Sabtu, 28 Julai 2012

Terhangat Di Pasaran : Instant Ustazah Keluaran PAS

Memperkenalkan satu lagi produk baru keluaran PAS, Instant Ustazah.


Baru dua hari pakai tudung dah jadi ustazah.





*Tolong share kat FB dan twitter ye.

31 comments:

Tanpa Nama berkata... 28 Julai 2012 11:53 PTG

baik dia la dua hari bertudung pun dpt hidayah dr ALLAH.. yang xbertudung,yang bertudung jambul kat depan tuemcm mn plak? dah tau kiamat dah dekat pun xinsaf2..wahai wanita aurat mu itu wajib ditutup bukan sunat. lgpun baik 2hari bertudung la dr bertahun2 bertudung dan ade ijazah phd tp bodoh bab agama islam. cakap pong pang pong pang tp hukum ALLAH persendakan.. makhluk jenis mana ni ? sedari ladiri diwaktu bulan mulia ini ambik kesempatan tue utk mengenal diri dan pencipta. jgn terlalu selesa dengan kehidupan hari ini kerana kehidupan akan datang belum terjamin. pilihan ditangan anda .. anda hebat hefazan,anda tau semua tentang al-quran tp xtutup aurat neraka la tempat kamu.. islam ini bukan agama utk testing2,...

Tanpa Nama berkata... 29 Julai 2012 12:07 PG

Bangga dgn tudung jer lah....lain takde benda....baik lagi Datin Rosmah :)

ada pulak manusia yg gelar diri dia islam tapi suka2 nak jatuh hukum kat orang islam lain....macam bagus sgt kan. Syurga tuh bukan utk org pakai tudung jer...x payah nak tamak ....ada ke dalam AlQuran tulis macam tu? Tak sekolah ke?

Tanpa Nama berkata... 29 Julai 2012 12:20 PG

tula pasal baik lagi datin rosmah. dah pegi haji pun stil tak bertudung. dah sah2 dalam islam meWAJIBkan bertudung. nak xnk ko kena terima yang setiap perempuan muslin tu WAJIB bertudung. bila dh jd mcm ni, makin ramai artis takut nak bertudung sbb takut digelar Instant Ustazah.

satu lagi xsalah abby nk berkongsi pengalamannya daripada menjadi jahil berubah menjadi perempuan muslimah sejati. jadi die gunakan platform politik untuk berkongsi pengalamannya dan dalam islam jelas politik dan agama itu tak boleh dipisah. klw dipisahkan kenapa negara2 islam lain seperti MESIR, TUNISIA, IRAN dll mempunyai parti islam?? kenapa korang yang melaung2kan agama itu xblh dipolitikkn x mengecam negara2 tu??

ini sama jugak dgn bidang muzik. muzik dan islam jugak tak boleh dipisahkan kerana artis2 boleh berdakwah melalui muzik padahal secara zahirnya bidang muzik itu amat berbeza dengan bidang agama. so, korang boleh pikila benda ni..

Tanpa Nama berkata... 29 Julai 2012 12:22 PG

bila dah pakai kopiah/tudung tu rasa dah macam maksum, dosa terampun darjat dah tertinggi sbb tu boleh jatuh hukum pd org lain, boleh tentukan pahala dosa org, boleh tentukan syurga neraka dan yg paling best boleh tentukan murtad atau kafir org lain... pelik banyak betul ustad/ustazah pasang siap dalam parti ni...

ingatkan hijrah nak belajar dan mendalami islam rupanya mendalami politik..hancuss

Tanpa Nama berkata... 29 Julai 2012 12:25 PG

Anon 11.53

Anda pasti rambut adalah aurat wanita yang wajib ditutup? Anda menghina wanita yg tidak bertudung, memfitnah dan mengutuk mereka setiap hari, bayangkan.
Sejak tahun 2008 dunia Islam telah membuat tesis hadis ijtihad mengenai rambut wanita bukan sebahagian dari aurat. Dalam bulan Mac 2012 juga satu thesis dari Al-Azhar, rambut bukanlah aurat wanita telah dikeluarkan oleh Syeikh Mustapha Mohamed Rashed dan sehingga hari ni ilmuan Islam masih membincangkannya. Sebelum itu satu fatwa telah dikeluarkan oleh Al-Azhar untuk wanita2 di UK membuka tudung kerana takut ancaman 'Islamophobia' penganut ugama lain. Anda boleh mencari infomasi seterusnya. Diantara hujah yg anda boleh baca....


HR Abu Daud dari Aisyah bahwa Asma putri Abu Bakar suatu hari berkunjung ke rumah Nabi, lantas Nabi bersabda menegurnya: “Wahai Asma! Bila seorang gadis telah haid, tidak boleh (lam yasluh) terlihat bagian organ tubuhnya kecuali bagian ini (Nabi menunjuk muka dan kedua telapak tangannya).”

Hadis lainnya, Aisyah meriwayatkan, bahwa Nabi pernah bersabda: “Tidak halal (la yahill) bagi seorang perempuan yang telah baligh, sementara dia beriman kepada Allah dan hari akhir, terlihat bagian organ tubuhnya, kecuali muka dan kedua tangannya, sampai batas ini (Nabi menggenggam setengah lengannya).”

Hadith ini tidak boleh digunakan dalam mentahqiq hukum secara qat’i (putus) mahupun Dzanni (sangkaan) kerana kesahihan hadith tertolak kerana:

Hadis ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam kitabnya Sunan Abu Daud, jld 4, ms 521, no: 3945. Berkata Abu Daud: Hadis ini mursal, Khalid bin Duraik belum pernah menemui A’isyah radiallahu ‘anha. Dalamnya juga terdapat Sa‘id bin Basyir Abu Aburrahaman al-Bashari, tamu Damsyik, maula Bani Nashr, tidak seorang yang membincangkannya.

Dalam hadis terdapat dua kelemahan, pertama kerana salah seorang perawinya (orang yang mendengar hadith) iaitu Khalid bin Duraik ternyata tidak pernah menemui A’isyah radiallahu ‘anha. Kedua Sa‘id bin Basyir adalah seorang perawi yang daif.[3] Hadis ini juga dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam Syu‘aib al-Iman, jld 6, ms 165, no: 7796 dan Sunan al-Kubra, jld 7, ms 138, no 13496 melalui jalan yang sama.

Tanpa Nama berkata... 29 Julai 2012 12:27 PG

tak salah klw nk mendalami politik islam daripada mendalami politik sekular yg korang buat tu..

Tanpa Nama berkata... 29 Julai 2012 12:38 PG

kalau ada mengatakan bahawa rambut wanita tidak wajib ditutup sy mencabar anda untuk mengemukakan pandangan anda itu dan sebarkan ke seluruh dunia islam agar umat islam khususnya wanita tidak was2 akan kewajiban bertudung. sy tidak menghina dan mengutuk wanita yang tidak bertudung tetapi rujuk kenyataan di bawah:


Tudung telah diWAJIBkan oleh Allah dalam firmanNya yang amat jelas:

“…Dan hendaklah mereka (wanita beriman) menutup kain tudung mereka ke paras dada…” [TMQ an-Nur:31]

Kehendak ayat ini adalah jelas. Allah tidak menerangkan lebih lanjut tentang maksud ayat ini dan tidak terdapat hadis qauli (ucapan Nabi) yang sahih tentangnya. Namun begitu, hadis iqrari (perakuan Nabi) yang sahih tentangnya amat banyak sekali, Ini merupakan hadis berbentuk perakuan Nabi terhadap para sahabat wanita yang semuanya bertudung setelah turun ayat tersebut. Di antaranya adalah:

Yang pertama, hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada ‘Aishah radhiAllahu ’anha:

"Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya."

Kedua, hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Abu Dawud daripada Safiyyah binti Shaybah katanya:

"Ketika kami bersama ‘Aisha r.a., kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aisha menyampuk: "Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw., seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka."

Jelas sekali, apabila perintah kewajiban memakai tudung diturunkan, kaum wanita Islam zaman awal tidak mempersoalkan sama ada boleh atau tidak, sesuai atau tidak, bila dan di mana dan tidak pula meminta para cendekiawan atau pemimpin mereka membincangkan soal pemakaian tudung; namun mereka bergegas menyambut perintah tersebut dengan mengoyakkan sebahagian kain sarung mereka untuk menutup kepala dan dada. Mereka melakukannya kerana menginginkan keredhaan Allah semata-mata dan bukan kerana ingin mendapatkan keredhaan manusia atas nama ‘glamour’, peraturan sekolah, undang-undang tempat kerja, periuk nasi, tidak sampai ‘seru’, pakaian ‘taqwa’ lebih baik atau pelbagai lagi alasan yang tidak masuk akal. Golongan wanita Muslim awal seperti inilah sepatutnya dijadikan contoh dan teladan kepada kaum wanita zaman kini untuk segera melaksanakan perintah pemakaian tudung, sekiranya merasakan diri merupakan wanita yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala

malah dalam peristiwa israk mikraj juga tercatat bahawa nabi sendiri menyaksikan Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)...

Tanpa Nama berkata... 29 Julai 2012 12:38 PG

Nama je politik islam tapi dalam kosong, gebang lebih.

Tanpa Nama berkata... 29 Julai 2012 12:47 PG

Jangan terlebih anon 12.38, Nabi tidak pernah mengatakan perempuan yang digantung tidak menutup 'rambut' tapi Nabi mengatakan 'tidak menutup aurat'.

Sila google thesis Sheikh Mustapha Mohamed Rashed dari Al-Azhar.

Tanpa Nama berkata... 29 Julai 2012 12:57 PG

Hujah seterusnya anon 12.38.

Ayat surah Annur:31 ini menyebutkan bahwa perempuan haruslah (i) menjaga kehormatan dalam cara berpakaian, (ii) tidak memperlihatkan perhiasan kepada selain muhrimnya, anak-anak yang belum dewasa, dan laki-laki kasim; kecuali yang biasa terlihat, (iii) menutupi dadanya (dengan menggunakan khumur (penutup).

Kata ‘kehormatan” itu sebenarnya tafsiran dari kata asalnya yang tertulis, yaitu saw’atihima, yang ertinya organ seksual (anggota aib). Bila melihat kata asalnya, jelas bahgian mana yang disebut dengan organ seksual, rambut tidak termasuk kedalamnya. Sementara kata kehormatan memang lebih luas maknanya, mencakup aspek perilaku dan keperibadian.

Pengertian perhiasan memang luas dan Al Qur’an tidak secara spesifik menunjuk kepada satu hal mengenai apa yang dimaksud dengan perhiasan. Boleh bermaksud perhiasan dalam erti gelang, cincin, kalung, anting, dan sebagainya. Boleh juga dandanan / hiasan perempuan (termasuk aksesori tadi). Boleh juga termasuk bahagian tubuh tertentu (dalam hal ini ada yang menafsirkan termasuk juga rambut). Namun bila yang dimaksud adalah bahagian tubuh tertentu, ayat ini secara spesifik sudah menetapkan kemaluan dan bahagian dada. Apabila rambut atau bahagian tubuh lainnya juga harus ditutup, mengapa tidak disebutkan secara spesifik? Sementara, kemaluan dan dada disebutkan secara tegas. penyataan “kecuali yang biasa terlihat” seakan menegaskan bahwa selain organ genital dan sekitar dada, maka pengertian bagian tubuh dan perhiasan dapat diserahkan kepada kebiasaan lokal.

Penyataan “hendaknya meraka menutupkan kain tudungnya ke dadanya jelas sekali adalah perintah menutupi dada; bukan menutupi rambut, ataupun menggunakan tudung. Mengapa harus menggunakan tudung untuk menutupi dada? Menurut Muhammad Said al-Asymawi (seorang juris, pakar perbandingan hukum Islam dan hukum konvensional, mantan Kepala Pengadilan Tinggi Kairo, Mesir), pada zaman Nabi dahulu, perempuan Arab memang sudah memakai tudung sebelum turunnya Surah Annur ayat 31 namun pemakaiannya menjuntai ke belakang, sementara dadanya dibiarkan terbuka (Muhammad Said al-Asymawi, Kritik Atas Jilbab, 2003). Jadi, daripada tudung itu menjuntai ke belakang, lebih baik julurkan ke depan untuk menutupi dada. Tuhan hanya membetulkan cara pakaian mereka sahaja dan bukannya mewajibkan tudung.

Namun Ulama sekarang mengubah “keatas dada mereka”(ala juyubihinna) menjadi “sehingga dada mereka” (ila juyubihinna). Sedangkan maksud ala( ke atas) dan ila (sehingga) itu amat berbeza.

Tidaklah boleh kita menyangkakan Al-Quran itu tersirat dengan pelbagai makna mendalam yang sukar kerana Al-Quran tidak begitu. Ia mudah difahami oleh semua orang dengan jelasnya.

“Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur’an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?” (Al Qamar: 17)

Ibnu Qayyim mengatakan:

“Barang siapa yang mengatakan: ‘Sesungguhnya Al Qur’an memiliki takwilan yang tidak kita pahami dan tidak kita ketahui, kita hanya membaca lafadz-lafadznya sebagai bentuk ta’abbudi (beribadah saja)’, maka sungguh dalam hatinya terdapat penyimpangan.”

Tanpa Nama berkata... 29 Julai 2012 12:59 PG

memalukan dan jijik!! bila artis menggunakan politk utk berdakwah korang kutuk2 sedangkan dakwah tidak semestinya dilakukan oleh agamawan shaja spt imam, ustaz, mutif tetapi nabi sendiri menganjurkan seluruh umat islam berdakwah tersebut hanya satu ayat. mungkin kerana abby masuk PAS korang kutuk2 dia tetapi kalaw die masuk UMNO confim korang tak bising. bg korang kalaw asal UMNO je semua boleh...teruk betul!!

Tanpa Nama berkata... 29 Julai 2012 1:08 PG

artis masuk umno takde pulak 'over' macam abby...cer cita.

Tanpa Nama berkata... 29 Julai 2012 1:16 PG

maaf kesilapan teknikal "nabi sendiri menganjurkan seluruh umat islam berdakwah walaupun hanya dengan satu ayat"..

artis yg masuk umno kite bako je...

Tanpa Nama berkata... 29 Julai 2012 1:20 PG

1.16 hahaha is that you best hujah. Bila tak suka, nak bako.

Haha hati sendiri yang terbakar tu...

Bersihkan hati, baru boleh berdakwah.

Tanpa Nama berkata... 29 Julai 2012 1:29 PG

saya tidak pertikaikan kenyataan anda berkenaan dengan aurat wanita tetapi saya mencadangkan agar anda kemukakan pandangan saudara tersebut, dengan segala hujah dan fakta yang ada bg membuktikan bahawa menutup rambut itu tidak wajib.

sy bimbang dengan fakta yg saudara kemukakan akan mengundang perpecahan dalam kalangan umat islam bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. sy tidak pertikaikan pandangan tesis Sheikh Mustapha Mohamed Rashed mahupun yg lain2 malah jika pandangan itu saudara rasa benar dan tepat apa kata saudara cadangkan perkara ini dalam Majlis Fatwa agar perkara ini menjadi lebih jelas. sy tidak lagi mahu menggunakan ayat2 al-Quran dan sabda Nabi bg membidas kembali kenyataan anda kerana bimbang perkara ini takkan selesai sekiranya masing2 mahu 'menang'. jd sy cdgkn perkara ini dibawa ke tempat yg septutnya bukan hanya dlm blog ini sahaja. atau saudara hanya pandai bercakap sahaja tpi pengecut utk melakukan?

Tanpa Nama berkata... 29 Julai 2012 1:38 PG

1.20

haha saya ok je. hati sy tak terbakar pun. jgn risau. Tuhan je yg boleh bakar hati sy sekiranya apa yg sy buat ini salah dan bukan pencacai seperti anda atau lebih tepat UMNO dan suku sakatnya.

sy rasa anda yg perlu bersihkan hati terlbih dahulu seblm mengutuk dan memaki org lain seolah2 apa yg org lain buat tu salah dan anda sahaja yg betul. kesian org seperti abby yg dikutuk oleh org yg 'bersih hatinya' seperti anda..

Tanpa Nama berkata... 29 Julai 2012 2:27 PG

Orang kalau benar2 nak cari ilmu agama takkan masuk politik.

Ulama' dalam parti nan satu tu pun dah ramai yang dah tak dengar cerita. Kalau dulu zaman Tun M beria2 kata dia tolak ulama' tapi sekarang ni parti tu jugak la yang tolak ulama'. Yang berdoa untuk tokong pun dah ada, yang sokong bapok pun ramai, siap berarak sama2 tu.

Bila cerita keburukan org lain dia sorak, bila ada keburukan kat belah dia siap buleh keluarkan fatwa lg nak selamatkan buntot memasing. Kalau yg si kafir pun dia boleh izinkan petik hadis dan ayat qur'an apa nak nak heran.

Apapun mmg baik dia bertudung, tidak dinafikan. Menepati tuntutan agama. Lagipun dlm parti tu kalau sarung kopiah, pakai tudung terus buleh tukar status.

Apapun apa yang penting kita tgk apa yang dia bawa, apa yang disampaikan. Kalau ada yg berguna sampai2kan lah.... kalau ada... hehehe...

Pada pendapat aku kalau benar2 nak berdakwah, ada byk lagi platform lain yang lebih efektif.

Wan G-Han berkata... 29 Julai 2012 2:46 PG

Satu nak tanya wahai ustaz2 yg mulia, kenapa dalam politik islam perlu bergaduh, hantam menghantam, kutuk mengutuk, hina menghina, caci mencaci sesama islam? Mohon jawab, bkn aper... Sy ni dh umur 30thn, dah daftar ngundi tp tak pernah ngundi sbb duk perati tgk semua parti politik asyik duk bergaduh jer. Ape hal? Kalau islam dgn kapir tu, perang pun takpa lg, ni sesama saudara... MasyaAllah.....

Jebon Tua berkata... 29 Julai 2012 3:20 PG

pirah PAS nya temberang. berkoyan2 la kuar dalil korang, perangai cam lahanat. pegi nasihatkan tok guru maksum ko tu nik ajis gila kuasa tu, kena batang idung semua boleh..puak lain neraka. cabar kluar dalil konon hahaha..khawarij puihhhh....

Tanpa Nama berkata... 29 Julai 2012 3:28 PG

1.29
Umat Islam memang sudah berpecah dimana2 didunia. Jika dulu wanita Islam disuruh memakai tudung untuk menyelamatkan mereka dari kejahatan, sekarang ni berlainan pula. Wanita bertudung dijadikan tempat untuk membalas dendam. Di UK, tidak kurang dari 15,000 laporan polis dibuat kerana keganasan ugama lain terhadap wanita Islam bertudung sehingga Al-Azhar terpaksa mengeluarkan fatwa menghalalkan wanita Islam disana membuka tudung.

Di Malaysia pula wanita yang tidak bertudung dianggap hina, rendah dan tidak bermoral. Ada yang memanggil mereka pelacur. Patutkah?? Tujuan sy mengemukakan semua hujah2 diatas (yg diambil dari pengkaji/ilmuan Islam Al-Azhar, Indonesia dan Malaysia) adalah untuk membuka mata pihak yang membawa fitnah ini. Keimanan bukan diukur dari tudung. Tiada yang lebih baik dari amalan dan peribadi mulia mereka disisi Allah. Walahualam.

Tanpa Nama berkata... 29 Julai 2012 10:20 PG

SEBAB ITULAH RAMAI WANITA BERTUDUNG YANG PEMAKAIAN, TINGKAH LAKU, PERKATAAN, NAFSU MENGALAHKAN WANITA TIDAK BERTUDUNG..ADA YANG BERTUDUNG TAPI NAMPAK LURAH DADA..ADA YANG BERTUDUNG TAPI NAMPAK LURAH PUNGGUNG...ADA YANG BERTUDUNG, TAPI LAHIR ANAK LUAR NIKAH..DAN BANYAK LAGI..JIKA HANYA TUDUNG YANG DITITIKBERATKAN, ITU SEMUA TIDAK BERMAKNA..
SAMA JUGA DENGAN HUDUD...JIKA HANYA HUDUD YANG DIGEMBAR-GEMBUR SEDANGKAN PERPADUAN UMMAH DIABAIKAN..ITU SEMUA TIDAK BERERTI JUGA..

Tanpa Nama berkata... 29 Julai 2012 11:24 PTG

2.46m sy bercakap bukan kerana saya sbg ustaz sbb sy sememangnya bkn ustaz ttpi atas kapasiti rakyat malaysia islam yg mempunyai kesedaran. tak hairanlah kalau dalam politik sikap seperti suka bergaduh, hantam menghantam, kutuk mengutuk, hina menghina, caci mencaci itu wujud malah bukan sahaja dlm di Malaysia malah negara2 lain dan malah lebih truk jika anda lihat di syria, mesir dll sehingga terjerumus dlm kancah 'perang saudara' dan membunuh antara satu sama lain. dan hal ini bukan sahaja berlaku zaman skg malah sudah berlaku sejak zaman nabi Adam lagi (peristiwa habil dan qabil). anda septutnya bersyukur kerana Malaysia mempunyai pembangkang yang baik kerana smp sekarang pihak pembangkang terutamanya PAS tidak pernah menggunakan kekerasan untuk mengulingkan kerajaan. kerana itulah negara kita masih aman tidak seperti negara islam yang lain.

sy akui sy bukanlah seorang ahli politik atau agamawan dan tidak layak utk berckp soal ini ttpi kita ada akal dan fikiran. kita boleh menilai dan menganalisis tentang apa yang berlaku sekarang.

2.27 saya rasa bidang politik merupakan platform yg sgt sesuai utk menyebarkan dakwah malah bidang apa2 pun sesuai dan tidak ada masalah utk berdakwah tetapi pendekatan dan cara kita menyampaikan. parti politik tidak salah tetapi seharusnya melalui cara yg betul berdasarkan tuntutan Al-Quran dan sunnah. kalau bukan bidang politik pun ttpi dakwah yang disampaikan tidak betul tidak boleh juga.. fikir2kanlah dgn mata dan minda yang terbuka saudara....

Tanpa Nama berkata... 29 Julai 2012 11:40 PTG

10.20 sy setuju dgn anda ttpi isu tudung sepatutnya tidak harus dikaitkan dgn politik kerana jelas dlam islam mewajibkan bertudung bg semua wanita yang bergelar islam tidak kira kaum, bangsa, negara atau apa sahaja fahaman yang berbeza. sy akui ada wanita yang bertudung ttpi perangainya lebih teruk dari yg tak bertudung ttpi apa kaitan dgn parti politik? itu berbalik kpd diri masing2. sy tidak faham kenapa anda semua 'menghalang' Abby utk berdakwah atas kapasiti politik dan terus 'cop' dia sbg ustazah segera? atau adakah hanya ustaz atau ustazah sahajakah yg layak bercakap soal agama? artis, petani, menteri atau siapa sahaja tidak boleh berckp soal agama?? Nabi sendiri tidak pernah menghalang org bercakap atas kapasiti politik atau hanya agamawan sahaja berckp soal agama kerana Islam universal dan tidak terhad kepada perkara tertentu sahaja. sy bimbang dgn sikap anda semua ini makin ramai artis yg takut utk bertudung dan bercakap soal agama. sbg contoh, kenapa anda tidak meng'cop' wardina, erma fatima tu ustazah segara padahal mereka juga berdakwah ttpi atas nama bidang hiburan? erma contohnya byk filem2 yg diterbitnya berunsurkan islam kenapa anda tdk mengecam beliau sbg ustazah segera? jawapannya kerana anda semua 'double standard'. kalau masuk PAS akan digelar ustazah segera ttpi kalau masuk UMNO semua boleh...ubahlah pemikiran anda yg kolot itu...

Tanpa Nama berkata... 30 Julai 2012 9:53 PG

11.53ptg : klu b'tudung pun tp mulut mcm celaka,xguna jgk natang

Tanpa Nama berkata... 30 Julai 2012 10:58 PG

9.53 bertudung itu adalah wajib. sama seperti smbyg. soal mulut celaka atau tak, perangai jahat atau x semua itu terserah kpd Allah. Allah yg menentukan dosa pahala seseorang dan bukannya nabi, perdana menteri, menteri, jkkk atau sesiapa sahaja kerana kewajiban ini tidak melihat org itu baik atau jahat, tutup aurat atau tidak kerana sememangnya perkara2 ini wajib dilakukan oleh semua umat Islam. sy ulangi SEMUA UMAT ISLAM. iya, sy akui mungkin org akan memberi gambaran/persepsi yg buruk terhadap org bertudung yg mempunyai prangai yg buruk berbanding perempuan yg tak tutup aurat ttpi berperangai baik tapi itu tidak boleh dijadikan alasan utk tidak bertudung/menutup aurat. sy sgt bersetuju dgn anda semua bahawa seharusnya perempuan bertudung itu perlu memberi contoh kpd org lain dan perlu bersikap baik agar org tdk memandang serong thdp mereka. cukuplah apa yg sy katakan disni. lainnya terserah kepada anda. kubur masing2 dlm kubur dan di akhirat jawablah sendiri apa amalan yg kita lakukan. jgn masing2 menyesal sudah....(peringatan utk diri sendiri dan anda semua)

Tanpa Nama berkata... 30 Julai 2012 1:48 PTG

masuk PAS nak khawin datuk...x ikhlas

Tanpa Nama berkata... 30 Julai 2012 3:00 PTG

1.48

masuk PAS ker masuk UMNO nak kawin dgn datuk ni? bdsrkn fakta ramai artis yg kawin dgn 'datuk UMNO. atau nk saya jelaskan satu persatu siapa mereka? anda google la sendiri..huhu...

Tanpa Nama berkata... 30 Julai 2012 3:07 PTG

bgusla jd ustazah segera pun sekurang2nya dpt gak gelaran yg baik drpd jd lembu segera yg songlap duit rakyat tu pehal?

Tanpa Nama berkata... 30 Julai 2012 8:12 PTG

Untuk makluman semua, Abby bukan berdakwah sahaja tapi berpolitik. Dia persoal artis tidak bertudung dan mahu kerajaan tumbang. Abby kena declare yang mana satu kategori dia...

a. artis
b. artis dan pendakwah
c. ahli pas biasa
d. ahli pas aktif berpolitik

Dalam keadaan sekarang, dia cuba nak buat 2 kerja dalam satu iaitu (b) dan (c). Abby yang open fire politik dulu. Jadi bila dia ditembak balik, dia pura2 jadi artis dan pendakwah (b). Dia fikir orang tak nampak tapi orang politik dah boleh baca semua. Buang air liur je kalau ada orang yang kesian kan dia sebab dia dah masuk jurang politik. Dia yang pilih sendiri.

Tanpa Nama berkata... 30 Julai 2012 8:39 PTG

Abby = chamelion.

Siapa agaknya cikgu dia.

Tanpa Nama berkata... 31 Julai 2012 3:20 PTG

8.12

bg sy tidak ada masalah kalau sekalipun abby memilih utk menjadi keempat2 kategori yg anda senaraikan di atas. kerana sememangnya dia adalah artis dan dia juga seorang ahli politik yang dipilihnya secara rasmi. melainkn jika anda meltekkan kategori 'ustazah segera' itu pastinya sy menentang habis2an kerana gelaran ustazah sepatutnya diberikan kpd org/pengajar yg penuh dan pakar dengan ilmu agama. tetapi berbeza dgn abby beliau mengajak artis, org ramai bahkan peminatnya utk kembali berpegang kepada ilmu agama melalui cara berdakwah tetapi beliau masih tidak boleh lagi bergelar ustazah kerana usaha dakwah ini wajib dilakukan oleh semua umat islam. andai kata semua umat islam melakukan dakwah dan mengajak manusia utk kembali berpegang kpd ajaran islam sebenar adakah semua umat islam itu akan menjadi ustaz atau ustazah?adakah kriteria dan penanda aras oleh org UMNO/BN yg apabila seseorang itu berdakwah or itu terus di'cop'sbg ustaz@ustazah?jika begitu amat malang usaha yg dilakukan olh kerajaan skg dlm menerapkan ajaran islam kpd rakyat? adakah ini hasil yg dilakukan oleh kerajaan dlm memartabatkan islam di Malaysia yg mana org yg berdakwah dan mengajak kembali kpd ajaran islam hanya boleh dan hanya layak dilakukan oleh 'ustaz, ustazah, mufti, ulama?? jika benar perkara ini maka anda tidak mengikut sunnah Nabi berdasarkan hadis

"Sampaikanlah dariku walaupun hanya satu ayat." (HR. Bukhari dalam Kitab Shahihnya).

malah Firman Allah Ta’ala:

"Serulah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu adalah Yang lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (QS. an-Nahl : 125).

jelaslah bahawa tidak ada satu frasa pun yg menyebut bahawa Tuhan hanya menyuruh ustaz, ustazah, mufti, imam malah nabi seorang sahaja yg berdakwah akan tetapi seluruh umat Islam tidak kira apa jua status darjat dan pangkat. sy bimbang jika seorang petani atau nelayan berdakwah anda terus menganggap mereka sbg ustaz@ustazh. jika ini hasil Islam ajaran kerajaan BN maka sy rs satu kegagalan besar kerajaan dlm memberikan pengajaran Islam yg sebenar kpd rakyat.

sy tak kesian kat abby ttpi sy kesian thdp org yg terus melenting tak tentu pasal menyerang dia. pepatah melayu' berani kerana benar takut kerana salah'. kenapa perlu takut apabila abby memilih utk masuk politik dan berdakwah atas platform itu? iya kesilapan dia adalah kerana dia adalah seorang artis dan merupakan 'hak milik masyarakat' jd peminat yg memiliki ideologi yg berbeza mgkin tak dapat menerima tetapi semua harus sedar bahawa di satu sisi yg lain abby juga mempunyai hak ke atas dirinya. dia ada hak utk memilih apa jua yg dia mahu. bagi sy siapa yg tidak suka itu berhentilah utk membuang air liur anda utk mencaci beliau. anda menuduh pihak pmbkg suka mencaci dan menghina sesama islam tpi tidak sedarkah bahawa anda juga 2X5? masing2 buatlah peranan masing2 yg penting kita semua jd umat Islam yg diredhai Allah ok?

Selamat puasa.....hehe...

Catat Ulasan