Isnin, 26 November 2012

Serius: Harimau Malaya dibaham Singa-pura!


Semalam, MyMassa telah melihat satu persembahan showcase Harimau dimakan Singa....

Jangkaan MyMassa tepat sekali, sebelum perlawanan AFF Suzuki Cup 2012 menentang Singapura semalam. MyMassa merasakan yang Harimau akan dikejutkan, setelah persembahan hambar yang ditunjukkan melalu siri perlawanan persahabatan menentang Thailand (0-2) menentang Hong Kong (1-1), dan menentang Bangladesh (1-1). Kini Harimau Malaya dibaham Singa-pura 0-3...




MyMassa berasa sedikit kecewa dengan persembahan-persembahan beberapa pemain yang menunjukkan semangat yang lemah sekali sewaktu separuh masa pertama perlawanan. Dan walaupun menunjukkan peningkatan posesi serta keinginan untuk menyerang, sekali lagi gawang Harimau Malaya dibolosi. MyMassa tidak mahu menyalahkan mana, mana pihak

Tapi, ingatkah anda bagaimana Harimau Malaya bangkit tahun lepas? Ingatkah anda Garuda menghempas Harimau Malaya pada mulanya. Harapnya bangkitlah Harimau Malaya! Kata orang jangan diusik harimau yang cedera, lagi ganas jadinya. 



Kepada para peminat jangan putus menyokong! Kalau hendak kritik anda layak, tapi pastikan anda terus menyokong Harimau Malaya.  Sokongan anda amatlah diperlukan saat-saat ini, marilah kita terus menyokong. Kepada pasukan jurulatih & sokongan berikan khidmat yang terbaik kepada Harimau Malaya, rawat luka-lukanya, hilangkan ketakutannya. Kepada para pemain Harimau Malaya, bangkitlah, rakyat Malaysia mahu mendengar ngauman mu, mahu melihat semangat juang mu, tunjukkan prestasi yang terbaik, tunjukkan semangat Malaysia Boleh. Jangan mudah layu, jangan mudah tewas.


BANGKITLAH HARIMAU MALAYA!





0 comments:

Catat Ulasan