#PAU2012 : UMNO Berdoa PAS tidak sesat?!
Ya Allah Ya Tuhan kami, pada malam yang penuh keberkatan ini, kami
menadah tangan, memohon kehadrat-mu Ya Allah, agar majlis Perasmian
Persidangan Perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri oleh
pemimpin kami YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO
dianugerahkan hidyah dan taufik, agar urusan kami berjalan lancar,
beroleh kejayaan dan keberkatan.
Ya Allah, di atas bahu kami ada tanggungjawab dan amanah yang
berat, anugerahkanlah kepada kami keupayaan dan kemampuan untuk
melaksanakan amanah dan tanggungjawab tersebut.
Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami supaya kami dapat
meneruskan perjuangan Nabi kami Muhammad SAW di zaman yang tidak ada Nabi dan Rasul ini, Ya Allah, perlihatkanlah kepada yang benar itu
benar, supaya kami dapat mengikutinya dan perlihatkanlah ‚yang batil itu
batil‘ supaya kami dapat menjauhinya.
Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui pada hari ini kami
menghadapi tentangan dan cabaran yang amat hebat, baik dari musuh yang
terang, mahu pun musuh yang tersembunyi, malah apa yang lebih memedihkan
hati kami, apabila ancaman dan kebiadapan terhadap agenda ummah dan
bangsa, dilakukan oleh mereka yang keliru dan terpedaya dikalangan kami.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, bukalah pintu hati saudara-saudara kami
di dalam PAS, untuk kembali ke jalanmu Ya Allah…kembali kepada
kebenaran.
Engkau gerakkan hati mereka untuk menyambut salam perpaduan Islam
bagi sama-sama memartabatkan agamamu Ya Allah, bangsa Melayu dan bumi
Malaysia yang tercinta.
Ya Allah berikanlah kepada kami kekuatan untuk menghadapi segala
musibah ini, dihadapan kami, menanti medan pilihan dan penilaian rakyat,
iaitu Pilihan raya umum ke-13, kurniakanlah kami kekuatan, untuk
mempertahankan amanah ketuanan Melayu Islam, ditanah air kami.
Berikanlah kepada kami keupayaan untuk bersiap siaga, dengan
hemah yang tinggi, hati yang bersatu, jiwa yang luhur, serta kesetiaan
yang kukuh, dan akhirnya dijunjung perjuangan yang getir ini. Ya Allah,
berikanlah kepada kami kemenangan dalam perjuangan ini.
Kurniakan kami, segala kecekalan hati, keteguhan tekad,
kesungguhan azam, dan kebijaksanaan fikiran kepada sekalian pemimpin
UMNO, terutama Presiden UMNO beserta timbalan serta seluruh kepimpinan
dan sekalian ahli UMNO yang lainnya. Kepada mu jua kami bertawakkal dan
menyerah diri, ditangan Mu jua pemutus dan penentu segala-galanya.
Ya Allah hidupkan kami dengan Islam, matikan kami dalam Islam,
akhirilah hayat kami ini dengan Husnil Khatimah dan dengan kalimah La
ilahaillallah Muhammadun Rasululullah.
Inilah sepatutnya yang didoakan untuk sesama Muslim, membuang yang keruh mengambil yang jernih, merapat-rapatkan yang jauh, mengeratkan yang dekat. Bukankah PAS dan UMNO itu satu rumpun satu bangsa satu agama, atau barangkali PAS itu sudah terpesong dari ajaran asalnya. Jika demikian marilah kita beramai-ramai membaca doa ini, agar dibuka hati pemimpin, penyokong dan ahli PAS untuk kembali ke jalan yang asal. Tidaklah perlu menggunakan justifikasi mengatakan UMNO itu murtad maka layak didoakan kehancurannya. Jangalah sehingga kita melabel Muslim lain murtad hanya kerana fahaman politik dan ideologi politik yang berbeza. Ingatlah saudara muslimin dan muslimat sekalian, parti itu letakknya dibawah Agama, bukan sebaliknya.
Sekian dari MyMassa
0 comments:
Catat Ulasan