Isnin, 30 Julai 2012

Seperti Susu Basi, Lajim dan Wilfred Juga Barang Expired!

Susu Basi Cap Lajim dan Wilfred.


UMNO tidak berasakan satu kerugian besar jika pemimpin yang diklasfikasikan sebagai sudah luput atau ‘expired’ melompat parti menyertai pembangkang, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ai Alhabshee.

Beliau berkata, mereka yang hampir luput ini biasanya beranggapan dirinya masih hebat dan perlu diberikan penghormatan dan  jawatan penting sama ada dalam parti mahupun kerajaan.

“Mereka ini sebenarnya jenis pemimpin tak sedar diri, tamak haloba dan apabila kepentingan peribadi tidak dipenuhi, pantas keluar parti dan ikut pembangkang.” tegasnya.

Beliau menyifatkan pemimpin seperti itu sebagai  petualang dan prinsipnya boleh dijual beli.

Golongan ini juga kata Syed Ali, akhirnya bertindak memburuk-burukkan parti asal dan kerajaan yang sebelum ini telah memberikan mereka rezeki dan kesenangan hidup.

Dalam masa yang sama, parti yang baru dan pemimpin oposisi akan dipuji kononnya bakal membawa pembaharuan dan harapan.

“Ini semua jenis manusia hipokrit, tak reti kenang budi dan suka amalkan politik lompat katak,” katanya lagi.

Beliau mengulas tindakan Ketua UMNO Bahagian Beufort,  Datuk Lajim Ukin yang akhirnya mengesahkan meletakkan kesemua jawatan dalam parti, kecuali masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Lajim bagaimanapun dipetik sebagai berkata kedudukan beliau sebagai timbalan menteri terserah kepada Perdana Menteri untuk menentukannya.

“Lajim telah lakukan perkara yang amat sumbang dalam kerjaya politiknya dengan meninggalkan UMNO,” kata Syed Ali.

Baca seterusnya di sini : http://umnobahagiancheras.blogspot.com/2012/07/umno-tak-rugi-pemimpin-expired-lompat.html


*Si Lajim dan Wilfred tu sama lah macam Anwar. Rumah kata pergi, kubur kata mari tetapi masih lagi gila jawatan.

0 comments:

Catat Ulasan