Isnin, 26 November 2012

Wajib Baca: Bukti Siapa Sebenarnya Zalim Terhadap Rakyat Kelantan.

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan doa laknat PAS terhadap lawannya.


Menurut pemimpin PAS, ianya bertujuan kerana kezaliman UMNO terhadap rakyat Kelantan.

Persoalannya, benarkah UMNO menzalimi rakyat Kelantan?

MyMassa tak suka berhujah menggunakan bukti rekaan semata-mata seperti mana yang sering dilakukan oleh Harakah. Kali ini MyMassa menggunakan LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA untuk Negeri Kelantan (seperti yang digunakan oleh Rafizi untuk mendedahkan NFC).



Mari kita tengok fakta ini.


Sepanjang tahun 2009-2011, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan sebanyak RM259.73 juta untuk negeri Kelantan bagi menyelenggara jalan-jalan di negeri Kelantan. Daripada peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri, wang tersebut bukan sahaja diberikan kepada Jabatan Kerja Raya malah Pejabat Tanah dan Jajahan serta Pihak Berkuasa Tempatan (di bawah Kerajaan Negeri) juga mendapat peruntukan tersebut.


Apa yang MyMassa nak maklum kepada pembaca, bahawa tidak semua peruntukan Kerajaan Persekutuan dibelanjakan oleh Kerajaan PAS Kelantan. Berikut adalah penemuan audit:



Jika Kerajaan PAS Kelantan hanya menyalurkan kurang daripada separuh (42.9%) Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri, tidak hairanlah kenapa ada jalan di negeri Kelantan kurang memuaskan. Sepatutnya Kerajaan PAS Kelantan boleh menyediakan jalan yang lebih baik dengan menggunakan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan. Tetapi malangnya wang yang diberi hanya disimpan dalam perbendaharaan Negeri. Dalam masa yang sama, pemimpin-pemimpin PAS yang menerajui Kerajaan Negeri turun berceramah dengan MENFITNAH UMNO SEBAGAI KERAJAAN PERSEKUTUAN MENYEKAT PERUNTUKAN KEPADA RAKYAT KELANTAN!!!

MyMassa yakin ramai rakyat Kelantan dapat menilai siapa sebenarnya yang menzalimi rakyat negeri tersebut. Adakah UMNO dan Barisan Nasional yang tidak menyalurkan peruntukan atau Kerajaan PAS Kelantan sendiri GAGAL MENGURUS DANA PERSEKUTUAN DENGAN BAIK DENGAN HANYA MEMBELANJAKAN 42.9% DARI PERUNTUKAN YANG DIBERI.

MyMassa tahu bahawa PAS Kelantan selalu menyebarkan maklumat palsu bahawa wang persekutuan diberikan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan bukannya Kerajaan Negeri. Namun, apa yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara dapat membuka mata kita semua. Untuk makluman pembaca, bukan Kerajaan Kelantan sahaja diberikan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri (KAPJN) tetapi Kerajaan negeri lain sama ada ditadbir oleh BN atau Pakatan Pembangkang diberikan dana yang sama dengan diberikan kepada perbendaharaan Kerajaan Negeri tersebut.

Bayangkan jika Kerajaan Persekutuan memberikan ROYALTI kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan PAS hanya membelanjakan 42.9% daripada wang tersebut, sudah pasti rakyat Kelantan tetap tidak mendapat manfaat yang sepatutnya. Taktik PAS memang mudah. Apabila gagal membangunkan Kerajaan Negeri yang dipegang selama berpuluh tahun, diversinya dengan menuduh pihak lawan sebagai zalim. Kemuncak kepada putar belit PAS, doa laknat dipohon kepada pihak lawan.

MyMassa harap agar pembaca boleh menilai sendiri siapa yang zalim, adakah BN yang menyalurkan peruntukkan atau PAS yang gagal memanfaatkan dana yang diberi. Itu baru MyMassa buka cerita jalan. Belum lagi MyMassa cerita pasal longkang yang tersumbat, tanah ladang rakyat yang diberikan kepada Syarikat milik Singapura dan lain-lain lagi.

*Sepatutnya PAS doa laknat kepada Israel, bukan kepada sesama muslim macam YAB PM buat.


7 comments:

Tanpa Nama berkata... 26 November 2012 2:03 PTG

Zalim kerana duit tak masuk dalam kantong pemimpin-pemimpin PAS.

Tanpa Nama berkata... 26 November 2012 9:57 PTG

Kepada penulis blog. Tolong check dgn JKR kelantan, pada bulan berapa setiap tahun peruntukan tu sampai.? Duit sampai selepas bulan Jun.. Dalam tempoh 6 bulan suruh settle. Dalam bulan Nov , akaun dah kena freeze. Lepas tuu, semua duit yang belum diguna pakai, Pusat ambil balik....Macamana JKR nak buat kerja.....Bila audit keluarkan report, nampak macam OK..........Tolong jangan percaya kat saya. Tanya JKR negeri, tanya kontraktor mungkin ada jawapan yg lagi tepat.

Tanpa Nama berkata... 27 November 2012 8:20 PG

Blogger ni tak salahkan JKR, tapi salahkan Kerajaan Kelantan yang lambat sangat salur peruntukan kepada JKR, PTJ dan PBT. Yang lambat salur peruntukan ni Perbendaharaan Negeri Kelantan. Jadi siapa yang tak cekap dan zalim? Itu yang Jabatan Ketua Audit Negara tegur Kerajaan Negeri yang tak pandai urus peruntukan.

Tanpa Nama berkata... 27 November 2012 1:18 PTG

zalim kerena tk masuk poket dan akaun pemimpin umno

audit dalaman berkata... 27 November 2012 3:37 PTG

perhhh..!!! hg nk tiru rafizi KEADILAN. hahaha..tpi hg tue sapa nk bt mcm tue. fakta hg pon dah spin mcm gasing daaaa... selamat lah kamu dgn fakta kamu tu.

Tanpa Nama berkata... 27 November 2012 4:55 PTG

Itu jer balaci PAS mampu komen? Lain kali try lebih sikit yer. Bagi bukti la yang PAS tak zalim pada rakyatnya. Jalan pun tak mampu repair tapi janji nak buat hiway. Macam haram.

Tanpa Nama berkata... 1 Mei 2013 1:00 PG

Join hands umat islam! Don't just talk abt religion, do it. Live with it, internalised it. We are umat Rasulullah SAW, put aside our fights n jihad in the name of Allah. Umat akhir zaman yg bercerai berai hanya merugikan agama n bangsa!

Catat Ulasan