Jumaat, 2 November 2012

Gempar! Pengikut Imam Mahdi Ditahan Lagi!


Gempar! Pengikut Imam Mahdi ditahan lagi!


Sumber: Berita Harian 2 November 2012 Mukasurat N7
*Bagaimana akhbar pro kerajaan boleh mempromosi Ustaz Khalwat ni?

Dalam Pakatan Rakyat @ fuckatan semua boleh sapu tak kira halal haram depan belakang semua sama hantam saja...janji sedap. Termasuklah seorang Ostad yang pernah dicekup berkhalwat, kaki maki hamun, penabur fitnah dan sesat tapi masih boleh bimbing orang pergi haji dan umrah.

Itulah yang berlaku pada Dr Ostad Badrul Amin. Dulu buat kemain celupar mulut mencaci maki orang dan para pemimpin UMNO-BN. Dalam masa yang sama Ostad ni juga yang menabalkan Anwar Al Juburi sebagai kununnya Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia dan dunia.



Dalam sibuk dia berceramah ke hulu hilir hasut rakyat berhubung isu Lynas, dia ditangkap khalwat kerana silap memberi kaunseling pada bini orang dalam sebuah bilik hotel di Cherating Kuantan, Pahang. Jam 3 pagi dok kaunseling natang apa?

Heboh beliau menafikan tuduhan tersebut dan kununnya Tengku Mahkota Pahang akan membelanya. Tak cukup roadshow pembohongan yang dicanangkan hujung-hujung orang UMNO jugak yang dipersalahkan kununnya memerangkap beliau.

Kini Ostad Badrul Amin buat hal lagi. Kali ni kena tahan dek Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana menghadiri konsert memperingati Abuya Ashaari Muhammad, pengasas Al-Arqam yang diharamkan. Selama ni rakan sefuckatan iaitu PAS sibuk menpatwakan haram mengingati seseorang dengan hiburan. Sekarang ni kena balik kat batang hidung rakan sefuckatan mereka.
  Sumber: Sinar Harian Jumaat 2 Nov 2012 M/S 17

Apa lagi alasan Ostad Badrul kali ni. Adakah beliau akan menuduh ini adalah perangkap UMNO untuk menjatuhkan kariernya? Sedangkan JAIS berada di bawah pentadbiran Selangor dan Exco Agamanya kini adalah Menteri Besar Khalid Ibrahim sendiri! Nak salahkan DYMM Sultan Selangor pulakah?
 Sumber: Sinar Harian Jumaat 2 Nov 2012 M/S 17

Adakah ini permainan dalaman PKR dan Pakatan Rakyat sendiri. Aziz Bari rakan seuniversiti beliau kini digilap punggungnya untuk menjadi calon Parlimen Sabak Bernam pada PRU 13 akan datang, mengenepikan Ostad Badrul Amin yang merupakan Ketua Cabang PKR di kawasan tersebut. MB Khalid Ibrahim sendiri dah sokong Aziz Bari kononnya beliau layak berbanding Ostad Badrul Amin yang penuh kontroversi.

Pembunuhan karaktor Ostad Badrul Amin telah lama bermula. Memang beliau bukan calon favourite MB dan Anwar lagi. Tambahan lagi bagaimana seorang muslim yang asi’ (bergelumang berdosa) dengan skandal khalwat-maksiat dan ajaran sesat boleh dipercayai untuk mengajar dan membawa jemaah umrah ke Tanah Suci?

Kita berharap JAIS dan JAKIM mengambil tindakan tegas mengharamkan penglibatan manusia asi’ sebegini dalam soal ibadah kerana ia melibatkan keyakinan dan akidah ummah. Bimbang hotel di Tanah Suci digunakan untuk memberi kaunseling yang bukan-bukan nanti. Rugi amal soleh jemaah kita tidak diterima Allah s.w.t nanti...rugi duit, masa dan tenaga. 

Lainlah kalau jemaah umrah dari puak khawarij PAS dan fuckatan tak kisah tentang pahala-dosa bersubahat dengan Ostad Badrul Amin ni. Mungkin umrah 2013 lambat lagi, sempatlah si ostad ni pergi mengadap Wali Pemegang Pintu Sorga memohon keampunan...terhapuslah dosa-dosa si Ostad.

Seperti biasa si Ostad ni masih boleh berkeliaran di Selangor dan seluruh negara memberi ceramah agama dan motivasinya. Inilah kualiti kepimpinan PKR, makin banyak dosa makin dipuja...hancur ummah dibiarkan saja.

0 comments:

Catat Ulasan