| Sumber : Berita Harian. |
Bagi MyMassa, ianya adalah petanda peningkatan pendapatan individu dan syarikat.
Peningkatan ini dijana oleh persekitaran perniagaan yang kondusif serta pengurusan yang cekap mengatasi ketirisan.
Ia juga menggambarkan program Transformasi Kerajaan di bawah pentadbiran YAB PM bukanlah satu omongan kosong tetapi satu ilitizam yang telah pun dijelmakan dalam bentuk tindakan. Buktinya, RM109bilion berjaya dikutip. Peningkatan 27% berbanding tahun lalu.
Adakah reformasi yang dianjurkan oleh pembangkang boleh menghasilkan keputusan yang sama? Lihatlah mana-mana negara yang telah dilanda reformasi seperti Mesir dan Libya, adakah ekonomi mereka makin kukuh atau sebaliknya?
Tahniah YAB PM di atas kejayaan ini. Terukan dengan Najibconomics anda yang telah memacu negara setapak menghampiri Wawasan 2020.
*27% belum dikira dari peniaga-peniaga dan cukong yang sentiasa mencari jalan untuk lari dari cukai. Faham-fahamlah mereka ini dari mana asalnya.



0 comments:
Catat Ulasan