Isnin, 30 Julai 2012

LAJIM MAHU MENGADAP PERDANA MENTERI

SEMALAM JEMPUT ANWAR DI AIRPORT KK,
HARI INI MAHU JUMPA PM PASAL PROJEK
Selesai sudah episod Lajim dan Bumburing di Sabah. Agak pelik media massa, baik pro kerajaan atau pro pembangkang kurang memperkatakan isu ini secara besar-besaran. Kenapa? Tinjauan mymassa di Tuaran semalam, Lajim akan menghadapi masalah kerana kehadiran orang ramai hanya dalam lebih kurang 2,000 orang sahaja, jika ditolak para pemerhati ianya menjadi lebih kecil.


Petang ini, dijangka Lajim dan orang-orang kanannya berusaha untuk bertemu DS Najib di Parlimen. Saya bertanya untuk apa bertemu lagi? Kita berharap pegawai-pegawai DS Najib janganlah layan Lajim dan orang-orangnya itu. Dia sudah menunjukkan wadah sebenarnya.


Di Kota Belud hari ini, PR menggunakan episod semalam untuk membuat roadshow.


Benar kata DS Najib, Lajim tidak memiliki kesabaran. Hanya kerana projek-projeknya tersangkut di Beoufort disalahkan UMNO. Dahulu semasa tiada jawatan dalam kerajaan, sebelum bergelar YB, Datuk Musa Aman melantik jawatan politik sebagai Ketua Pemantau Projek-Projek Sabah. Kenyang dia sampai Buncit perutnya.


Kini, bila lambat sedikit dapat projek sudah tunjuk belang. Bukan dia tidak tahu prosedur kerajaan. Memanglah PM akan menyokong apa jua projek yang baik untuk rakyat di Beoufort tetapi jika lewat bukanlah disebabkan oleh PM.


Jika anda sebagai Pegawai kerajaan, setiap permohonan projek sama ada disokong oleh Menteri-menteri, mesti juga melalui tapisan peraturan sedia ada. Adakah tuan punya memiliki syarikat yang sah, berapa peratus saham bumiputra yang dimilikinya, bagaimana pengalaman projek dia, kajian kesesuaian, proses konsultasi dan sebagainya.


Bukannya, bila mana PM atau mana-mana Menteri sokong terus dapat! Ini orang ndak da skul (tiada sekolah) kata orang Sabah.


Khabarnya, orang-orang Datuk Lajim akan mengejar PM di Parlimen. Khabarnya mengejar Projek yang masih tergendala di Beoufort! Tak tahu malu Lajim ne...



10 comments:

Tanpa Nama berkata... 30 Julai 2012 10:45 PG

JANGAN LAYANNNNN...Mintaklah projek dgn Anwar kat Selangor..kalau dapatlah...projek Pasir dan Rumah urut..

Tanpa Nama berkata... 30 Julai 2012 10:56 PG

Elok aja kau lajim letak jwtn timbalan menteri itu...kau pun sudah letak jwtn parti bah...bikin maluk saja kau ini bah..kalau kau!

Tanpa Nama berkata... 30 Julai 2012 10:59 PG

iya bah bikin malu kita saja bah, mau makan dua2 mana boleh jon, tangan kiri mau sama anware, tangan kanan mau sama najib, perut sudah boroi..latak jawatanla bagi orang lain lagi bah,

Tanpa Nama berkata... 30 Julai 2012 11:05 PG

Dia dah jadi Pelobby profesional yg termahal.. nak lobbykan Anwar masuk Umno ... sebab tu nak mengadap DS Najib....
Anwar tau dia secara Individu peribadi tak akan bolih jadi PM ..walaupun PR menang dalam PRU kali ini... Karpal pasti menonjolkan tentangan hebat..dan memilih LGE..atau mana mana calon Melayu DAP..untuk PM... Pas pasti takut kerana tak cukup kerusi..PKR pula..kekeringan Kontang kerusi dan suara...

Ketika itu ..salepas PRU..sekiranya PR menang taruhan kerusi PM ..diantara Mat Sabu (Hj Hadi Kalah kerusi) dan calon Dap Melayu..Nizar..

Anwar paham hal ini...sebab tu dia nak jutaan lobby masuk Umno...

Umno..Pas..Dap.. perlu sensitif dan berhati hati..dalam gerakan underground Anwar..Self Interest yg tegar....

HPerancis

Tanpa Nama berkata... 30 Julai 2012 11:05 PG

demi untuk menunjukan kefrustrated yang melangit joinlah pkr,sebab disitulah berlunggukanya manusia jenis itu.

Bernadine Adine berkata... 30 Julai 2012 11:10 PG

Ini kalilah!! siapa cakap tidak Buli? Bulibah!!Kalau Kau Datuk Lajim eee..ada yg marah sudah sy nampak sini teruskan perjuangan sabah,Hiduppp.. USNO!! kasi tukarrrrrr.... kasi gAGARRRRRRRRRRRRRRRRR.. Tu MALAYA!!

Tanpa Nama berkata... 30 Julai 2012 11:11 PG

Dengan senang hati Najib melepaskan Lajim ! Sebenarnya perangai lompat Parti tak akan kekal...biarlah Lajim terjun DENGAN LABU LABU NYA !

Muhammad Naguib bin Kaharudin berkata... 30 Julai 2012 1:12 PTG

Kompom lepas nie menyesal tak sudah..orang macam ini kita kena ingat esok nak masuk UMNO balik jangan bagi muka..masuk jadi ahli biasa jer la... berkuburnya kerjaya politik si Lajim.. samo macam Anwar tak sabar dan tak bersyukur...padahal dah menjadi TPM...ini pun spesis sama tak sabar padahal dah jadi TM. Maka sekelip mata Allah balik kan hati dia dari UMNO dan dia lompat parti...lepas nie jadi macam Anwar meroyan satu negara tapi tak dapat nak ambik balik kerusi TPM or TM tu.apatah lagi PM atau M tu.... Lajim oh Lajim...

Tanpa Nama berkata... 30 Julai 2012 1:18 PTG

Harap YAB Perdana Menteri, memandang ke ke bawah sikit, drp bagi projek kepada makhluk yang tak kenang budi ini, lebih baik bagi kepada Ketua UMNO Cawangan yang banyak menyumbang di pringkat akar Umbi.

Tanpa Nama berkata... 1 Ogos 2012 7:30 PG

Dear Mr.PM,
We, as rakyat of Malaysia are sick of those jumping from party to party for self interest. Please do not take them back as UMNO members or any of its component party; they are a hopeless bunch of politicians (expired as said by Ketua Bahagian Cheras ) though earleir we were hopeful of them but they turn out to be hopeless. Hopefully, you understand the desire of the rakyat as we want a progress and develop nation for the next generation.

Catat Ulasan