Isnin, 6 Ogos 2012

ADUN DAP Sahkan Pembangkang Hanya Pandai Membangkang Dan Mengkritik Sahaja. Buat Kerja??

Utara News melaporkan bahawa ADUN DAP mempertikaikan Datuk Lee Chong Wei (LCW).


Baca seterusnya di sini : http://www.utaranews.com/2012/08/adun-dap-dikecam-hebat-kerana-pertikai.html

Akibat daripada keceluparan tersebut, ADUN DAP dikecam hebat.

Bagi MyMassa, pandangan yang diluahkan menunjukkan sifat sebenar pembangkang di Malaysia iaitu memang cukup pandai membangkang dan mengkritik.

MyMassa lihat pembangkang di Malaysia sama ada PAS, PKR dan DAP memang pembangkang kelas dunia. Jika ada sedikit kesilapan di pihak pemerintah, dengan pantasnya mereka akan bangkang. Dan cara yang mereka gunakan adalah menggunakan pentas ceramah untuk menyebarkannya.

Apa bila mereka diberi peluang untuk menjadi pemerintah di negeri, mentaliti kepembangkangan mereka masih belum dapat dikikis. Bila ada kesilapan di pihak mereka, mereka akan menyalahkan pihak lawan sedangkan mereka adalah kerajaan yang memerintah di negeri tersebut. Jawapan yang standard akan keluar dari mulut mereka ialah INI SEMUA SALAH UMNO DAN BARISAN NASIONAL.
Bila timbul masalah air......INI SEMUA SALAH UMNO DAN BARISAN NASIONAL.

Bila timbul masalah curi pasir......INI SEMUA SALAH UMNO DAN BARISAN NASIONAL.

Bila timbul masalah penggunaan surat sokongan....INI SEMUA SALAH UMNO DAN BARISAN NASIONAL.

Bila timbul masalah pusat hiburan, maksiat dan rumah urut makin bertambah.....INI SEMUA SALAH UMNO DAN BARISAN NASIONAL.
Kalau semuanya salah pihak lawan, apa perlunya mereka menjadi Kerajaan???

Berbalik kepada kes ADUN DAP kutuk LCW, MyMassa tak nampak pun dasar pembangunan sukan di negeri-negeri pakatan pembangkang. Bila Kedah diperintah PAS, prestasi pasukan bola sepak Kedah menjunam teruk. Kalau penyokong pembangkang nak gunakan alasan Pasukan bola sepak Kelantan, tidakkah Kelantan dibawa oleh Tan Sri Annuar Musa, seorang pemimpin UMNO?

MyMassa bukan nak politikkan sukan, tetapi sebagai seorang pemimpin DAP, dia sepatutnya membentangkan kertas cadangan bagaimana mahu mendapatkan emas di Olimpik untuk Malaysia. Bukannya memperlekehkan LCW sehingga mengubah nama beliau kepada LEE CHONG AWAY. Cukup-cukuplah dengan kegagalan pakatan pembangkang menjawab isu-isu berbangkit di negeri masing-masing dengan alasan INI SEMUA SALAH UMNO dan BARISAN NASIONAL. Sekurang-kurangnya Kerajaan UMNO dan BARISAN NASIONAL telah berusaha gigih memajukan negara dalam pelbagai aspek termasuk SUKAN. Kerajaan Pakatan Pembangkang pula majukan apa? Majukan industri lendir dan maksiat sampai ada 4000 rumah urut di Selangor?




*ADUN DAP ni salah seorang pemimpin HINDRAF dan kita semua tahu bahawa HINDRAF tidak pernah cintakan negara ini sehingga sanggup berkiblatkan Ratu England dan mengenepikan SPB YDP Agong. Tak hairanlah kenapa ADUN ini mengagungkan Lin Dan nak kutuk LCW.

0 comments:

Catat Ulasan