Rabu, 14 Mac 2012

MINTA MAAF SEMUA. DOKUMEN SULIT INI TERPAKSA DIDEDAHKAN UNTUK JAWAB FITNAH @anwaribrahim

Dokumen yang MyMassa dedahkan ini ada kaitan dengan antara persatuan mempunyai ahli yang paling banyak di Malaysia.

Dokumen ini bukan nak salahkan persatuan ini. Tetapi dokumen ini adalah untuk menjawab fitnah Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin pembangkang dalam dewan rakyat semalam.
SBPA: NAJIB NAFI TAK BINCANG DENGAN CUEPACS

Sinar Harian
13 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan Cuepacs dalam merangka Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perdana Menteri memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa kerajaan telah mengadakan forum perbincangan bersama Cuepacs dan wakil persatuan itu melalui tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang bersidang sekurang-kurangnya tiga kali setahun.

"Mesyuarat tidak berkala lain juga diadakan antara pegawai tertinggi kerajaan dengan ahli Majlis Tertinggi Cuepacs. Kerajaan juga menerima memorandum daripada Cuepacs dengan tuntutan tertentu yang telah dikaji dan diambil kira dalam penggubalan SBPA.

"Sepanjang 2011, sebanyak 13 mesyuarat utama bersama Cuepacs diadakan merangkumi mesyuarat dengan MBK, taklimat pada Ahli Majlis Tertinggi Cuepacs dan siri perjumpaan bersama Cuepacs yang membawa kepada termeterainya memorandum persefahaman mengenai pelaksanaan SBPA antara Jabatan Perkhidmatan Awam dan Cuepacs yang ditandatangani pada 28 Dis 2011," katanya pada sesi soal jawab.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang ingin tahu mengapa kerajaan tidak memanggil Cuepacs untuk berbincang mengenai pelaksanaan SBPA dan pendirian kerajaan terhadap tuntutan-tuntutan Cuepacs.

Sesi soal jawab kemudian bertukar kecoh apabila Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) mengemukakan soalan tambahan mengenai status 36 pegawai dalam Kumpulan Primier yang telah menerima ganjaran gaji dan pencen mengikut SBPA sejak 1 Januari
lepas.

Menjawab soalan itu, Perdana Menteri berkata: "Nampaknya ahli yang berhormat berkenaan nak jadi juara kepada 36 orang ini. Kerajaan kita nak jadi juara kepada 1.4 juta penjawat awam."

Jawapan itu menyebabkan Mahfuz dan beberapa anggota pembangkang lain termasuk Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) tidak berpuas hati.

Ini buktinya yang MyMassa nak dedahkan.



Cuepacs sendiri telah dibawa berbincang selama lebih setahun sebelum SBPA diumumkan oleh YAB PM.

Memorandum di atas akan menjadi bukti bahawa CUEPACS yang mewakili penjawat awam bersetuju dengan SBPA serta pindaan-pindaan yang telah dibuat ke atas skim tersebut.

Jadi kepada pembaca MyMassa dan rakan blogger, gunakan bukti ini untuk menjawab fitnah pembangkang bahawa Kerajaan meninggalkan CUEPACS dalam SBPA.

*Sebar-sebarkan. Salah seorang pembangkang yang cuba nak fitnah PM pasal SBPA dalam Dewan Rakyat semalam adalah Mahfuz Omar. Mari kita tengok video siapa Mahfuz sebenarnya.

29 comments:

RH berkata... 14 Mac 2012 4:35 PTG

Apa yg dia orang nak ialah, setiap perbincangan Kerajaan Malaysia hendaklah dihadiri oleh orang PKR. Itulah yg dia orang nak... Bukannya nak jadi hero sangat, tapi mereka hendak memalukan PM & konco2nya di Dewan. Mereka bukannya ada idea yg bernas, idea mereka adalah menghentam dan melanyak kerajaan. Sungguh memalukan kerana mempunyai para pembangkang seperti ini.

Tanpa Nama berkata... 14 Mac 2012 5:35 PTG

Kalo cuepecs pon involved dlm sbpa kenapa boleh jd isu..ke cuepecs ni pakat sign je? Atau wakil yg involve dlm sbpa tak amik perhatian time discussion

Tanpa Nama berkata... 14 Mac 2012 6:02 PTG

apa ni spin baik punya..sebelum ni cuepacs cakap tak bincang dengan diorang..

Tanpa Nama berkata... 14 Mac 2012 7:30 PTG

wakil cuepecs tido masa sesi penerangan kot ye lah mesyuarat panjang sangat, sudah sengar gaji naik je terus sain, lepas tu bila keluar jadual baru bising-bising.

tak pun JPA terangkan yang lain lepas tu keluar jadual yang lain, PM cakap 13% depa lantak 50% ha ha ha.

Tanpa Nama berkata... 14 Mac 2012 8:21 PTG

kalo dah bincang takkan masih der isu....Cuepacs pun sama je..

Tanpa Nama berkata... 14 Mac 2012 8:32 PTG

salam wahai tuan tanah. mana bukti cuepacs dah bincang dgn gov lebih setahun? kan dalam memorandum tum bertarikh 28 disember 2011. sedangkan kppa buat kenyataan umum pada 8 disember 2011. maksudnye memorandum ni dibuat 3 minggu selepas sbpa diumumkan oleh kppa, selepas mendapat bantahan daripada PA. dan kalau pun sebelum itu lagi cuepacs dah berbincang dgn PM, maksudnye cuepacs adalah penipu yang paling hebat.......

daripada kenyataan akhbar di atas, rasanya itu bukan fitnah, sebaliknya satu soalan.

Tanpa Nama berkata... 14 Mac 2012 9:21 PTG

SBPA nk dilaksana sebelum ni kecoh ckp x sesuai le mcm mcm la.. bila dh batal kata juga.. pelik manusia hari ini.. nk puas hati mcmne lagi le agaknya..

Tanpa Nama berkata... 14 Mac 2012 11:11 PTG

mmg la sain tarikh 28.12.2011... tp ayat sebelum tu "sepanjang 2011 sudah 13 mesyuarat utama".... jd nie yg kelirukan kami skarg....

Tanpa Nama berkata... 14 Mac 2012 11:59 PTG

Bila SBPA mula dicanangkan?. Bila CUEPACS sign? Rasanya dah umum SBPA, CUEPACS tak puas hati, lepas tu baharu bincang dan bersetuju dengan syarat skim gaji dibincang.

Tanpa Nama berkata... 15 Mac 2012 11:04 PG

cuepacs mula2 kata tak tahu, then marah2 kata org JPA x bincang dgn diorg time buat SBPA, pastu kuar plak black n white mcmni, ape ni dei, igt rakyat bodoh ka

kepada yg kaki angguk je, buat SBPA pon ok, da batal pon ok, andalah keldai yg sebenar

Tanpa Nama berkata... 15 Mac 2012 11:05 PG

bodoh betul hasan ali ni.nampak sangat anjing umno.

Tanpa Nama berkata... 16 Mac 2012 2:44 PG

sign lepas timbul isu kot, utk tutup salah kerajaan....
sorry to say

Tanpa Nama berkata... 16 Mac 2012 8:34 PG

Faham dulu kronologi pemasalahan ini. MOU ini dibuat (tandatangani) setelah CUEPACS membuat bantahan selepas perhimpunan di CIDB dimana CUEPACS baru dapat maklumat mengenai Lampiran C yang tidak dikeluarkan bersama Pekeliling mengenai SBPA. Pertikaian yang diperkatakan itu adalah semasa merangka SBPA itu CUEPACS tidak diajak berunding sehinggalah pelancaran SBPA di buat di mana CUEPACS langsung tidak mengetahui kandungan SBPA itu.

MOU INI DIBUAT SELEPAS PEKELILING SBPA DIKELUARKAN. ISU YG DIBANGKITKAN ITU ADALAH SEMASA MERANGKA SBPA ITU YG LANGSUNG TIDAK MELIBATKAN CUEPACS... PERLU FAHAM KEDUDUKAN SEBELUM MEMBERI KOMEN YG MENGELIRUKAN.

Tanpa Nama berkata... 16 Mac 2012 10:23 PG

salam 1Malaysia... maaf tapi saya rasa Mymassa yang tgh spin maklumat bukan pembangkang... kalau ye pon nak sokong kerajaan sokonglah secara berhemah... jangan jadi seperti pembangkang...

Tanpa Nama berkata... 16 Mac 2012 10:28 PG

lain kali bila nak tandatangan tulis tarikh takut lah tu yang betul ke ayang ciplak

Tanpa Nama berkata... 16 Mac 2012 2:55 PTG

tanye jerr pegawai yg. sign memo tu.... yes or no telah ada perbincangan..hasilnye apa...

Tanpa Nama berkata... 16 Mac 2012 3:36 PTG

Dlm konteks ni, CUEPACS - pekerja, kerajaan - majikan.

Kalau x suka dengan majikan anda, anda bleh berhenti.

Ramai lagi yg di luar nk kerja dgn Kerajaan.

Nk lagi best, kerja la dgn Kerajaan Negeri pembangkang yg kononnya berkebajikan tu.

Isu dh selesai pun pembangkang masih nk ungkit. TQ MyMassa coz matikan hujah DSAI. Yg x puas ati kat sini cybertrooper pembangkang kot.

Tanpa Nama berkata... 16 Mac 2012 4:32 PTG

orang yg publish nie punya bodoh mcm lembu NFC...sah2 ler MOU nie di buat selepas mendapat bantahan dari PA dan Qpax...tgk tarikh pun 28 Dis 2011....bodoh punya laman blog....nak jadi balaci pun agak2 la....jgn sampai kantoikan diri sendiri....BANGANG TAHAP DEWA!!

Tanpa Nama berkata... 16 Mac 2012 4:36 PTG

Anjing pembangkang dh menyalak demi pertahankan DSAI.
Anjing kurap ke ni?

Document Analyst berkata... 17 Mac 2012 1:29 PTG

ermmmm.... data dan dokumen yang dikemukakan amat meragukan dari segi keseragaman dan saiz Font seolah2 teknik potong dan tampal digunakan. Saya berpandangan demikian kerana font yang digunakan pada mukasurat pertama dan terakhir adalah sama.... Manakala yang diantaranya.... adalah seragam dan ditampal kemudiannya. Jika dokumen ini pada asalnya ditaip dalam satu fail atau dokumen yang sama, sudah pasti lenggok keseragamannya juga adalah sama.... Penggunaan Font Arial dan Arial black yang diboldkan juga menimbulkan keraguan.... Sepatutnya, jika dokumen ini dikeluarkan dalam format word doc., ianya perlu diconvertkan segera kepada format pdf. Sebaliknya, document ini (dari segi outlook) kelihatan discan.... Sekian

Tanpa Nama berkata... 17 Mac 2012 3:49 PTG

Nak tau meragukan ke tak, tanya Presiden CUEPACS. Dia sign ke tak. Kalau dokumen ni palsu, dah lama kena saman dengan CUEPACS.

Tanpa Nama berkata... 17 Mac 2012 7:16 PTG

memang betul gov babitkan cuepacs...sebab itu sbpa ini dikatakan hanya gimik politik!!!endingnya dah dibagitahu dulu..org yg terlibat sedia maklum tentang endingnya ni..kalo benar dah dimeterai oleh cuepacs,knp masih lagi hendak bertolak ansur??Cuepacs hanya dijadikan sebagai kambing hitam..kita yg 1.4juta ni pula,diperkudakan oleh cuepacs&JPA...so,Xkan nak berkerut dahi mikir lagi??jawapanya dh jelas ader..

Tanpa Nama berkata... 19 Mac 2012 12:06 PTG

tgk tarikh mou tu la sikit...benda tu kena sign lagi awal dari tu...nmpk sgt la surat tu kluar kemudian selepas jd huru hara...

Tanpa Nama berkata... 19 Mac 2012 5:08 PTG

weh...Kerja.... kerja.... kerja....

Tanpa Nama berkata... 20 Mac 2012 11:33 PTG

SBPA adalah satu cerita yang sudah terancang dgn penuh teliti
dulu tergesa2 suruh k. awam sign, bila cuepacs dah susun bagus2 batal pulak. pakai lagi ssm.inilah politik org bn/umno.
lu pikirlah sendiri
hasan ali ,ape yang manusia nie merepek.meremang bulu tengkok dengar dia nie ceramah.otak sudah mereng agaknya , lama tak keluar tv kok. dulu media masa ben ini manusia , ini sudah glamour puluk.
adoi hasan ali

Tanpa Nama berkata... 21 Mac 2012 12:11 PG

Bangang kes JPA dgn CUEPACS pun nak tuduh politik UMNO. Bangang punya cacai pembangkang.

Tanpa Nama berkata... 21 Mac 2012 8:30 PTG

Mana tidaknya bro, yang buat keputusan tu siapa , anuar , nik azis atau l gua eng.pakai otatlah bonggo.inilah salah satu melayu bonggo.
ko tahu tak berapa jauh jarak gaji penjawat awam.

Tanpa Nama berkata... 21 Mac 2012 11:31 PTG

Yang menyedihkan nampak mcm kecuaian.. Takkan paper cadangan SBPA tidak melalui kabinet??? Selalunya paper yang melalui kabinet, lulus sekarang, 6 bulan baru publish... Hmm... Sape ek kat kabinet??? Takkan lepas PA komplen baru nk fikir.. Kenape time perancangan tak fikir kebajikan PA.. Sedih gak le..

Sekarang ni, PA dah xmcm dulu, keje mcm private, malah lagi baik dari private... Tgk wat passport, 2jam paling lame.. Wat geran keta baru, tak sampai 5minit... Renew roadtax siap leh online.. Dah lagi dahsyat dari private.. Urusan tanah pun 1hari je.. Hmm..

Kalu private, wat loan umah mau seminggu or 2minggu, tapi daftar kat Pej Tanah, sehari je..

Beli keta mau 2 bulan, tunggu stok, kalu daftar kat JPJ 5min je..

Gile2 punyer efisyen... Kalu kat Proton bonus berbulan2 gaji, tp PA kat JPJ dapat setengah bulan gaji jer...

Kesian ler kat PA.. Jgn le amik mudah ttg kami.. Tak semua yg gagal performed, yg berjaya performed dapat ape??? Dpt Anugerah Perkhidmatan Cemerlang??? Dapat sijil n RM1000??? Tahun depan bagi kat org lain plak, ikut giliran..

Sedih sgt... Kalu bukan niat nak berbakti kt rakyat, dah lama kami2 PA lari keje private.. Private mane yg xmau kami yg dah mahir selok belok keje kerajaan..

Sekolah Memandu mane yg xmo ex-JPJ keje ngan dia... Agensi Pekerjaan mane yg xmo ex-Imigresen.. Lawyer firm mane yg xmo ex-Pej Tanah???

Hargailah kami... "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"???

Tanpa Nama berkata... 22 Mac 2012 11:02 PG

apa lah bongok sangat...kot nak membela siasat lah betul2..jgn sampai nk mengampu...apa pun BN bakal tumbang dlm PRU-13..cuba tgk tarikh betul2...memorandum berkenaan bertarikh 28 Disember 2011..iaitu selepas SBPA (Bajet) diumumkan..bermakna SBPA dirangka terlebih dahulu..baru pgl cuepacs...bkn dirangka secara bersama..yg CUEPACS perjuangkan adalah SBPA itu perlu dirangka bersama JPA...bkn dh siap baru pgl cuepacs...apa lah BENGAP sangat..ssh sgt nk paham..

Catat Ulasan