Isnin, 26 November 2012

Himpunan Hijau Untuk Tutup Periuk Nasi Orang Melayu?

Semalam BERNAMA melaporkan ada peniaga yang rugi akibat dari Himpunan Hijau.

Himpunan Hijau Punca Lalu Lintas Sesak, Imej Negara Buruk

KUALA LUMPUR: Himpunan Hijau membantah operasi kilang Lynas di Gebeng, Pahang yang disertai kira-kira 2,000 orang di sekitar Dataran Merdeka di sini menyebabkan kesesakan trafik melampau selain menjejasperancangan penduduk pada hujung minggu.

Sebelum himpunan dua jam itu bermula pada 4 petang, pesertanya dilihat berarak sejauh 42 Kilometer dari Gombak menyebabkan kesesakan trafik yang keterlaluan.

Tinjauan Bernama mendapati banyak laluan ke ibu negara sesak dengan kenderaan termasuk di Jalan Maharajalela, Jalan Kuching, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Jalan Raja Laut dan Jalan Sultan Ismail.

Malah peserta perhimpunan turut membanjiri jalan raya sehingga menghalang kenderaan yang menuju pusat bandar menyebabkan polis terpaksa menutup laluan di Jalan Raja Laut dan Jalan Masjid India.

Antara yang dilihat hadir pada perhimpunan itu ialah Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dan Anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Himpunan itu diadakan tanpa permit polis dan ia juga gagal mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi utama.

Peniaga gerai minuman, Rahman Ahmad, 39, berkata perhimpunan itu menyebabkan perniagaannya di Masjid India terjejas.

"Kebanyakan pelanggan saya lari setelah melihat mereka... ada juga yang tidak sempat bayar," katanya.

Jururawat Hospital Kuala Lumpur, Azizah Daud, 40, pula kesal dengan perhimpunan itu yang dilihat boleh mencemar imej negara dan memberi gambaran negatif kepada pelancong asing.

"Saya melihat sendiri peserta perhimpunan menghalau segelintir pelancong asing yang ingin mengambil gambar di Dataran Merdeka. Ini memalukan negara kita," katanya.

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ahmad Ashraf Mohamad, 20, terpaksa membatalkan hasrat membeli barangan persekolahan setelah adiknya sesak nafas berikutan terperangkap dalam kalangan peserta himpunan itu.
"Saya tidak menjangka perkara ini berlaku. Peserta himpunan ini tidak memikirkan akibat tindakan mereka kepada orang lain," katanya. BERNAMA

Selain daripada merugikan peniaga, himpunan tersebut juga menyebabkan kesesakan yang teruk di KL semalam.

Sudahlah merugikan peniaga Melayu, himpunan Hijau juga berjuang supaya kilang Lynas ditutup. Jom kita tengok siapa yang ramai bekerja di kilang Lynas.



Kalau kilang Lynas ini ditutup, ke mana pekerja Melayu ini akan bekerja? Adakah pemimpin PAS yang menyokong gerakan anti Lynas berfikir mengenai perkara ini?



Jika benar pembangkang yang menggerakkan himpunan Hijau ambil berat mengenai alam sekitar, mengapa Himpunan Hijau tidak membantah projek-projek berikut yang memberikan kesan yang lebih teruk kepada alam sekitar?

1. Curi pasir di Selangor (negeri diperintah PKR).


Gambar dari Berita Harian dan Mstar

2. Penggondolan hutan untuk ladang rakyat di Kelantan (PAS).

Gambar dari MalaysiaTerkini

3. Hutan di Pedu diperkosa Kerajaan PAS Kedah.

Sumber : MyKMU


Jadi, pembaca boleh nilai sendiri adakah Himpunan Hijau ini satu himpunan yang prihatin terhadap alam sekitar atau gimik politik untuk pilihan raya dan dalam masa yang sama menutup periuk nasi orang Melayu?

*Nilai-nilaikan.

1 comments:

Tanpa Nama berkata... 29 November 2012 1:40 PTG

gilaaa...org ramai tk untung...
orag tk ramai baru betul tk dapat untung..
peserta minum air mana ? air hujan ? atau memang takkan dahaga..?
kalau mcm to tkpa la..sekurangnya chek dah dapat belajar strategi bru dlm bisnes nie..org tk x..baru untung maaaaaa....

Catat Ulasan