Rabu, 20 Jun 2012

Artikel Pembaca : Fitnah Scorpene – strategi terdesak fuckatan membunuh PM Najib!

Isu Scorpene sengaja ditimbulkan kembali oleh puak fuckatan sebagai senjata melemahkan kerajaan dan memalitkan najis ke muka PM. Dulu sebelum pengunduran Pak Lah, puak fuckatan bermati-matian berharap Dato Seri Najib tidak akan ditabalkan sebagai Perdana Menteri. Tak cukup fitnah pada Dato’ Seri Najib, isterinya Datin Rosmah difitnah bersubahat membunuh Altantuya.

Gagal menghalang Najib menjadi PM, isu ini terus dimomokkan agar tempoh pemerintahan Najib dapat disingkatkan dan Negara akan huru hara mempertikaikan kredibiliti beliau.

Kini isu ini ditimbulkan kembali dengan Suara Anak Haram (SUARAM) diketuai oleh si betina lesbian Cynthia Gabriel bertindak sebagai pencacai utama telah menfailkan aduan terhadap DCNS, syarikat yang bukan sahaja terlibat membina dan menjual kapal selam kepada Malaysia tetapi syarikat yang turut mendapat kontrak dari kerajaan India, Brazil, Chile dan Poland membina angkatan selam moden negara-negara tersebut.

Klik untuk besarkan  imej

SUARAM telah menerima suapan US$90,000 dari pemberi dana yahudi antarabangsa yang diketuai oleh George Soros untuk menjatuhkan PM Najib dan mengangkat pemimpin biseksual dan pluralis Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri atau Presiden Republik Malaysia yang pertama.

Kos pertahanan negara merupakan sesuatu yang rahsia dan sulit di mana semua butirannya tidak boleh didedahkan kerana bakal mengundang padah pada keselamatan Negara. Amalan ini dipraktikkan oleh semua negara di dunia termasuklah Singapura yang sememangnya beria-ia mahu mengorek segala rahsia kekuatan tentera negara-negara jirannya. Al maklumlah negara ultra kiasu sememangnya dilatih oleh Zionis Yahudi Israel untuk menjalankan kegiatan subversif di Malaysia, Indonesia, selatan Thailand dan selatan Filipina di mana terdapat ramai umat Islam dan Melayu.


Kontrak perolehan Scorpene bernilai EURO1.084 billion tidak pernah disembunyikan oleh kerajaan. Dari jumlah kontrak perolehan kapal selam Scorpene bernilai US$580 juta, sebanyak US$442 juta dibayar kepada DCNS (Perancis) dan NAVATIA (Sepanyol) sebagai kos perolehan 2 kapal selam Scorpene meliputi pakej Integrated Logistics Support (ILS) dan latihan kepada warga kapal selam.

Baki keseluruhan sebanyak EURO 114.96 juta (US$138 juta) lagi dibayar secara berperingkat dalam tempoh 6 tahun kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada pasukan projek kapal selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta latihan krew kapal selam di Brest, Perancis. Semua terma ini tertulis secara terperinci di dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002.


Secara dasarnya, Perimekar Sdn Bhd bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut:


· Menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga Kumpulan Perintis Kapal Selam di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun. Pakej ini termasuk biaya perubatan dan persekolahan anak-anak serta pasangan krew kapal sepanjang tempoh 6 tahun tersebut..

· Menyediakan pejabat urusan dan kemudahan kediaman lengkap bagi krew kapal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun. Kos kehidupan amat tinggi di kedua-dua negara yang menggunakan matawang Euro.

· Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO 50 sehari setiap seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO 60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua. Selain membiayai tuntutan-tuntutan perjalanan dan kerja lebih masa rasmi para krew.

· Membiayai kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap empat bulan sekali.

· Perimekar juga bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat yang berpotensi untuk menyertai program offset

· Membantu kontraktor utama berhubung prosedur kerajaan dalam perlaksanaan kontrak

· Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan sepanjang berada di Eropah.

· Menyediakan laporan koordinasi, dokumentasi perjanjian jual beli, jaminan insuran dan sebagainya.


Terperangkap dengan fakta, SUARAM mendakwa pula bahawa pemberian komisyen EURO 114.96 tersebut meragukan dan Perimekar telah memberikan perkhidmatan koordinasi dan sokongan yang percuma!. Perimekar sebagai syarikat yang dilantik kerajaan dibayar secara telus oleh kerajaan atas perkhidmatan yang disediakan. Tuduhan yang sengaja direka oleh  SUARAM sebenarnya mempunyai niat untuk mendedahkan segala kekuatan persenjataan kepada pihak Singapura kerana Negara kafir harbi ultra kiasu tersebut amat bimbang dengan kekuatan negara-negara Islam sekitarnya.


Dah jelas lagi nyata, apa kejadahnya bila puak pembangkang ingin mengatakan pembelian Scorpene disulami skandal rasuah, penyelewengan duit rakyat dan pembunuhan model Mongolia; Altantuya Sharibu? Peguam Anwar Ibrahim; Dato Zulkifli Nordin sendiri menafikan pembabitan Datuk Najib dalam pembunuhan tersebut. Raja Petra Kamaruddin (RPK) mengakui dia sendiri diupah oleh Anwar Ibrahim untuk memfitnah YAB PM dan isteri bahkan YAB PM sendiri telah bersumpah laknat sebanyak 4 kali bahawa beliau tidak mengenali Altantuya dan terlibat dengan pembunuhanya.

Anwar pula sedap-sedap meliwat lelaki dan menoron bini orang, Chinadoll dan Siamdoll takut pula nak sumpah laknat. Sebaliknya mengupah penulis-penulis gay Anord Dubus (Bangkok Post) dan Roger Milton (Phnom Penh Post) untuk menfitnah dan spin isu Scorpene Malaysia.


Kini SUARAM terkantoi lagi, mana ada perbicaraan isu Scorpene di Perancis! Siasatan pihak Perancis akan mengambil masa 2 – 3 tahun, mengikut anggaran hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang bertanggungjawab bagi kes ini. Selama siasatan pihak yang terlibat tidak dibenarkan membuat sebarang komen atau boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah. Dan sekiranya, siasatan mendapati hakim memerlukan keterangan dari mana-mana pihak di Malaysia, maka hanya polis Malaysia yang boleh mendapatkan keterangan dari pihak yang berkenaan dengan kehadiran pegawai kehakiman dari Perancis bukannya SUARAM.
 

Jelaslah, apa yang dilakukan oleh SUARAM, iaitu mewar-warkan apa yang dikatakan mereka sebagai ‘bukti’ serta membuat komen, malah kenyataan rasmi terbuka di media, adalah satu bentuk penghinaan yang serius terhadap mahkamah Perancis. Maka, secara rasminya SUARAM boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah sekiranya ada pihak yang membuat aduan terhadap mereka.

Jika kita lihat perkembangan kes ini di Perancis sendiri atau di mana-mana jua, kita akan dapati tiada langsung komen dari pihak DCNS yang dikatakan sama-sama memikul kesalahan jika benar telah terlibat memberi rasuah dalam urusniaga kapal selam dengan Malaysia.

Ini kerana DCNS cukup arif mengenai prosedur undang-undang di negaranya dan mengelak untuk memberi komen, membela diri atau menjelaskan apa-apa mengenai apa-apa jua.

Hanya SUARAM yang menjadi pencacai pembangkang Malaysia yang ke hulu ke hilir menjaja cerita rasuah antara DCNS dengan Malaysia. Kerana pilihanraya semakin hampir dan pembangkang ketandusan isu dan terpalit dengan pelbagai dosa dan kelemahan, itu saja!

Dan kini usaha mengutip derma-derma karung sedang giat dijalankan oleh SUARAM dengan harga tempahan meja makan setinggi RM10,000 ditagih dari mereka yang sanggup menjadi hamba-hamba fuckatan agar SUARAM dapat berjalan-jalan makan angin di kota Paris.

*Kepada pembaca yang mahu artikel mereka disiarkan di blog ini, sila e-mail kepada : mymassa.artikel@gmail.com

1 comments:

Tanpa Nama berkata... 20 Jun 2012 5:30 PTG

Entahlah, siapa yang betul dan siapa yang salah...
Penyokong2 UMngok dan Fuckatan jangan dok sokong sapa2. Nanti bersubahat la pulak...

Catat Ulasan