Jumaat, 10 Ogos 2012

Memang Gila. PAS Kutip Zakat Fitrah Masuk Ke Parti???


Pendedahan dari seorang otai blogger Perak.

Pas dah Buat Hal Lagi..

Kali ini Pas telah menjadi kerajaan langit menggantikan kerajaan ayah pin dengan mengutip wang zakat dari masyarakat islam. Bukan sahaja umat islam malaysia yang menjadi ahli dan penyokong pas sahaja yang menjadi mangsa, malah warga asing yang beragama islam juga terpedaya dengan pengutip pengutip zakat fitrah dari parti pas ini. Yang agak musykil nya ialah pada resit bayaran zakat itu ditulis sebagai wang derma dan bukan atas nama zakat fitrah. Malah tarikh juga tidak diletakkan sebagai bukti zakat dibayar pada tahun ini.

Menurut salah seorang mangsa itu mereka menyatakan bahawa sudah bertahun tahun mereka membayar zakat pada puak puak parti sesat itu kerana terpedaya dengan pujukan yang mengatakan dengan wang zakat itu boleh juga dibina masjid dan surau kerana di negeri perak sudah tiada lagi golongan fakir miskin yang layak untuk menerima zakat dan kerajaan tidak menggunakan kutipan zakat fitrah dengan cara yang betul.

Rupa rupa nya pada puak sesat ni zakat fitrah boleh digunakan untuk membina masjid dan surau. Yang hairannya semasa pas memerintah perak dulu tak nampak pulak masjid dibina. Manakala kebanyakan masjid dan surau yang dibina di persk ialah dengan sumbangan kerajaan BN dan sumbangan orang ramai.

Baca seterusnya di sini : http://budakbenteng.blogspot.com/2012/08/pas-dah-buat-hal-lagi.html?showComment=1344261442168#c4486280608914619289

Kalau betul seperti yang didedahkan, memang sesat PAS ni.

*Sesiapa yang belum bayar zakat, bayarlah cepat-cepat. Tapi jangan silap bayar dah le.

1 comments:

Tanpa Nama berkata... 10 Ogos 2012 3:51 PTG

Salam Bro,apa yang nak kita katakan lagi tentang perangai orang-orang PAS ni ?Yang boleh kita harapkan ialah agar semua ahli PAS bermuhasabah diri dan renung balik segala tindakan-tindakan mereka.

Catat Ulasan