![]() |
| Klik untuk besarkan imej |
Walaupun Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan lebih RM600juta untuk negeri Kelantan menaik taraf perkhidmatan air di negeri tersebut, namum PAS tetap GAGAL mengatasi masalah tersebut.
Setahu MyMassa, hanya Kerajaan Kelantan yang dapat pinjaman sebegitu banyak untuk uruskan air negeri.
Untuk lebih jelas, MyMassa akan paparkan semula fakta air negeri Kelantan yang pernah blog ini siarkan satu masa dahulu.
1. Krisis ini bermula sejak 1990, apabila PAS berjaya menguasai Kelantan. Ketika itu,Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan telah bersetuju bekerjasama dengan
“Thames Water” sebuah syarikat dari United Kingdom untuk memaju dan
membangunkan air di Negeri Kelantan, bertujuan menangani masalah air di
negeri berkenaan.
2.
Projek mega tersebut gagal dan yang anehnya segala beban hutang
terpaksa ditanggung oleh kerajaan Negeri Kelantan, bukannya
tanggungjawab bersama dengan syarikat dari UK itu.
3.
Ini kerana memorandum yang ditandatangani tidak memihak kepada
kerajaan Negeri Kelantan yang di ketuai oleh Nik Aziz. Manakala Exco
yang mentadbir Kelantan yang dilantik oleh Nik Aziz ketika itu tidak
ada seorang pun di kalangan mereka yang mempunyai latar belakang di
bidang undang-undang.
4.
Walaupun ada penasihat undang-undang negeri tetapi Nik Aziz dan
Exconya tidak ada pengalaman dan kemahiran mengurus dan gagal membuat
keputusan yang tepat dan akhirnya rakyat dan Negeri Kelantan menjadi
mangsa menanggung beban hutang sehingga kini.
5.
Disebabkan keegoan pemimpin PAS yang enggan mendapat khidmat
undang-undang dari kerjaan Pusat menyebabkan kerajaan Kelantan muflis
dan akhirnya, Nik Aziz tanpa rasa
bersalah mewakili kerajaan Negeri Kelantan memohon bantuan daripada
kerajaan pusat dengan menemui Tun Mahathir ketika itu sebagai Perdana
Menteri untuk menyelesaikan beban hutang.
Orang lain yang berhutang tapi orang lain yang diminta membayarnya.
Tun
Mahathir bersetuju membantu kerajaan Negeri Kelantan dengan memberi
pinjaman mudah sepertimana yang diberikan kepada National Feedlot
Corporation (NFC) yang dimainkan oleh pembangkang iaitu sebanyak RM600
juta dengan pemberian secara berperingkat,bermula dengan RM200 juta
hingga RM600 juta dalam tempoh 3 tahun.
6.
Keputusan tersebut telah mengecewakan ahli UMNO dan tidak bersetuju
dengan tindakan Tun Mahathir membantu Negeri Kelantan kerana orang-orang
PAS yang di ketuai oleh Nik Aziz dan pemimpin yang lain ketika itu
telah memberi pelbagai gelaran termasuk FIRAUN dan MAHA FIRAUN ketika
berceramah di pentas-pentas politik.
7.
Tun Mahathir merasionalkan penyokong UMNO dengan mengatakan beliau
bukan PM kepada UMNO dan BN tetapi PM kepada rakyat Malaysia. Pemberian RM600 juta itu adalah untuk rakyat Kelantan sebab Kelantan di bawah Persekutuan Malaysia dan bukan RM600 juta
untuk Nik Aziz dan orang-orang PAS tetapi untuk membantu rakyat
Kelantan. Terpulang kepada Nik Aziz dan kerajaan yang dipimpinnya untuk
mengurus tadbir RM600 juta itu sebab duit ini diberi oleh kerajaan pusat terus ke perbendaharaan kerajaan negeri Kelantan tanpa dipantau.
Etika yang perlu ditunaikan oleh kerajaan negeri ialah membayar kembali kepada kerajaan pusat mengikut perjanjian. Terma yang sama diberikan kepada NFC.
8.
Apa yang mengecewakan, selepas kerajaan Pusat membantu kerajaan PAS
Kelantan, Menteri Besarnya Nik Aziz sebagai pemimpin negeri Kelantan
tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir dan tidak
pernah buat kenyataan akhbar tentang pertolongan kerajaan pusat kepada
kerajaan negeri Kelantan.
9.
Apabila ditanya mengapa tiada satu pun ucapan terima kasih diucapkan
oleh pemimpin dan penyokong PAS, mereka menjawab di pentas-pentas
politik dengan mengatakan PAS tidak perlu berterima kasih kepada
manusia tetapi cukup mengucapkan syukur kepada Allah Subhanahuwata’ala
sahaja.
Begitu
sekali sikap pemimpin dan penyokong PAS. Adakah ajaran Islam mengajar
umatnya bersikap sedemikian, atau adakah itu ajaran pemimpin parti
berkenaan?
10.
Episod beban hutang ini berlanjutan apabila Nik Aziz tanpa rasa
bersalah meminta pertolongan Tengku Razaleigh Hamzah menjadi orang
tengah untuk berjumpa dengan Tun Mahathir sebelum beliau meletak jawatan
sebagai PM pada 2003. Pertemuan
itu adalah atas permintaan Nik Aziz yang mewakili kerajaan negeri
Kelantan yang merayu supaya sebahagian hutang kerajaan negeri Kelantan
(RM500 juta) dapat dilupuskan oleh kerajaan pusat.
Harapan
Nik Aziz dan kerajaan Kelantan supaya diterima oleh Tun Mahathir
seperti mana beliau membantu Nik Aziz dan kerajaan Kelantan pada
pertengahan dan akhir tahun 1990an (isu air) dahulu hampa, kerana
Perdana Menteri tidak dapat menunaikan permintaan tersebut dengan alasan
jika RM500 juta hutang kerajaan Kelantan dihapuskan oleh kerajaan
pusat, maka ada 13 buah negeri di bawah Persekutuan Malaysia, termasuk
Wilayah Persekutuan akan meminta perkara yang sama dan adalah tidak adil
jika hanya Kelantan diberi keistimewaan seperti itu.
Selepas
Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM Malaysia barulah Nik Aziz
mengakui kerajaan Kelantan pernah mendapat bantuan dari kerajaan pusat
berjumlah RM600 juta berhubung isu air di Kelantan.
Nik
Aziz dalam wawancara dengan akhbar arus perdana itu mengakui bahawa
Tun Mahathir seorang yang baik dan hatinya putih kerana pernah membantu
kerajaan Kelantan yang pada masa itu menghadapi krisis kewangan.
Persoalannya,
kenapa selepas Tun Mahathir meletakkan jawatannya sebagai PM baru Nik
Aziz menghargai jasa-jasa beliau dan sekali gus mengakui bahawa
kerajaan pusat pimpinan Tun Mahathir pernah membantu kerajaan Kelantan
ketika susah dahulu dengan sejumlah wang yang banyak (RM600 juta)
walaupun kerajaan Kelantan parti pembangkang dan tidak satu aspirasi
dengan kerajaan pusat (BN).
Jawapannya, mungkin anda semua dah tahu.
Inilah
fakta-fakta yang cuba dipadamkan oleh pemimpin dan penyokong PAS,
supaya mereka boleh mengambarkan UMNO yang mengetuai kerajaan pusat
adalah zalim dan perlu ditukar.
Jadi siapa sebenarnya yang ZALIM? Kerajaan pusat yang bagi pinjam kat PAS atau PAS yang menzalimi rakyatnya dengan tak menggunakan peruntukan tersebut ke tempat yang sepatutnya?
*Anda nilaikan.






1 comments:
Hanya ALLAH yg mengetahui mengapa Dia memberi ilmu yg tinggi kpd TUN M..hanya menusia y bfikiran kolot ja yg tidak th menilai kemajuan yg di bawa oleh golongan pemimpin negara..terima kasih semua pemimpin negara.
Catat Ulasan