 Disember 2012 2:55 PTG

Tanpa nama 11.36pg... i absolutely did not agree with ur statement that anwar standard should be najib... najib is a prime minister.. while anwar is noboby.. just ketua umum PKR..u might can say they are both leader for their party.. but.. in term of morale, discipline, attitude, behavior and patriotism.. they are totally different.. anwar wish to have debate with najib.. at the same time, nalla, umi hafilda, ezam and a few people also challenge him for debate.. most of them are his close friends before.. why he refuse to have debate with them? i think u smart enough to answer this question...

Tanpa Nama berkata... 28 Disember 2012 3:07 PTG

This article reminds me of what Tun M had said, better the devil you know than the angel you dont .. this Anuar is not only devil but much worst .. angel is not even an inch in him .... SYAITAN ...

Tanpa Nama berkata... 28 Disember 2012 3:59 PTG

Puak-puak sefuckatan mana tau berbahasa Inggeris...ko cuba bayangkan Hadi Awang, Mat Sabu, Mahpus hatta N.ajis speaking English mesti tergagap-gagap haram satu pun orang tak faham. Kalau bahasa Inggeris pun tak faham, macamana nak perintah negara, tahap kepimpinan setakat dalam markaz PAS dan tadika PASTI jer la. Puak hamPAS ni setakat pandai berceramah belum tentu mereka pandai jaga amanah dan tahu memerintah. Sekarang ni pun baru dapat sedikit kuasa dah habis maruah bangsa dan akidah ummah musnah.

Tanpa Nama berkata... 29 Disember 2012 1:28 PG

Dear anon 11.36, this is because Pak Zam is an ex minister of the government, Anwar is hoping to drag the Indonesians against the current Malaysian government.
Pak Zahid Hamidi is defusing this issue by stating that Pak Zam is an ex minister and his article is a personal opinion.
I don't know why he's intent to drag foreigners into Malaysian politics, it's not his first time, he already attempted it with the Australians.

Catat Ulasan