Jumaat, 20 Julai 2012

Nasi Lemak 3.0 Untuk Kerajaan PKR Selangor

Nasi Lemak Untuk Fahamkan Kerajaan Selangor

KUALA LUMPUR – Mungkin kerana bosan dengan sikap kerajaan Selangor yang masih tidak faham-faham berhubung situasi air, Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) terpaksa menggunakan teori perniagaan nasi lemak untuk memahamkan kerajaan Selangor berhubung situasi kekurangan bekalan air bersih di negeri itu.

Presiden AWER, S.Piarapakaran mendakwa, kerajaan Selangor diminta memahami isu kekurangan bekalan air yang telah dirawat di Selangor dengan mengambil contoh daripada perniagaan nasi lemak kerana situasi bekalan air yang berlaku di negeri itu pada waktu ini hampir sama dengan konsep jual dan beli nasi lemak.

“Jika anda (penjual) mempunyai 500 bungkus nasi lemak dan pengguna pula mahu membeli 520 paket, adakah anda mampu memenuhi keperluan mereka?. Ini adalah contoh yang paling ringkas untuk menjelaskan isu bekalan air terawat yang sedang berlaku (di Selangor),” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Piarapakaran berkata, kerajaan Selangor diminta berhenti mengelirukan orang ramai dengan mengeluarkan kenyataan bahawa empangan adalah penuh dan selalu hujan untuk memaklumkan orang ramai bahawa bekalan air bersih adalah mencukupi.

Menurut beliau, empangan direka bentuk untuk menyimpan air mentah sebagai bekalan untuk beberapa bulan tanpa hujan manakala air bersih pula adalah air mentah yang telah dirawat melalui loji rawatan.

Maka, kata beliau, isu bekalan air yang timbul di Selangor adalah berkaitan dengan air yang telah dirawat atau air bersih dan bukannya air mentah di empangan.

Mengulas lanjut, katanya, sebarang cadangan untuk menambah loji rawatan baru ke empangan untuk menyelesaikan krisis bekalan air bersih hanya akan menjejaskan tujuan empangan tersebut.

Jelas beliau, meningkatkan kapasiti rawatan dengan menambah loji rawatan yang baru di empangan tersebut akan menyebabkan air mentah di empangan surut lebih cepat jika kemarau berlaku.

Tambah beliau, apabila bekalan air bersih kembali beroperasi seperti biasa, empangan mungkin tidak dapat diisi penuh kerana kadar penggunaan air terawat masih tinggi.

“Jika keadaan begini berlarutan, ia boleh menyebabkan gangguan bekalan air. Ini bukan fiksyen dan ia adalah situasi kejuruteraan yang sebenar,” kata beliau.

Justeru, kata beliau, semua pihak perlu bekerjasama untuk mengatasi isu yang timbul kerana air adalah kehidupan dan bukan modal politik untuk mana-mana pihak.

Sumber: http://mynewshub.my/2012/07/18/nasi-lemak-untuk-fahamkan-kerajaan-selangor/


*Jom ramai-ramai kita buat kempen Nasi Lemak 3.0 Untuk Kerajaan Selangor yang masih bangang nak main politik air. Tak habis-habis guna paras air empangan supaya hujah nak bidas SYABAS sedangkan yang kurang bukan bekalan air mentah, tapi bekalan air terawat.

Nasi Lemak 3.0 Untuk Air Selangor.

0 comments:

Catat Ulasan