Jumaat, 5 Oktober 2012

Edisi Malam Jumaat : PAS Mahu Tukar Kedah Menjadi Bikini Bottom

Awek berbikini kini di Alor Setar.


Semalam MyMassa panjangkan posting yang dikeluarkan oleh blogger Kedah mengenai pusat hiburan yang melampau di Kedah (http://mymassa.blogspot.com/2012/10/pasberg-tiger-show-di-kedah-punca.html).


MyMassa juga lihat bahawa bencana yang melanda Kedah semakin menjadi-jadi sejak PAS perintah.

Kalau ikut dalil PAS semasa menjadi pembangkang, Kerajaan Negeri yang tak bertanggungjawab membiarkan maksiat berleluasa akan mengundang bala Allah SWT.

Akhirnya kata-kata PAS sebelum berkuasa kini kena kembali kepada mereka. Kini PAS lah yang membiarkan maksiat berleluasa di Kedah sehingga menyebabkan negeri tersebut selalu dilanda bencana.


Pemimpin PAS bukan sahaja mengundang bala, malah PAS juga tak buat apa-apa untuk menghadapi bencana yang melanda negeri tersebut. Berikut adalah kenyataan Menteri Besar Kedah.

Tiada peruntukan projek tebatan banjir dalam belanjawan negeri — MB Kedah

October 03, 2012


ALOR SETAR, 3 Okt — Kerajaan Kedah tidak akan menyediakan peruntukan untuk projek tebatan banjir dalam belanjawan kerajaan negeri kerana projek itu sudah diambil alih oleh kerajaan pusat, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar).

 

Beliau berkata kerajaan negeri akan mengikut apa yang telah kerajaan pusat rencanakan untuk projek tebatan banjir di Sungai Pendang dan Sungai Kedah.

“Kerajaan pusat dah ambil alih dan kita akan gunakan apa yang kerajaan pusat buat. Lagipun kerajaan pusat dah sediakan peruntukan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darulaman di sini hari ini.

Beliau berkata masalah banjir di Kedah terutamanya di Pendang sering berlaku tetapi sampai sekarang masih belum ada penyelesaian untuk masalah itu.

“Saya hairan kenapa sehingga sekarang projek itu masih belum dilaksanakan sedangkan peruntukan sudah lama diberikan.

Azizan berkata kerajaan negeri juga bersetuju untuk memberi bonus satu setengah bulan seperti mana yang dilaksanakan kerajaan pusat, bagi petugas kerajaan negeri semasa pembentangan belanjawan bulan hadapan.

Katanya beliau menjangkakan belanjawan negeri yang akan dibentang nanti akan menunjukkan peningkatan seperti yang dibentangkan tahun lepas.

“Sejak kita memerintah Kedah, setiap tahun kita akan naik bajet kita. Tahun sudah kita naik RM1.06 bilion dan tahun ini mungkin akan lebih lagi,” katanya.

Mengulas mengenai belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Jumaat lepas, Azizan menyifatkan ia adalah belanjawan pilihan raya dan ia adalah belanjawan biasa yang hanya ditambah sedikit daripada tahun lepas.

Azizan berkata isu pembinaan perumahan juga tidak pernah diberikan kepada Kedah sedangkan kerajaan negeri juga memberi kerjasama yang baik.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tiada-peruntukan-projek-tebatan-banjir-dalam-belanjawan-negeri-mb-kedah/

Ini ke bentuk negeri berkebajikan yang PAS sering laungkan?


2 comments:

Tanpa Nama berkata... 9 Oktober 2012 2:52 PTG

Assalamualaikum,

Jangan hanya dek imbuhan wang yang tak seberapa dan posisi jawatan yang sementara,anda sanggup menyebarkan berita yang belum pasti kebenarannya.Bayangkanlah bagaimana mungkin anda menyuapkan hasil dari sumber yang menjijikkan ini ke mulut ahli keluarga anda.Bersegeralah untuk bertaubat dan hadirkanlah diri ke majlis-majlis ilmu supaya diberikan panduan untuk anda melihat dengan mata hati yang mana satu kebenaran dan yang mana satu kebatilan. (Anak Muda Pendang)

Tanpa Nama berkata... 9 Oktober 2012 3:12 PTG

Anak Muda Pendang ni nasihatkan pemimpin PAS ke? Ke hulu ke hilir ceramah pasal kapal selam, last-last peguam Perancis sendiri cakap takde kes macam tu kat sana.

Siapa nak tanggung dosa fitnah PAS selama ni?

Catat Ulasan