Rabu, 14 November 2012

Eksklusif: Awal Muharram Moga Anwar dan Izzah bertaubat!


Awal Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
tegakkan syiar Islam

Untuk sepanjang zaman 3x

Cuba anda hayati bait-bait lirik lagu ini, atas keyakinan dan iman yang teguh, rela bekorban harta dan nyawa demi menegakkan Islam tercinta.  Itulah dia kesanggupan orang Muslim rela bekorban, memperjuangkan dan mempertahankan Islam yang tercinta. Tapi lihat Anwar Ibrahim, orang seperti ini sanggup menjual agama, untuk memperoleh sokongan dan undi semata-mata,


Didalam video ini analisa yang boleh MyMassa katakan Anwar sekeras-kerasnya menolak pimpinan negara Islam. Dan melaung-laungkan kerajaan itu parti rasis, walhal apa yang cuba dilakukan pakatan rakyat adalah sama dan serupa. Kerajaan BN (UMNO-Melayu, MCA-Cina, MIC-India), Pakatan Rakyat (PKR-Melayu Islam Liberal, Cina, India, PAS-Orang Melayu, DAP-Cina). Tidakkah perbuatan ini hanya meniru jejak langkah Barisan Nasional yang sudah dari dahulu lagi menggabungkan dan memecahkan kuasa pemerintahan yang saksama diantara bangsa?

Kita lihat video yang seterusnya.



Terang-terang, Anwar ini menolak sebuah negara Islam, dan dia sendiri menyatakan, ingin menjadikan Malaysia ini sebagai sebuah negara Liberal, ataupun lebih terbuka. Anwar turut menyatakan beliau tidak mahu menegah atau melarang perbuatan yang melanggari undang-undang Islam, dan menyatakan itu hak masing-masing. Adakah itu sepatutnya perbuatan atau ciri-ciri seorang pemimpin yang beragama Islam? Anwar turut menyatakan kebebasan 'human right' seperti beliau menyatakan sokongannya terhadap LGBT dan Seksualiti Merdeka. Anwar juga turut menyatakan sokongannya terhadap Lina Joy yang keluar dari agama Islam .Adakah ini sepatutnya yang ada dalam ciri-ciri pemimpin Islam? 



Sempena awal Muharram MyMassa petik Fasal 13 didalam Piagam Madinah

Bahawa orang-orang beriman lagi bertaqwa hendaklah menentang sesiapa yang membuat kesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman atau dosa atau perseteruan atau kerosakan di kalangan orang-orang beriman, dan mereka hendaklah bersatu bersama-sama menentang orang tersebut walaupun jika orang itu anak kepada salah seorang dari mereka.



Dan apa yang dilakukan Anwar ketika anaknya Nurul Izzah cuba menyesatkan orang Malaysia, cuba mempengaruhi minda anak muda beragama Islam, berketurunan Melayu dengan kenyataan



Jika benar Anwar seorang pemimpin Islam yang sebenarnya, harus dan wajib baginya menegur dan mendidik anaknya. Tapi apa yang boleh kita buat, Anwar itu sendiri sudah terpesong ajarannya, dan kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bapak borek anak rintik, itulah yang terjadi, bapanya berfahaman Liberal, anaknya pula ikut sekali. Nescaya hancurlah umat Islam Malaysia sekiranya si bapa dan anak bergandingan cuba menawan minda dan fikiran rakyat Malaysia dengan fahaman Islam Liberalnya.


Sempena Awal Muharram MyMassa, berdoa kepada diri sendiri, seluruh umat Islam, serta utamanya Anwar dan Nurul Izzah agar mari kita bertaubat. Sesungguhnya semasa Madinah itu ditubuhkan hukum-hakam, serta peraturan Islam berjaya ditetapkan, dan puak-puak serta orang bukan Islam mampu mengikutnya. Jadi tidak perlulah Anwar dan Izzah, menipu, membohong, serta memesong ajaran Islam semata-mata meraih undi simpati.

TAUBATLAH ANWAR TAUBATLAH IZZAH, MASIH BELUM TERLAMBAT!

 

0 comments:

Catat Ulasan