Ahad, 4 Mac 2012

Syabas Datuk Raja Nong Chik!

Sumber : Harian Metro

Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Datuk Raja Nong Chik dalam menjalankan tugas dapat dilihat oleh warga Bandaraya Kuala Lumpur.

Ertinya YAB PM telah melakukan satu tindakan yang bijak apabila meletakkan 'orang yang betul di tempat yang betul' untuk menerajui satu kementerian.

Syabas YAB PM dan YB Menteri Wilayah Persekutuan. Lebih banyak walkabout diperlukan untuk menunjukkan mendekati rakyat jelata.

Jangan lupa peristiwa yang berlaku semasa PRU 2008. Nurul Izzah berkempen dalam LRT manakala lawannya dari UMNO masih gunakan pendekatan pentas ceramah atau majlis besar-besaran untuk jumpa rakyat. Mana lebih berkesan? Keputusan pilihan raya telah memberi jawapan.

*Semoga kesungguhan menteri ini dapat membantu UMNO untuk merampas semula kerusi di Wilayah Persekutuan yang terlepas pada PRU 2008.

0 comments:

Catat Ulasan