Khamis, 4 Oktober 2012

Wajah Sebenar Mahafiraun @ Mahazalim

Pembangkang, PAS dan Parti Keadilan Nasional (kini PKR) sanggup super impose gambar Tun Mahathir untuk fitnah beliau.
TAHUKAH ANDA??

1. Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Siapa dia? Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia. Thanks Tun!


Sumber : http://www.facebook.com/ohmedianetwork

*Sebagai bonus, MyMassa kongsikan video penghargaan khas untuk Tun Mahathir yang pernah MyMassa uploadkan.


8 comments:

Tanpa Nama berkata... 4 Oktober 2012 3:21 PTG

HABLUMMINALLAH..HABLUMMINANNAS..INI LAH HAMBANYA(TUN MAHATHIR)..BUKAN haruPKRdanPAS...

mk berkata... 4 Oktober 2012 3:31 PTG

Semoga Allah memberkati Tun dan Family

Rafique Niihara berkata... 4 Oktober 2012 3:52 PTG

yang peliknya.. kenapa nak kasi kat FIRAUN punya wajah pulak ?????????????????? tu bukan nak memuji.. mcm nak mnyindir pulak

MymassaVoice berkata... 4 Oktober 2012 3:57 PTG

Untuk anak muda yang masih mentah, pada zaman reformasi selepas Anwar dipecat, itulah gambar yang disebarkan di merata ceruk.

Hakikatnya, walau pelbagai tohmah dan fitnah pembangkang di Malaysia, Tun Mahathir tetap menjadi sanjungan masyarakat dunia Islam.

Budak Benteng berkata... 4 Oktober 2012 4:45 PTG

Syukur Allah lahirkan tun di malaysia

MMI berkata... 4 Oktober 2012 6:23 PTG

Terbaik bro..Bila terbaca artikel berkenaan Tun Mahathir selalu aku sebak kerana perjuangan yang telah beliau lakukan cukup bermakna,hari ini aku sebagai antara bangsa pewaris merasainya..Terima kasih Tun Mahathir..

Zek berkata... 23 Disember 2012 5:00 PG

Terima kasih Tun atas jasamu kepada kami rakyat Malaysia. Syukur Alhamdulillah kerana menganugerahkan kami Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin negara ini

Tanpa Nama berkata... 16 Februari 2013 1:53 PTG

Semoga Tun dipanjangkn usia oleh Allah,untuk melihat segala kerosakan2 di malaysia,akibat perbuatan Tun sendiri...

Catat Ulasan