![]() |
| BISAYA MAN OF THE YEAR |
Mymassa berada di Sandakan ketika Anwar bertandang di Sandakan minggu lalu. Saudara Ahmad Thamrin, Pengerusi PKR Sabah seorang yang sangat bijak, beliau berjaya mengikut arahan dan skema kita, supaya penuhkan dan sibukkan Anwar dengan aktiviti PKR di Sandakan. Rahsia Pengerusi PKR Sabah dalam tangan kita, sebab itulah dia kena ikut skrip Mymassa. Sorry to say.
Harapan Anwar ialah untuk membeli sekurang-kurangnya 7 YB BN. Anwar menunggu kedatangan DSP Lajim, manakala DSP Lajim pula menunggu kedatangan Anwar. Jika pada 7/7/2012 Lajim berjaya dibawa kepada Anwar, sudah pasti Lajim akan jatuh ke tangan Anwar. Dengan petik jari sahaja, Anwar boleh longgokkan RM10 Juta depan Lajim ketika itu. Nasib baiklah Pengerusi PKR negeri orang kita, yang kita boleh adjust dan ikut skrip kita.
Berita dari dalam PKR memberitahu Mymassa, minggu depan DS Anwar akan menunaikan Umrah, Lajim pun akan turut ke Mekah untuk menunaikan umrah. Kegagalan percobaan Anwar memburuti Lajim sejak bulan lalu dan minggu lalu, kali ketiga ini mereka akan bertemu di Mekah. Sudah pasti ada ada tujuan lain. Anwar sangat yakin dapat menawan Lajim dengan segala macam penindasan yang Musa buat kepada Lajim itu, kerana Anwar masih ingat betapa mudahnya membeli Lajim pada tahun 1994 dahulu! Jika RM10 Juta dilonggokkan depan Lajim, apakah Lajim tidak akan bergerak. Kamu mesti ingat Anwar ada lebih RM3 Billion, jumlah RM10 Juta itu umpama tahi gigi!
Walaupun Lajim tidak ada hati bersama PKR, kerana Lajim sudah bersedia dengan parti barunya, logo dan bendera parti baru juga sudah disediakan di rumahnya, namun Lajim berusaha sedaya upaya untuk bertahan di dalam BN. Namun, sampai bila jika Musa Aman terus menekan sedemikian rupa!
Musa Aman tidak patut mengugut untuk bekerjasama dengan Yong Teck Lee dan Pairin dalam kes Lajim ini.
Dalam hal ini, Mymassa ingin mencadangkan kepada Musa Aman, kendurkan sikit keegoan anda. Sedikit anda kendurkan keegoan anda, keadaan akan stabil seperti biasa. Lihatlah apa jadi kepada mantan orang kuat Sabah, allahyarham Tun Datu Mustapha dan Datuk Harris Salleh, selepas hilang kuasa mereka bagai ada kepada tiada. Musa, dunia ini umpama roda, anda tak di atas selama-lamanya.
Anda harus ingat, Anwar Ibrahim tidak akan berputus asa! Target Anwar ialah Lajim!






2 comments:
berani ke anuar nak gi umrah, rasa2 dia pergi lalu je, lepas tu lepak kat turki.
ER MUNGKIN DIA NAIK KAPALTERBANG BERSAMA LAJIM SEMENTARA LAJIM TURUN DI ARAB SAUDI UNTUK UMRAH DIA AKAN KE IRAN BUAT UMRAH KAT SANA. DIIRAN PUN ADA KABAAH JUGAK, TAPI KABAAH SYIAH LA. PUN BULEH BUAT AMRAH JUGAK.
Catat Ulasan