Isnin, 30 Julai 2012

Adakah Sambutan Hari Komunis Bakal Menggantikan Hari Pahlawan Bila Pembangkang Berkuasa?

Di Malaysia, sambutan hari pahlawan di sambut pada 31 Julai setiap tahun.


Pada masa-masa yang lepas, pembangkang menggunakan tarikh keramat ini untuk menyerang kerajaan atas sebab istiadat di Tugu Negara. Ini kerana  garis panduan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini yang menyatakan sambutan itu tidak boleh diadakan di kawasan yang mempunyai patung menyerupai manusia.



Alhamdulillah, sejak pentadbiran DS Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, tiada lagi sambutan seumpama ini bermula tahun 2010.


Pada tahun lepas, sambutan ini diadakan di Dataran Merdeka.


Oleh kerana sudah tiada modal untuk menyerang Kerajaan (isu sambutan di Tugu Negara) dan melihat bekas tentera sebagai prospek pengundi yang boleh mereka pengaruhi, PKR dan PAS melalui NGO bekas tentera pro mereka (Kor Bekas Angkatan Tentera - KOBAT dan Rangkaian Kebajikan Veteran Angkatan Tentera - KERABAT) kini berlumba-lumba menganjurkan Sambutan Hari Pahlawan versi mereka. Yang MyMassa pelik, kenapa baru sekarang mereka menghargai bekas Tentera? Adakah kerana pilihan raya makin hampir dan nawaitu mereka hanya untuk UNDI?

Namun sampai sekarang DAP masih lagi belum menunjukkan minat mereka untuk menyokong PAHLAWAN-PAHLAWAN Negara. Dan umum mengetahui bahawa DAP sememangnya berpegang teguh kepada simpati mereka kepada pengganas Komunis. Sebagai abang besar dalam pakatan pembangkang, tidakkah bila mereka berkuasa nanti, PAS dan PKR akan tunduk kepada DAP seterusnya berkemungkinan menggantikan Hari Pahlawan kepada Hari Komunis seperti mana sokongan kuat pemimpin kanan DAP kepada Chin Peng!

Chin Peng pejuang kemerdekaan

Tulisan Ronnie dalam laman web DAP [www.dapmalaysia.org] pada 1 September 2005 kononnya ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan telah menyinggung bekas perajurit seperti Kanang Langkau. Pengganas PKM telah membunuh banyak nyawa sepanjang perjuangan mereka untuk menubuhkan negara Komunis. Kanang sendiri dianugerahkan Pingat Gagah Berani kerana berjuang menentang keganasan komunis. Tulisan itu menafikan para pemimpin UMNO termasuk Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman sebagai pejuang sebenar kemerdekaan. DAP dan Ronnie sendiri menafikan menolak sumbangan Tunku Abdul Rahman
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ronnie_Liu_Tian_Khiew

Dan jangan lupa, Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu juga menyokong pengganas Komunis!



Adakah anda mahu perkara ini berlaku?


*Fikir-fikirkan.

0 comments:

Catat Ulasan