Rabu, 19 September 2012

Tips kilat untuk jadi NABI!

 



1) Masuk PAS. Tetapi sebelum itu pastikan diri anda mempunyai sesuatu kaitan dengan BN, seperti bekas ahli UMNO ke, atau lebih afdhal jika anda bekas wakil rakyat BN. Namun, jika tidak mempunyai perkaitan besar, kecil pun sudah cukup seperti pernah menggantung bendera BN ketika pilihanraya.
 
2) Jangan lupa pakai kopiah, berjanggut ala Taliban dan berjubah. Kalau yang wanita bertudung litup seolah-olah macam sudah taubat nasuha.
 
3) Tampil buat pertama kali di pentas ceramah PAS dengan sedikit ayat-ayat Al-Quran yang sekerat-kerat. Tafsir ikut suka dan emosi. Kalau dapat tafsir jadi ayat pro-PAS lagi baik dan jangan lupa hentam UMNO dan BN.
 
4) Rehatkan ceramah anda dengan laungan TAKBIR.
 
5) Jangan lupa cemuh UMNO dan BN sebagai musuh Islam sepanjang berceramah.
 
6) Gunakan medium sosial untuk panjangkan cemuhan kepada UMNO-BN dan sebagai pusat fatwa-fatwa pro-PAS serta menghalalkan semua kerja DAP.

7) Sertai demo-demo yang dirasakan boleh menaikkan nama lagi. Jangan lupa rebut hailer untuk takbir dan sedikit ucapan berapi untuk tonjolkan diri.

8) Untuk klimaks, jangan lupa kata anda dapat wahyu Allah SWT untuk lawan UMNO dan BN! Kalau tidak mampu cakap mimpi jumpa Rasullullah pun OK.

3 comments:

Tanpa Nama berkata... 20 September 2012 12:19 PG

Terbaik..hehehe inilah realiti PAS PIS PUS

Tanpa Nama berkata... 20 September 2012 3:18 PTG

yang no 2 tu best...
* tudung kene litup tapi mulut mesti puaka...

ANAK JATI MALAYA berkata... 17 Oktober 2012 8:44 PG

btul tu anak jati malaya setuju...
mhn pautkan blog sy di blog tuan
http://anakjatimalaya93.blogspot.com/

Catat Ulasan