Jumaat, 27 Julai 2012

Wajib Baca! Bukti Pembangkang Tuduh Tun Mahathir Ada Ilmu Hitam.

Negarawan ini telah lali dengan tohmahan dan fitnah penyokong Anwar.

Untuk generasi muda, inilah propaganda yang disebarkan oleh penyokong Anwar Ibrahim semasa dia dipecat.

SOLAT HAJAT KUBRA: PATAHKAN RANCANGAN JAHAT MAHAFIRAUN

Cucu Datuk Bahaman

Mahafiraun pernah memberi amaran bahawa pilihanraya ke 10 kali ini merupakan pilihanraya terkotor dalam sejarah negara. Amaran dari seorang diktator ini tidak boleh dipandang enteng oleh kita semua kerana beliau mempunyai kelebihan dari segi penguasaan ke atas instrumen-instrumen kerajaan, yang boleh dieksploitasi menurut hawa nafsunya secara babarian.

Beberapa insiden yang telah berlaku seperti ‘rusuhan’ yang dicipta oleh SB-SB yang menjadi anjing-anjingnya ketika perhimpunan aman rakyat yang lepas menjadi bukti bahawa itu hanyalah baru permainan permulaan oleh diktator kejam tersebut. Dan…sepertimana janji dan ancamannya sebelum ini, kejadian buruk pasti bakal terjadi dalam kempen pilihanraya tidak lama lagi.

Ini tidak dapat dielakkan lagi kerana walau apa pun yang terjadi, kemenangan mesti berpihak kepada BN. Kekalahan bererti kemusnahan dan kehancuran sebuah empayar pemerintahan yang dibina atas kezaliman dan rompakan wang rakyat semenjak 18 tahun yang lalu. Inilah yang tidak dapat diterima sama sekali oleh Mahafiraun tersebut.

Beberapa siri pendedahan oleh pejuang-pejuang yang menyokong keadilan dan kebenaran, yang berada bersama dajal-dajal tersebut, seperti yang didedahkan beberapa kali dalam internet sebelum ini hendaklah dipandang serius oleh kita semua bahawa itu merupakan sebahagian daripada pelan jahat yang akan dilaksanakan demi memastikan kekuasaan mereka tidak jatuh ke tangan Barisan Alternatif dalam pilihanraya nanti. Kelekaan atau kecuaian di sebelah kita hanyalah akan mengundang malapetaka. Kalau dalam Tragedi 13 Mei 1969 pun sanggup dipertaruhkan nyawa rakyat oleh Mahafiraun tersebut, dengan mencetuskan elemen-elemen kegelisahan di kalangan rakyat ketika pemerintahan Tunku 30 tahun lampau sehingga menumpahkan darah ribuan yang tidak berdosa, kini apalah yang dipedulikan sangat oleh beliau demi mencapai cita-cita dan kekuasaannya.

Beberapa pelan jahat yang dirancang secara terancang hampir pasti akan digunakan dalam pilihanraya yang akan diadakan beberapa minggu lagi tersebut. Matlamatnya hanya satu iaitu untuk melaksanakan pemerintahan DARURAT demi mengekalkan kekuasaannya. Pelan jahat ini akan dilakukan dengan kerjasama pihak tentera dan polis. PDRM di bawah Norian Mai pun hampir sama sahaja dengan ketika Rahim The Bapak Anjing menjadi KPN.

“Pengorbanan” Norian menyelamatkan Anwar ketika mahu disuntik dengan virus HIV oleh Rahim The Bapak Anjing semasa dalam lokap dahulu nampaknya tidak kemana dan sia-sia sahaja bilamana beliau kini rela menjadi alat dan diperalatkan oleh Firaun gila dan Dollah Babi J.E. itu.

Demikianlah manusia yang tidak berprinsip. Cepat kalah dengan pangkat dan kedudukan dan sanggup menjual maruah dengan upah yang sedikit. Menyedari risiko dan musibah yang bakal terjadi dan menimpa rakyat yang tidak berdosa dalam pilihanraya tak lama lagi itu, saya menyeru kepada seluruh umat Islam muslimin dan muslimat pejuang keadilan dan kebenaran sekalian agar kita mulai dari sekarang melakukan SOLAT HAJAT KUBRA memohon agar Allah s.w.t. mematah dan menggagalkan segala tipu daya dan rancangan jahat Mahafiraun gila itu. Tanpa munajat dan doa mohon perlindungan kepada Allah s.w.t. kita semua dibimbangi akan terperangkap dalam rancangan jahat yang amat buruk itu.

Cegah ia sebelum terlambat. Marilah kita melakukan SOLAT HAJAT KUBRA tersebut secara beramai-ramai atau sendirian memohon perlindungan dan keselamatan dari Allah s.w.t. Hanya DIA sahaja yang dapat menolong dan menyelamatkan kita semua dari segala mara bahaya yang bakal dicetuskan oleh Mahafiraun dan anjing-anjingnya kelak.

JANGAN PANDANG RINGAN ANCAMAN MAHAFIRAUN TERSEBUT. Beliau hanya takut dengan senjata DOA sahaja sekarang. Saya ingin mengesahkan akan tulisan yang ditulis oleh saudara MOSA AZIZ pada 27.9.99 lepas yang bertajuk LAPORAN PARA BOMOH: MAHATHIR BAPAK BOMOH POLITIK.

Memang benar bahawa Mahafiraun tersebut mengamalkan ilmu hitam dan tidak lut peluru (kebal). Tidak hairanlah jika beliau begitu berani berbuat apa sahaja kerana tiada sebiji peluru pun yang dapat menembusi tubuhnya (kecuali peluru emas dan buluh runcing). Beliau mengamalkan ilmu hitam dengan memuja patung dan tengkorak yang berharga RM5,000 sebiji dan sebanyak 5 biji tengkorak.

Selain itu, ilmu penunduk yang dimilikinya mampu membuatkan sesiapa sahaja yang berhadapan dengannya akan kecut perut. Sebab itu tiada seorang pun di kalangan menteri kabinetnya yang berani bersuara dan mengangkat muka bila berhadapan dengan beliau. Ini termasuklah semua raja-raja Melayu. Ketika menundukkan Tun Husein Onn supaya meletak jawatan pada tahun 1981 dahulu, beliau bertemu dengan seorang bomoh Jawa, pengamal ilmu pategeni di Linggi, Negeri Sembilan.

Begitu juga dengan Musa Hitam, turut menjadi mangsa ilmu penunduk bomoh Jawa tersebut, yang memakan upah dari Mahafiraun itu. Tetapi dengan Anwar, Mahafiraun itu gagal menundukkannya kerana bomoh tersebut telah pun meninggal dunia. Dan mungkin juga kerana Anwar seorang yang kuat beragama dan tidak meninggalkan solat fardhu maka banyak niat jahat orang terhadapnya tidak diizinkan Allah s.w.t.

Untuk menghadapi seorang manusia pengamal ilmu hitam seperti Mahafiraun itu, hanya ada satu sahaja cara iaitu dengan kita meningkatkan amal dan doa kepada Allah s.w.t. Mahafiraun cukup takut dengan solat hajat kerana jin-jin yang melingkarinya akan kepanasan, membuatkannya turut merasa panas dan gelisah. Jika kita tidak henti-henti melakukan solat hajat ini, saya yakin Mahafiraun akan menjadi gelisah dan tidak tenang lagi.

Saya juga ingin menyeru kepada pengamal-pengamal ilmu tarekat dan silat yang hak agar melakukan beberapa perkara tertentu untuk menentang Mahafiraun itu secara alam bathin. Saya harap tiada lagi ancaman-ancaman kosong yang dibuat melalui internet untuk melakukan itu dan ini ke atas Mahafiruan itu, tetapi sekadar cakap dan ancaman kosong sahaja. Tak usahlah mengacah dengan parang terbang ke, panah ghaib ke dan sebagainya kalau sekadar menggertak macam budak-budak. Nanti akan ditertawakan oleh Mahafiraun itu sahaja. Jika nak buat, lakukan sungguh-sungguh, terutama mengirim “Jurus Bathin “ dari jarak jauh. Masa yang paling sesuai ialah sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Ini kerana ketika itu tiada siapa pun yang menjadi Perdana Menteri secara teknikalnya.

Saya ingin memberi amaran bahawa jika Mahafiraun itu dibenarkan terus berkuasa atau hidup lebih lama lagi, akan rosak binasalah rakyat dan negara ini dengan lebih parah lagi. Jangan biarkan dia terus berkuasa selepas pilihanraya nanti walau dengan apa cara sekalipun kerana bala yang bakal menimpa rakyat tidak dapat digambarkan lagi. Rusuhan dan pertumpahan darah hampir pasti tidak dapat dielakkan lagi demi memastikan kekuasaannya tidak jatuh ke tangan Barisan Alternatif. Tunggulah saat itu!®
http://members.tripod.com/polong_cyber/select2/110251.htm

Artikel seperti ini bukan sahaja dipaparkan di Internet, malah penyokong-penyokong Anwar juga mencetak artikel seperti ini lalu diedarkan kepada jiran-jiran.

Persoalan yang MyMassa nak tanya pada pembaca. Jika benar PAS berada di pihak yang benar dan Tun Mahathir adalah seperti yang digambarkan (zalim, diktator dan lain-lain), kenapa Tun Mahathir selamat dari bencana yang digambarkan seperti yang tulis dalam artikel tersebut? Yang MyMassa ingat, beratus solat hajat PAS lakukan untuk melaknat pihak lawan. Siapa yang dizalimi, PAS atau Tun Mahathir yang sering difitnah dan ditohmah oleh PAS dari dulu lagi?


*Saja kongsi sejarah untuk peringatan generasi muda.

11 comments:

Tanpa Nama berkata... 27 Julai 2012 11:33 PTG

Pengamal ilmu hitam boleh selamat mengerjakan solat di empat penjuru dalam Kaabah??? Memang ajaib punye pemikiran fuckatan ni.....

Tanpa Nama berkata... 28 Julai 2012 12:13 PG

Siapa yang buat fitnah ini, jawablah kat akhirat kalau tak minta maaf sebelum mati.

Tanpa Nama berkata... 28 Julai 2012 12:16 PG

fuckatan ni otak dah nyanyuk... biar lah depa meroyan merapu... org nyanyuk dilayan akan jadi lebih nyanyuk silap2 jadi gila plak lagi susah.

Tanpa Nama berkata... 28 Julai 2012 12:24 PG

Pada pandangan akulah, jika arwah Dato Bahaman masih hidup, aku ingat yg mengaku cucu kp dia ni mmg da lama hinggap penampar sulung..tak payah pakai ilmu batinpun.

Dia ingat dengan membuat fitnah begini suma orang boleh termakan niat jahat dia. Ptuuii..org mcm ni pun ada. Panas perut mak kau mengandungkan kau selama 9bulan tu..kesian dia. Lebih2 lagi jika menkhianat negara. alangkah aib dan azab kau di padang masyar nanti. kau tak takut dosa ke? Allah tu dah tentu mengampunkan kau..sbb DIA mmg maha pengampun. Tapi kalau da kau berdosa pada manusia dan mengkhianat pada negara..tanah kubur pun takkan terima jasad kau.. mak bapak kau tak pernah menggajar kau tiang agama ke..? Kau boleh fitnah dan reka cerita menuduh org..lepas tu menghasut pulak. Na'uzbillah..

Tanpa Nama berkata... 28 Julai 2012 2:04 PG

ai sampai mcm nie pun ade ker nk fitnah Tun...aduh..makin kelakarlah pembangkang nie...makin lame makin gila lah dorg nie...klu budak tadika leh ar percaye cite mcm nie..bodoh siot!

Tanpa Nama berkata... 28 Julai 2012 6:04 PG

mahafiraun 75 - muka tak terbakar . anwar ibrahim 65 - tahun - Muka terbakar . ko*e bengkok ( sebab terlampau banyak sesangat buat sex dan sex sejenis yang amat banyak nya . )

Tanpa Nama berkata... 28 Julai 2012 11:31 PG

"Begitu juga dengan Musa Hitam, turut menjadi mangsa ilmu penunduk bomoh Jawa tersebut, yang memakan upah dari Mahafiraun itu. Tetapi dengan Anwar, Mahafiraun itu gagal menundukkannya kerana bomoh tersebut telah pun meninggal dunia. Dan mungkin juga kerana Anwar seorang yang kuat beragama dan tidak meninggalkan solat fardhu maka banyak niat jahat orang terhadapnya tidak diizinkan Allah s.w.t."

Ini statement yang tak buleh tahan. Camnerla agaknyer dia tau org tu tak pernah tinggal solat? ada mukjizat ke hape?

Tok Kenari berkata... 28 Julai 2012 1:32 PTG

ni contoh artikel yg dikeluarkan oleh pentaksub anuwar.. mindanya dah diliwat sepenuhnya.. nape la teruk sangat politik di msia ni.. semoga Allah menjauhkan musibah & tak menarik nikmat yg dikurniakan kpd negara ini.. negara Islam lain dah bergolak, takkan kita pun nak ikut jejak mereka juga?

Tanpa Nama berkata... 1 Ogos 2012 2:27 PTG

Ada pulak diktator buat pilihanraya dan parti dia kalah di tempat-tempat tertentu. Akhirnya diktator tersebut telah sanggup meletakkan jawatan dengan rela walaupun masih berada di puncak kuasa. Baiknya diktator ni.

Tanpa Nama berkata... 2 Ogos 2012 1:45 PTG

Cukup lahanat orang yang buat fitnah ni..aku anak jati Linggi, lahir dan besar kat sana..belum pernah ada dukun/pawang/bomoh asal Jawa, orang Jawa dan sebagaiya yang aku tau. Minta-minta Allah swt berikan ruang untuk org yang buat fitnah ni bertaubat. Disebabkan 'diktator' ini lah dia boleh buat fitnah, guna internet, celik computer, mampu pakai proton saga untuk buat edaran fitnah..subhanallah..aku mohon Allah swt hindarkan aku dan keturunanku untuk jadi macam pemfitnah ini...amin

Tanpa Nama berkata... 2 Ogos 2012 11:20 PTG

Pas memang SIAL!

Catat Ulasan