Khamis, 31 Mei 2012

Agak-agak Pembaca, Apa Alasan Anwar Ibrahim Bila Tengok Gambar Ini?

Ranking Malaysia naik lagi.

http://www.imd.org/research/publications/wcy/upload/scoreboard.pdf


Kini di tangga ke-14 dalam negara-negara yang mempunyai ekonomi yang kompetitif.

Inilah kejayaan transformasi ekonomi YAB PM, DS Najib Tun Razak.

Dalam keadaan ekonomi dunia yang tak menentu, Malaysia masih lagi berjaya kekalkan ekonominya di tahap yang terbaik.

Indikatornya mudah. Cubalah pembaca pergi ke pasar raya. Anda akan lihat pasar raya penuh dengan rakyat yang mempunyai kuasa membeli. Sampaikan nak bayar pun kena beratur panjang. Begitu juga dengan kedai makan. Kedai makan masih lagi penuh dengan pelanggan. Sampaikan nak cari meja kosong pun susah.

Bila rakyat masih lagi boleh berbelanja besar dan makan di luar, ertinya Kerajaan Barisan Nasional berjaya menjaga rakyatnya dengan baik. Bandingkan keadaan ini dengan semasa Anwar Ibrahim menjadi menteri kewangan ketika krisis ekonomi? Faedah bank ditingkatkan sehingga ramai yang muflis kecuali Azmin Ali dan kroni-kroni Anwar Ibrahim yang masih banyak simpanan tetap ketika itu.

Keadaannya tetap sama. Sekarang pun dunia masih lagi dilanda krisis ekonomi. Negara Eropah pun masih lagi bergelut dengan krisis ini. Tetapi Malaysia berjaya mengharunginya dengan baik setakat ini.

Mungkin anak muda ketika ini tidak merasakan keperitan hidup semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan ketika krisis ekonomi. Sebab itu bila Anwar Ibrahim bohong, ramainya yang percaya. Kalau ikut Anwar Ibrahim mudah sahaja. Bila kita menghadapi krisis, kita pinjam dengan IMF. Dan itulah sebabnya kenapa Anwar marah sangat bila Kerajaan gunakan sumber dalaman seperti KWSP untuk bangunkan negara kerana 'along-along' luar negara seperti IMF tak boleh bagi hutang kepada Malaysia.

Terima kasih kepada kepimpinan YAB PM dengan Najibconomicnya yang terbukti berkesan. Kepada Anwar Ibrahim. Anda boleh menipu penyokong kamu yang bodoh dan tak matang, tetapi bukan kepada MyMassa dan pembaca blog ini yang lebih kenal siapa Anwar Ibrahim dan apa prestasinya sebagai menteri kewangan.



*Nak tahu beza DS Najib dengan Anwar Ibrahim, sila lihat gambar di bawah. DS Najib buat kerja, Anwar Ibrahim hanya pandai cakap.


6 comments:

Adi Kencana berkata... 31 Mei 2012 10:32 PG

Tahniah PM!!

HOT! BUKTI NURUL IZZAH SENGAJA CETUS KEKACAUAN DI PANTAI PERMAI! Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata... 31 Mei 2012 10:48 PG

Kalau masih buta dan tuli jugak tak tahulah,semoga Allah s.w.t melindungi malaysia dr keinginan jahat anwar dan kunco2 nya

Tanpa Nama berkata... 31 Mei 2012 11:20 PG

Di bawah malaysia bukan calang2 orang, UK, australia waima musuh ketat kita (Israel) pun dok kat bawah... mcm mana tu? panas punggung si nuar berahim ni psl kwn2 dia kurang perform... haha

Tanpa Nama berkata... 31 Mei 2012 12:11 PTG

PErform mulut dgn yang lain je cekap kunco kunco Anuwar Gay...ahahah

Tanpa Nama berkata... 31 Mei 2012 1:18 PTG

x tahu lah nak cakap macam mana lagi...ramai lagi yg x nampak kemungkaran pakatan rakyat nie....

Tanpa Nama berkata... 1 Jun 2012 10:59 PG

Kalau ada bukti2 Malaysia macam ni - banyak duit, tiap2 tahun kenalah bagi : BR1M - RM500, bantuan sekolah RM200 setiap pelajar, bantuan bekas pejuang kemerdekaan/balu - RM3,000 seorang, bantuan rumah rakyat RM45,000 semua keluarga miskin, peneroka Felda RM5,000 satu keluarga.
Lagipun Petronas untung RM150 billion - jangan kasi minyak petrol naik - kena turun harga, jangan taja RM600 juta setahun Formula 1 Grand Prix - membazir duit, lebih baik duit tu diguna untuk bantuan macam diatas tu, baru betul...

Catat Ulasan