Antara Mitos Gaji Minimum dan Realiti Peningkatan Pendapatan Per Kapita melalui Plan Transformasi Ekonomi
Dr.Mahathir hari ini dalam 'entry' terbaru blog menyatakan bahawa pelaksanaan gaji minimum mungkin boleh menjadikan Malaysia muflis. Antara 'point' paling penting Dr.Mahathir ialah apabila gaji atau pampasan bekerja tidak diikuti dengan pertambahaan produktiviti. Portal Malaysiakini seperti biasa cuba 'spin' tajuk dengan menulis "Dr.M : Kenaikan gaji mungkin mufliskan Malaysia" . Sebenarnya kenaikan gaji dan perlaksanaan gaji minimum adalah dua perkara yang berbeza .Kenaikan gaji berlaku selari dengan pertambahan produktiviti , perlaksanaan gaji minimum pula tiada kaitan dengan produktiviti.
Sebenarnya, aku setuju dengan pandangan Dr.Mahathir , malah pandangan ni sepatutnya amat mudah difahami bagi orang2 kebanyakkan, iaitu gaji yang diterima (input) berkadar dengan pengeluaran (produktiviti).
Contoh mudah , katakan seorang pekerja kilang dibayar RM30 untuk menyiapkan 5 bungkusan produk sehari, sekiranya kurang atau lebih dari itu, pekerja akan dibayar RM6 untuk setiap bungkusan yang dibuat . Sebaliknya,sekiranya gaji minimum dilaksana, katakan kilang dikehendaki membayar minimum RM60 sehari kepada pekerja tanpa mengambilkira bilangan produk yang dapat dibungkus. Hal sebegini secara tidak langsung akan menjejaskan produktiviti pekerja kerana mereka tahu mereka akan tetap dibayar RM60 sehari tanpa mengambilkira bilang produk yang dibungkus ! Kesannya kepada syarikat ialah mereka terpaksa menanggung kos tetap (gaji minimum pekerja) tetapi pada masa yang sama terpaksa menanggung kerugian apabila produktiviti berkurangan.
Baca seterusnya di sini (http://bidaman.blogspot.com/2012/03/perlaksanaan-gaji-minimum-adalah-mitos.html).
MyMassa pernah letakkan artikel dari pembaca yang mengulas isu yang sama iaitu transformasi vs reformasi di sini (http://mymassa.blogspot.com/2012/03/artikel-mantap-buku-jingga-not-all.html).
*MyMassa rasa tema serangan blog pro Kerajaan perlu menekankan perbezaan antara transformasi yang dibawa oleh YAB PM dengan reformasi Anwar Ibrahim.




0 comments:
Catat Ulasan