QANA’AH
Menurut
bahasa qana’ah bermaksud ‘merasa cukup’ manakala menurut istilah qana’ah
bermaksud merasa cukup dan menerima atas apa yang telah diberikan oleh Allah
SWT kepada kita sehingga mampu menjauhkan diri daripada sikap tamak dan sikap
tidak puas yang berlebihan.
Qana’ah bukanlah bererti diam berpangku tangan serta
berpeluk tubuh dan bermalas-malasan tidak mau meningkatkan kesejahteraan hidup tetapi
sesungguhnya orang yang mempunyai sifat qana’ah adalah orang yang sangat kuat
bekerja dan bersahaja, dia giat berusaha sekuat tenaga untuk mendapatkan apa
yang dicita-citakan. Namun apabila menemui kegagalan dia tidak pernah berputus
asa dan kecewa, bahkan ia selalu sabar dan husnuzhan (bersangka baik) dengan
keputusan Allah SWT kerana dia mempunyai keyakinan bahawa di sebalik semua
peristiwa yang berlaku dalam hidup pasti ada hikmahnya.
Orang-orang yang mempunyai sifat qana’ah yang
tinggi akan berusaha untuk mencari ketenangan jiwa kerana ia pasti yakin bahawa
kekayaan yang mutlak adalah ‘kekayaan jiwa’.
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“Dari Fadholah
bin Ubaid bahawasanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda : Sungguh
berbahagialah orang yang diberikan hidayah kepada Islam dan kehidupannya yang
bersederhana serta mahu menerima apa yang dimiliki dengan seadanya”. (HR. Tirmidzi)





0 comments:
Catat Ulasan