Sabtu, 23 Jun 2012

@Khalid_Ibrahim dan DAP arah PAS rampas semua masjid dan surau di Selangor sebelum Ramdhan bermula!



Sekumpulan penduduk Taman Equine, Seri Kembangan, dekat Kuala Lumpur mendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pemimpin Pas telah melakukan konspirasi bagi merampas Masjid Al-Muttaqin Taman Equine.

Bekas Nazir Masjid Al-Muttaqin Taman Equine, Zainal Abidin Manaf berkata, ini adalah kerana jawatankuasa baru masjid berkenaan dilantik tanpa mesyuarat membabitkan penduduk di kawasan berkenaan.

Lebih mengecewakan apabila mereka yang dilantik merupakan bukan penduduk kawasan ini dan sebahagian besar pula merupakan pemimpin sebuah parti.

Sedangkan beliau yang telah sembilan tahun memegang jawatan di masjid berkenaan, juga telah mengadakan mesyuarat serta melantik jawatankuasa baru dan senarai itu telah diserahkan kepada JAIS.

Bagaimanapun JAIS tidak memberi sebarang jawapan kepada mereka, tetapi sebaliknya melantik jawatan kuasa baru yang hanya diumumkan di masjid itu hari ini.

Seorang pemimpin masyarakat, Nor Mohamad Zin Mohamad Naim pula berkata, beliau mempunyai bukti bahawa sebahagian besar jawatankuasa baru itu terdiri daripada pemimpin Pas dan mereka tidak bermoral kerana terlibat dengan perhimpunan haram Bersih.

Sumber berita daripada Utusan. Tontoni video penuh kekecohan di dalam Masjid tersebut di sini.

Nampaknya semenjak Exco Agama dipegang oleh manusia GAGAP yang tiada ilmu agama, kes pencemaran kesucian rumah Allah SWT di Selangor semakin menjadi-jadi. Selain, Masjid Al-Muttaqin, Masjid Al-Husna di Bandar Sunway juga mengalami kekecohan yang sama semalam.

Semuanya kerana PAS dan fuckatan kini giat memperkudakan JAIS bagi menukar "darah" masjid-masjid di seluruh negeri. Objektif mereka adalah rumah ibadat itu boleh digunakan sepenuhnya oleh penceramah dan ahli parti mereka bagi menyebarkan dakyah dan fitnah yang diselindungkan di sebalik nama aktiviti keagamaan.

Dan puak-puak ini jugalah yang bertempur dengan Polis tempohari atas sebab mahu memperjuangkan pilihanraya yang Bersih dan Adil. Ironinya, mereka juga dalang yang sama merampas masjid dengan cara kuku besi dan penipuan pemilihan AJK!

Seboleh-bolehnya mereka mahu menakluk institusi masjid dan surau di seluruh negeri-negeri yang bawah kawalan mereka sebelum Ramadhan bermula tahun ini. Mereka tahu itulah peluang dan masa akhir yang ada buat mereka untuk menipu orang Islam dan meraih kembali sokongan yang kian merosot.

*Dulu bila kita kata jabatan agama dipenuhi najis fuckatan orang tidak percaya. Sekarang apabila mereka berkuasa baru keluar belang sebenar, bukan?!!



4 comments:

eXception berkata... 23 Jun 2012 8:47 PTG

Salam, bro... Pasa isu di atas, aku juga ada di sana semasa sidang media... Ada gambar-gambar dokumen sokongan yang menyokong dakwaan di atas... Rujuk artikel ini...

Ahli Kariah Mengamuk!! Masjid Dirampas Di Seri Kembangan!!

Harapan Esok berkata... 24 Jun 2012 1:45 PG

artikel menarik..mudah puak mereka membawa politik PR di rumah allah..

mohon linkkan blog

http://harapan-esok.blogspot.com/

di blog tersohor tuan..
blog tuan telah sy linkkan...

admin_surau berkata... 24 Jun 2012 1:38 PTG

Sebagai Ahli Sunnah wal Jemaah saya menyokong tindakan JAIS. Masjid ini telah dijadikan markas utk mempromosikan fahaman wahhabi. Ini amat berbahaya daripada segi aqidah. Bagi mereka yang kurang jelas dgn fahaman wahhabi memadailah saya senaraikan tokoh tokohnya: Fathul Bari Mat Jaya,
Dr MAZA, Abdullah Yassin, Hadi Awang, Nik Aziz,Abu Numair Nawawi B. Subandi. Lihat sahaja blog masjid ini yang memperlekehkan amalan doa qunut http://suaraalmuttaqin.blogspot.com/2012/03/fatwa-fatwa-ulama-berkenaan-mengaminkan.html

MymassaVoice berkata... 25 Jun 2012 8:37 PG

ini takde kaitan dgn wahabi. AJK baru yang dilantik semua penchacai PAS yang wala' kepada ambiga. ko nak imamkan manusia macam tu ke?

Catat Ulasan