Selasa, 11 Disember 2012

Benarkah IOI Adalah Syarikat Kelapa Sawit Milik Bapa Anwar Ibrahim ???

Dahulu MyMassa pernah dengar orang bercerita mengenainya. Ianya ketika Anwar bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan Tun Mahathir dan mengaitkan Tun dengan amalan kronisme.


Baru-baru ini MyMassa ada menghadiri kenduri kahwin. Persoalan yang sudah lama senyap kini timbul kembali. Ada seorang rakan yang MyMassa jumpa di kenduri kahwin bertanyakan SOALAN MAUT:

BETUL KE IOI TU BERMAKSUD IBRAHIM OIL INDUSTRY?



Tergamam MyMassa bila dengar soalan tersebut. Setahu MyMassa, IOI ni milik saudagar kaum Cina yang merupakan antara orang yang terkaya di Malaysia. Oleh kerana terkasima dengan soalan tersebut, MyMassa hanya mendengar celoteh rakan tersebut yang mengulas isu tersebut secara panjang lebar.

Dek kerana tak puas hati dengan penjelasan rakan yang MyMassa rasa terlalu banyak NASI TAMBAH, MyMassa cuba tanya rakan-rakan lain yang lebih mengetahui. Ada jugak MyMassa cari maklumat ini di internet kaitan Datuk Ibrahim dengan IOI.

Dari maklumat rakan-rakan dan semakan di Internet, tenyata IOI bukanlah milik bapa Anwar Ibrahim tetapi milik Tan Sri Lee Shin Cheng, orang ke-4 terkaya di Malaysia. Dan IOI juga bukanlah IBRAHIM OIL INDUSTRY seperti yang ditohmahkan oleh rakan MyMassa tetapi IOI adalah singkatan kepada Industrial Oxygen Incorporated Sdn Bhd.

Jadi, mana datangnya kaitan bapa Anwar Ibrahim dengan IOI? Dari Majalah Antarabangsa ASIAWEEK, majalah ini membongkar kaitan tersebut (http://www-cgi.cnn.com/ASIANOW/asiaweek/98/0703/sr_5_alloc1.html).

Jumlah saham yang diterima oleh bapanya  ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan

Pendedahan ini menunjukkan bapa Anwar Ibrahim mendapat saham IOI sebanyak 2 juta unit pada tahun 1993. Tahun berapakah Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan? Tahun 1991.

Mudahnya Anwar menuduh orang lain KRONI dan SALAH GUNA KUASA tetapi apabila dia menjadi Menteri Kewangan, bapanya dianugerahkan  saham lebih 6 juta unit ketika Kerajaan rancak melaksanakan dasar penswastaan dan pensyarikatan Malaysia. Dalam pada itu, Datuk Ibrahim telah dilantik menjadi Pengerusi IOI.

Mungkin kerana itu timbulnya penambahan cerita sehingga nama IOI disangka Ibrahim Oil Industry.

MyMassa harap entri kali ini membantu membersihkan tuduhan bahawa IOI bermaksud Ibrahim Oil Industry. Namun salah guna kuasa yang Anwar lakukan dengan memberikan berjuta-juta unit saham kepada bapanya bukanlah satu tuduhan, tetapi kenyataan bahawa ketika di puncak kuasa, Anwar juga mengamalkan KRONISME.

*Bak kata pepatah, bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.

4 comments:

Tanpa Nama berkata... 11 Disember 2012 4:30 PTG

Dah lama tau cerita ni...

SP-ERMA KINI berkata... 11 Disember 2012 5:25 PTG

kalau benar hebat sungguh la Pak Anwar tu...mungkin orang2 tua di Cherok Tok Kun lebih tau.

mohon dipautkan blog saya www.spermakini.blogspot.com ke Mymassa.
terima kasih.

Warga Pulau Melaka berkata... 11 Disember 2012 7:24 PTG

Tahi di punggung pun tak habis basuh ... dok geger rioh tahi di punggung ore .. Dasar Penganut PR ... Jeng .. Jeng .. jeng ..

Tanpa Nama berkata... 11 Disember 2012 11:30 PTG

IOI menjadi kaya raya sbb paksa KM Sabah jual
ladang kelapa sawit milik kerajaan negeri sabah
iaitu Ladang Sabah di Sandakan semasa dia Menteri Kewangan.
Dgn harga yg tidak munasabah, bayar 1% deposit lepas tu tukar
hak milik, kemudian semua hasil ladang seluas 50,000 ekar yg
telah ditanam kesemuanya utk membayar balik kepada kerajaan Sabah.
Anwar tamak lagi haloba , mengata org lain saja. itu belum club
jackpot anwar di sabah sebanyak 27 club seluruh sabah.

Catat Ulasan