Rabu, 28 November 2012

#PAU2012 : Kalau HAMAS pilih UMNO, adakah ini bermakna PAS bersama ISRAEL?!!

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Hamas menghargai peranan dan sokongan UMNO terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan negara itu daripada cengkaman rejim Zionis Israel.
Ketua Perhubungan Awam Hamas, Osama Hamdan berkata, UMNO juga banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.
Jelas beliau, UMNO sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin walaupun setelah Hamas mengambil alih pentadbiran negara bergolak itu daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
"Dalam serangan terbaru Israel ke atas Gaza baru-baru ini, kita dapat melihat kerajaan Malaysia dan UMNO menyatakan kecaman terhadap Israel.
"Kami amat menghargai sokongan pemimpin Malaysia khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas majlis Forum Antarabangsa UMNO 2012 yang dirasmikan Najib di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Hamdan merupakan seorang daripada ahli panel dalam forum sempena Perhimpunan Agung 2012 bertajuk Konflik dan Perdamaian Dalam Politik Rakyat - Memandang ke Hadapan atau ke Belakang itu yang bermula hari ini hingga esok.
Berhubung fenomena 'Arab Spring' yang membawa kepada peralihan kuasa pemerintahan di beberapa negara di Asia Barat, beliau memberitahu, negara-negara terbabit perlu menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang sedang dihadapi ketika ini.
Tambah Hamdan, negara-negara yang dilanda fenomena 'Arab Spring' memerlukan masa lima hingga 10 tahun lagi untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.
"Proses peralihan kuasa tidak dapat dilakukan dalam masa sehari, namun kita dapat lihat ada kemajuan dari segi politik di Mesir dan Tunisia," ujarnya.
Dalam masa sama, beliau percaya perubahan senario politik yang berlaku di rantau Asia Barat akan membawa kepada kerjasama yang lebih erat antara negara-negara Arab dan dunia Islam.- Utusan Malaysia

Hamas memang terkenal sebagai satu-satunya organisasi Arab yang begitu berani menentang kekejaman Zionis secara bersenjata bagi mempertahankan Baitulmuqaddis. Pas sendiri pernah menyamakan perjuangan parti mereka dengan Hamas. Bagi mereka, menentang UMNO sama hebatnya seperti mengangkat senjata melawan Yahudi, walhal hakikatnya mereka bersekongkol dengan sebuah parti (DAP) yang bukan sahaja menentang Islam secara terang-terangan, malahan dibiayai lagi oleh proksi Yahudi di Asia (Singapura).
Malah, jangan kita lupa PAS juga tidak keberatan untuk mengangkat seorang manusia yang terang-terangan menyokong Yahudi Zionis, LGBT dan sendiri bergelumang dalam skandal seks dengan pelacur sebagai pemimpin No 1 mereka.

MILF, Hamas Dan Fatah Di Perhimpunan Agung UMNO.

November 28, 2012                                 
Pelik tetapi benar, dua wakil dari dua parti politik Palestin yang sememangnya sering bercakaran antara satu sama lain dapat bersama-sama duduk semeja. Namun, yang menambahkan kepelikkan lagi adalah mereka bukan duduk semeja di Palestin tetapi di Malaysia pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang sedang berlangsung kini.
Yang hadir mewakili parti Fatah ialah Dr Abdullah Abdullah dan wakil dari Hamas ialah Osama Hamdan yang dijemput khas dari Palestin. Kedua-dua pemimpin ini nampaknya amat mengagumi kepimpinan Persekutuan Malaysia dan mereka amat berbesar hati untuk hadir ke Perhimpunan Agung UMNO pada tahun ini.
Dr. Abdullah Abdullah dalam ucapannya di Majlis Forum Antarabangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 menyatakan bahawa rakyat Palestin begitu berterima kasih diatas sokongan dan dorongan yang diberikan oleh para pemimpin kerajaan Malaysia dalam perjuangan mereka menentang keganasan dan kekejaman Zionist. Osama Hamdan dan Dr. Abdullah Abdullah juga telah menyertai satu temubual khas bersama Berita TV2 pada tengah hari tadi.
Apa yang kita boleh ambil dari penyertaan pejuang-pejuang Palestin di Perhimpunan Agung UMNO adalah sokongan berterusan kerajaan Barisan Nasional dan UMNO untuk perjuangan umat Islam di luar Malaysia. Sehingga kini kerajaan Malaysia dan UMNO telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membantu rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhamamad merupakan salah seorang tokoh yang menjadi pemangkin kepada usaha sama agar Fatah dan Hamas bersatu padu untuk menentang penjajahan Israel yang disokong oleh Amerika Syarikat.
Turut hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 kali ini ialah wakil dari umat Islam Moro Filipina yang diwakili oleh Tuan Murad Ebrahim. Penglibatan Malaysia dalam perjuangan mencapai keamanan oleh umat Islam Moro sememangnya telah menjadi salah satu agenda utama kerajaan Malaysia semenjak dari zaman Tun Abdul Razak lagi. Kini di zaman anaknda beliau, Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak pula umat Islam Moro telah mencapai keamanan dengan menandatangani perjanjian persefahaman antara umat Islam dan Kerajaan Filipina. Peranan Malaysia diiktiraf apabila Datuk Seri Najib dan Tengku Dato’ Ab Ghafar Tengku Mohamed dijemput hadir semasa majlis perjanjian tersebut diadakan.
Boleh dikatakan UMNO dan Barisan Nasional sedang menghantar mesej yang amat besar kepada dunia bahawa parti keramat ini tidak akan berhenti dari menyokong perjuangan umat Islam di seluruh dunia. Walaupun sesetengah pihak di dalam Malaysia yang sibuk menggelarkan UMNO sebagai parti yang tidak mengutamakan Islam, umat Islam di luar negara dan di seluruh dunia pula mengharapkan UMNO untuk menyokong perjuangan mereka. -MYKMU.net
Persoalannya, mengapakah para pejuang Islam yang tulen ini tidak memilih Muktamar sebuah parti yang lebih 'Islamik'?!! Mengapakah UMNO yang MURTAD dan ASSOBIYAH ini juga yang menjadi pilihan mereka untuk bekerjasama?!! Adakah ini bermakna Hamas, Fatah dan pejuang Islam Moro juga MURTAD seperti UMNO?!!
Logo pejuang Islam MORO pun sama seperti UMNO. Habislah kena MURTAD dengan PAS lepas ini

Hanya PAS yang boleh jawab persoalan ini. Mereka kena tanya Nik Aziz dan Hadi Awang kenapa para pejuang jihad enggan turut serta dalam muktamar mereka dan lebih selesa bersama UMNO. Adakah ini satu bukti yang jelas bahawa para pejuang jihad tulen ini lebih melihat PAS sebagai "anjing" kafir harbi yang setia?!!
Jadi sekarang bagaimana?!! Pas tidak mahu doakan Hamas KO di tangan Israelkah sepertimana mereka doakan kehancuran UMNO?!! Rasanya perlu doa itu dipanjatkan kalau mereka hendak 'sehati sejiwa' dengan rakan-rakan pakatan yang lain.


2 comments:

Tanpa Nama berkata... 28 November 2012 8:00 PTG

I support all the efforts of Israel's security. So Anwar nak PAS, PKR dan DAP sokong Israel kerana banyak dana telah disalurkan kepada Pakatan Rakyat menimbulkan huru-hara di Malaysia.

Tanpa Nama berkata... 29 November 2012 5:49 PTG

artikel yg sangat baik. membuka minda dan perasaan..

Catat Ulasan