Jumaat, 10 Ogos 2012

Promo : ‘1MALAYSIA PRIVILEGE CARD’ KEMUDAHAN UNTUK ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

Satu lagi inisiatif 1Malaysia.

Putrajaya, 7 Ogos - Pengorbanan anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sentiasa dipandang tinggi oleh pihak kerajaan.  Bagi menghargai sumbangan jasa serta bakti seramai 241,000 anggota kedua-dua pasukan, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif ‘1Malaysia Privilege Card’ bagi meringankan beban perbelanjaan anggota. Inisiatif ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Dengar cerita ‘1Malaysia Privilege Card’ akan diperluaskan kepada penjawat awam seterusnya kepada semua rakyat Malaysia.

Bagus la kalau macam tu.

*Bab macam ni yang pembangkang cukup takut. Sebab YAB PM.....TEPATI JANJI BELIAU untuk turunkan harga barang.

0 comments:

Catat Ulasan