Rabu, 23 Mei 2012

Hujah Anak Muda Ini Lebih Baik Dari Rafizi Semalam.



Dalam MyMassa tengok-tengok FB, terjumpa pula dengan hujah mantap mengenai PTPTN di sini (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=339680182762577&set=a.125630600834204.19429.100001617946578&type=1&ref=nf).


1. Mansuh PTPTN tak bermakna pendidikan percuma.
2. Kalau nak mansuh PTPTN, itu untuk generasi akan datang. Bagi yang dah pinjam, kena bayar.
3. Kalau yang belum bayar ni tak payah bayar, harap yang dah bayar PTPTN pun kena dikembalikan balik wang mereka, secara penuh, bagi semua yang dah bayr, samada baru bayar separuh, ataupun dah habis bayar.
4. Banyak negara welfare state yang tetap tak bagi percuma tertiary education mereka. Ada yang siap ada 'hidden cost' lagi.

5. Kena tanya persoalan asas: apa matlamat kerajaan Malaysia?
6. Nak tumpu semua rakyat dapat pendidikan sekunder (habis SPM) atau nak bagi pendidikan tertiary percuma?
7. Sebab peratus kadar kemasukan ke IPT per jumlah pelajar yang habis SPM masih rendah, dan masih ada yang tercicir dari menghabiskan pelajaran hingga SPM.
8. Lebih baik tumpu dana tersebut kepada pembinaan sekolah, infrastruktur etc yang berkaitan pendidikan rendah dan menengah, untuk memastikan minimum pendidikan rakyat Malaysia ialah SPM.
9. Sekiranya ingin melaksanakan sistem pendidikan percuma secara total, maka beberapa perkara perlu diperhalusi. Antaranya:

A. Sumber:
1. (Ini tak terhad kepada pendidikan percuma sahaja, tapi untuk benda lain juga.)
2. Kebergantungan kepada sumber petroleum adalah memudaratkan bagi masa panjang.
3. Sebab petroleum akan habis.
4. Perlu ada sumber yang 'konsisten'.
5. Nak taknak kita kena mengikut jejak langkah negara yang beri pendidikan percuma/welfare state: kadar cukai yang tinggi.
6. Dan mengurangkan beban subsidi dari bidang yang lain. Subsidi gula contohnya. Atau bahan api (jana elektrik).
7. Adakah rakyat sanggup bayar cukai lebih untuk masyarakat dan anak-anak? Berkorban individu untuk kemashlahatan majoriti?

B. Halatuju:
1. Persoalan yang lain: Apakah fungsi universiti/pendidikan tertiary bagi kerajaan?
2. Kilang lahir pekerja mahir, pusat penyelidikan atau apa?
3. Sekiranya ingin melahirkan pekerja mahir/separa mahir, maka lebih elok diperkasakan institusi politeknik, institut kemahiran dan yang berkaitan.
4. Menjadikan universiti sebagai kilang pekerja mahir akan menyebabkan konflik hala tuju universiti tersebut (telah dan sedang berlaku).
5. Contohnya konflik antara pusat R&D, gedung ilmu dan tempat lahir pekerja mahir.
6. Contoh, jika hala tuju untuk lahir pekerja mahir, maka bidang-bidang fundamental perlu dikurangkan (bidang-bidang teori contohnya falsafah, fizik kuantum, linguistik etc)
7. Halatuju menentukan relevan atau tidak pendidikan tertiary percuma di negara ini.
8. Kalau halatuju ialah menjadikan majoriti rakyat Malasia ada degree, mungkin relevan.
9. Kalau halatuju nak lahirkan pelajar berkualiti, pengisian yang lebih penting.


Banyak lagilah yang kena diselidiki. Aku taknak benda ni jadi percaturan politik murahan. Hari ni batal, esok buat balik. harini janji, esok tak jadi. Hari ni kata kekal, esok kata taknak pulak. Politik "half-past six" bak kata orang tua.
--------------------

Secara peribadi, aku memilih untuk sokong pendidikan tertiary yang tidak percuma. Namun, yang lebih utamanya sekarang ialah PTPTN perlu mendefinasikan semula maksud 'kos pentadbiran' tersebut. Bagi aku, kalau PTPTN nak kenakan caj upah (konsep ujrah), maka lebih baik gunakan nilai tetap berbanding kadar tetap. Contohnya kena tambah RM300 sebagai caj pentadbiran/caj upah, bukannya guna kadar 1% daripada jumlah keseluruhan pembiayaan, atau 1% daripada jumlah baki semasa. Lebih jelas dan tidak mengelirukan.

Kalau nak guna perkadaran jugak, maka lebih elok ikut kadar inflasi semasa, macam pembiayaan Islam yang lain, bukannya kadar tetap (fix rate) macam pembiayaan konvensional, kalau nak ambil kira kadar inflasilah. Agar nilai yang dipinjam 4 tahun lepas tu sama dengan nilai hari ini (RM3000 sepuluh tahun lepas tak sama kan dengan Rm3000 hari ni). Walaupun mungkin ia akan menimbulkan persoalan tujuan utama PTPTN.

Anak muda pun boleh baca motif sebenar PKR mainkan isu PTPTN. Anda bagaimana?


*Paling aku lawak tengok debat malam semalam, kedua-dua pembahas beria-ia berdebat isu PTPTN. Ironinya, kedua-dua mereka bukan peminjam PTPTN. Kenapa mereka pulak lebih-lebih? Lepas ni SINAR dengan MODERATOR bias semalam kena panggil debat antara dua peminjam PTPTN baru betul. Apa yang MyMassa nampak, ramai juga peminjam PTPTN yang berterima kasih dan tidak kisah pun untuk membayar kembali pinjaman. Bagi mereka, pertolongan yang PTPTN beri semasa mereka memerlukan bantuan tanpa perlu menyusahkan ibu bapa sudah cukup bagi peminjam yang faham erti bersyukur dan berterima kasih.

8 comments:

Tanpa Nama berkata... 24 Mei 2012 7:52 PG

antara kereta beli sendiri dgn kereta dapat percuma.. mana yg lebih dihargai??

sap berkata... 24 Mei 2012 9:41 PG

aku hargai beli kereta sendiri.....setidak tdknye hasil titk peluh aku sendiri....biar pon aku wat loan..bayar ngan gaji aku jgak......manusia mana paling bersyukur......nak free je ker atau keluar hasil sendiri???

Tanpa Nama berkata... 24 Mei 2012 10:09 PG

rakyat malaysia yg berakal.

Tanpa Nama berkata... 25 Mei 2012 11:19 PG

IDEA PEMANSUHAN PTPTN NIE DATANGNYA DARI TEAM YANG BUAT MANIFESTO PEMBANGKANG..HASILNYA HANYA CANTIK PADA KERTAS DAN HANYA UNTUK PANCING UNDI...BANYAK YANG TIDAK DAPAT DITUNAIKAN.DULU BUKAN MAIN LAGI NAK TADBIR NEGARA BILA DAH DAPAT SELANGOR HANCUR JADINYA...CAKAP SENANGLAH

Tanpa Nama berkata... 25 Mei 2012 1:16 PTG

Bukan persoalan permansuhan tapi lebih pada unjuran angka yg keluar dan masuk setiap tahun yg semakin tidak seimbang. Kelulusan baru setiap tahun 10% yg melibatkan >3b. Yang katanya tak bayar hanya melibatkan 3-6% oleh itu yg membayar mewakili 94% peratus tapi unjuran pembayaran menunjukkan angka hanya melibatkan 2b. maknanya defisit 1b walaupun 100% yg bayar dengan minimum RM100. kita dimomokkan setiap tahun penambahan hutang 1b. Bila tambah lagi IPTS untuk accomodate 500-1m student pada 2020, unjuran akan bertambah. Sampai bila hutang nak habis. Persoalannya pada struktur bukan permansuhan. Bayaran minimum RM100 tak cukup. Bayar lebih gaji tak cukup. Secara konsepnya pelajar keluar U hanya nak cari kerja dan makan gaji. Student Malaysia tidak terdedah untuk diberi peluang perniagaan selepas graduate tidak seperti di US, Norway dan negara yg mempunyai jumlah universiti yg banyak. Student zimbabwe belajar kat malaysia lepas grad jadi towkey kat malaysia..huhuhu.. Sektor industri di Malaysia masih dipelopori oleh FDI. Mana pergi engineering student melayu kat malaysia ni pergi?? beribu thesis/ research dipatenkan tapi masuk archive for student reference konon (bodoss). Lepas tu bila orang luar buat baru nak terhegeh-hegeh nak JV(dah lambat). Belajar pandai2 sampai PHD tapi jadi pensyarah(penuh teori) sbb tu malaysia ramai orang pandai tapi tak leh maju sbb kita nak buat kerja yg mudah aje. Mentality kerajaan perlu diubah supaya post graduate diberi grant untuk membuka perniagaan dan memberi peluang pekerjaan kepada mereka yg tak belajar masuk U. Mereka yg berjaya di minta membayar 100% dan menyumbang sebahagian keuntungan syarikat dalam PTPTN. Mekanisma ini yg perlu dihujah dan difikirkan. p/s bodos...ada kaum aku ni anak grad CGPA 2.3 busines admin boleh dapat jadi ADO..harkkptuiii...kroni punya hal belajar bodoh pun boleh pegang jawatan besar, lepas tu korup. Mana pergi best student yg lain?? huh kalau semua nak jadi pensyarah, siapa nak pacu ekonomi...50b bayar gov servant..what a waste..

Tanpa Nama berkata... 25 Mei 2012 3:43 PTG

kalau orang nak bagi percuma apa salahnya...dari duit tu di bazir ke rasuah..

Tanpa Nama berkata... 25 Mei 2012 6:48 PTG

amboi senang cakap...."kalau orang nak bagi percuma apa salahnya...dari duit tu di bazir ke rasuah.."....pembangkang pun ada amik rasuah....nk cerita apa....tengok aja kat selangor...isu pasir dll...semua libat rasuah.....

sap berkata... 28 Mei 2012 2:14 PTG

Tanpa Nama says:
25 Mei 2012 1:16 PTG
..................spinnn...jgn x spinnnn......

Catat Ulasan