Selepas solat tarawikh, MyMassa ke blog Anwar Ibrahim untuk tengok jika ada laporan mengenai temubual Google Hangout yang Anwar Ibrahim buat bersama Google. Tiba-tiba MyMassa ternampak entri seperti di atas. Tanpa membuang masa, MyMassa printscreen apa yang boleh.
Rupa-rupanya ramai blogger BN menyedari perkara yang sama serta melaporkan kejadian tersebut.
Menurut akhbar Sinar Harian, blog Anwar digodam selama 20 minit. Dan hari ini, kedua-dua portal pro pembangkang seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider turut melaporkan kejadian tersebut.
http://www.malaysiakini.com/news/206653
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/blog-anwar-digodam-tertera-tulisan-saya-menyokong-israel/
Dalam peristiwa tersebut, beberapa perkara telah menimbulkan persoalan kepada MyMassa:
1. Jika benar blog Anwar Ibrahim digodam, kenapa hanya 20 minit. Tidakkah penggodam atau hackers akan menggodam sehingga website / blog tersebut down dan tak dapat diakses kemudiannya mengambil alih laman tersebut.
2. Selalunya penggodam akan meletakkan trade marknya pada laman tersebut. Kenapa laman blog Anwar Ibrahim langsung tiada apa-apa tanda yang pelik?
3. Jika benar blog Anwar digodam, kenapa ianya berlaku sebelum tengah malam sedangkan aktivti hacking selalu berlaku ketika admin blog sedang tidur (awal pagi).
4. Langsung tiada perubahan dalam blog Anwar Ibrahim yang menunjukkan kerosakan fizikal selepas digodam.
MyMassa tak hairan bila admin blog Anwar Ibrahim dengan pantasnya menuduh UMNO melakukan kerja ini selepas blog tersebut digodam.
Apa yang berlaku pada malam tadi mengingatkan MyMassa kepada peristiwa yang berlaku berbelas tahun yang lepas apabila Anwar Ibrahim dalam tahanan.
Anwar Ibrahim ketika itu menuduh Kerajaan memberinya racun Arsenik dan juga menyuntiknya dengan HIV untuk membunuhnya. Dan ketika itulah fitnah Arsenik dan HIV ini digunakan oleh penyokong Anwar dan PAS berceramah di seluruh Malaysia menyebarkan cerita palsu ini.
Anehnya, selepas berbelas tahun disuntik HIV dan Arsenik, Anwar Ibrahim masih hidup tanpa perlu mendapatkan rawatan untuk menyembuhkan kedua-dua racun tersebut.
Dan jangan terkejut jika kes godam blog Anwar Ibrahim juga akan dijadikan modal politik pembangkang selepas ini walaupun ianya hanya digodam selama 20 minit dan tak ramai pun menyedari perkara ini.
Seperti biasa bagi manusia bernama Anwar Ibrahim,fitnah tetap menjadi modal politiknya. Cuma kali ni kalau nak reka cerita pun, biarlah logik sikit. Jangan jadi macam kes Arsenik dan HIV. Takkan kena godam 20 minit je?
*Kuih siput kuih bahulu,
Hai Anwar Ibrahim...minta maaf pun nak malu?







6 comments:
nilah orang umno..keh3..xkan lah nk tnjuk sape yg hack, kantoi lah bro..buat ape nk hack time org x aktif n tak rosakkannye terus klau tjuannnye nk sruh org fikir itu anwar sendiri tulis..kau letak akal kat mane?
Wahhh... pasal orang UMNO godam web Anuwar hebat jugak hujah logik yang dia bagi.
Macam mana kalau bagi hujah logik untuk Anuwar disuntik HIV dan Arsenik pulak?
Tang mana anwar kena suntik HIV? Kat belakang pungkok kot? Mungkin betui pasai muka anwar dah naik kerepot. Tak lama ylagi belalai bengkok tu pun naik kerepot dan kecut penangan HIV yg konon nya kerajaan BN suntik.
Jika dulu seseorang kuat menipu,berbohong dan kuat memfitnah,adakah dia telah bertaubat pada waktu ini ?Tapi kekadang mereka ini tengok 'market'jugak krna ada ramai orang yg menyokongnya hasil berbohong dan kuat memfitnah.....
Teringat pulak aku cerita tok nenek aku...
"TOLONG! TOLONG!! RIMAU BESAQ!!!
Bila orang dah kerumun, dia cakap pulak, selamba saja, "He he he... Terong! Terong! Limau besaq. Mai la beli..."
Agak2 berapa kali dia buleh cari makan buat taktik macam tu? Tapi puak haprak ni pecaya habeh habeh...
Donia... donia...
Ahhhhh.bapak munafik tu sebesar kuman pon aku x percaya.
Catat Ulasan