Isnin, 23 Julai 2012

INGAT! Waktu anda berbuka nanti, ramai umat Islam akan MURTAD di Selangor!

Bila kami tonton video di atas, secara tiba-tiba kami teringat tentang satu peristiwa yang berlaku tepat-tepat setahun (ikut kiraan kaul Hijriah) pada hari ini. Lebih tepatnya ketika waktu berbuka nanti.
Kami telah mengkompilasi semua artikel yang berkaitan dengan peristiwa yang merobek hati ini untuk tatapan kita semua. Untuk baca semula boleh klik pada pautan di bawah ini:
Inilah musibahnya apabila menaikkan musuh Islam (DAP), munafik khawarij (PAS) dan manusia liberal kecewa yang tidak bermoral (PKR) sebagai pemimpin. Akidah digadaikan demi satu undi. Malah, apa yang lebih menyedihkan, bukan sahaja golongan ini tidak mengambil berat tentang keWAJIPan memelihara akidah ummah, bahkan ada antara mereka yang menjadi penyokong lagi (bahkan mungkin telah murtad pun) !!!
Jadi, tanyalah diri kita sendiri. Sanggupkah kita melihat anak-anak kita dimurtadkan satu hari nanti?!! Sanggupkah kita melihat cucu-cucu kita bersembahyang di gereja pula selepas ini?!! Semuanya kerana tangan-tangan kita sendiri yang memberi kuasa kepada para pemimpin pakatan pembangkang yang anti Islam (tetapi bijak memakai topeng alim ulama').
Oleh itu, pada kami, hukum menolak pakatan pembangkang ini bukan sahaja menjadi satu kewajipan kini, bahkan ia sudah jatuh kepada hukum JIHAD yang wajib bagi setiap muslim di negara ini!
Ingatlah jika anda seorang Muslim yang sayangkan agamanya, maka anda tidak akan sesekali memberi undi anda kepada Pakatan Rakyat!


0 comments:

Catat Ulasan