Rabu, 29 Ogos 2012

Kit Siang Dan Pemimpin DAP Lain Berani Tak Tengok Pameran Ni???


Pameran kekejaman pengganas komunis di Muzium NS dari 3 September – 30 November

SEREMBAN, 28 Ogos — Lembaga Muzium Negeri Sembilan akan menganjurkan Pameran Kekejaman Pengganas Komunis di Muzium Negeri, Jalan Sungai Ujong di sini selama tiga bulan mulai 3 September ini sempena program sambutan Bulan Kemerdekaan ke-55.

Pengarahnya Shamsuddin Ahmad berkata pameran dalam bentuk gambar, dokumen, senjata, peralatan dan diorama (model) ini memaparkan kekejaman pengganas komunis khususnya sewaktu zaman darurat di Tanah Melayu (1948-1960) dan dibuka percuma kepada pengunjung.

Beliau memberitahu Bernama di sini hari ini, selain itu, satu lagi pameran oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diadakan di perkarangan Muzium Negeri selama tiga hari mulai 3 September.

Katanya pameran ATM ini akan menampilkan ‘mock-up’ pangkalan tentera dalam hutan, selain kenderaan dan senjata yang digunakan ATM.

Shamsuddin berkata forum pengkisahan sejarah semasa zaman darurat akan turut diadakan sempena perasmian pameran Kekejaman Pengganas Komunis ini pada 3 September.

Dua tokoh penceramah yang diundang pada forum itu ialah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor dan bekas Panglima Medan Angkatan Tentera Malaysia Lt Jen (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said.

“Sebuah persembahan pentomin peristiwa Bukit Kepong akan dipersembahkan oleh Muzium Polis Diraja Malaysia pada majlis perasmian pameran tersebut di Auditorium, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan di sini,” katanya.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pameran-kekejaman-pengganas-komunis-di-muzium-ns-dari-3-september-30-november/

*Kite bako jer yeop.....kite bako....

0 comments:

Catat Ulasan