MB nasihat Badrolamin cuti satu bulan
26 Februari 2012
SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrolamin Bahron bercuti sebulan sehingga siasatan dakwaan khalwat beliau selesai.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, Abdul Khalid melalui e-mel telah menyampaikan cadangan tersebut agar Badrolamin dapat menumpukan perhatian kepada kes tersebut.
“Menteri Besar kini berada di Pahang, hanya berhubung dengan saya melalui e-mel, beliau memaklumkan kepada saya agar Dr Badrolamin mengambil cuti sebulan sementara beliau dapat mengendalikan kes ini dengan baik.
“Kita akan bincang Isnin ini (esok) bila beliau akan mula bercuti. Pejabat Menteri Besar akan membuat satu mesyuarat ringkas untuk bincangkannya tetapi kita akan minta beliau bercuti selama sebulan,” katanya.
Faekah berkata, Kerajaan Negeri menyerahkan kepada pihak berkuasa menyiasat kes tersebut secara adil kerana bukan sahaja melibatkan pentadbiran cekap, tetapi juga melibatkan maruah individu.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga meminta Badrolamin memberikan sepenuhnya kerjasama kepada Jabatan Agama Islam Pahang bagi membersihkan nama beliau.
“Kita perlu berhati-hati dalam kes sebegini, kalau maruah seseorang tentu ia melibatkan keluarga, anak-anak dan masa depan mereka. Sebab itu Kerajaan Negeri memberikan kelapangan kepada beliau,” katanya.
Dalam pada itu katanya, masih terlalu awal untuk Kerajaan Negeri membuat telahan berhubung isu ini kerana ia masih baru, malah Badrolamin mendakwa ketika beliau ditangkap, wanita berkenaan tiada dalam bilik tersebut.
“Perkara itu berlaku di Pahang, ia di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor untuk campur tangan secara dekat.
“Kalau berlaku di Selangor, paling tidak kita boleh bertanya kepada beliau apakah SOP yang dilakukan pada kejadian tersebut. Tetapi (ia berlaku) di Pahang walaupun ia melibatkan kakitangan awam Kerajaan Negeri,” katanya.
Beliau juga difahamkan, sepanjang Badrolamin bercuti kelak, portfolionya akan dipegang Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Arfa’eza Abdul Aziz.
Semalam, Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz mengesahkan seorang pemimpin PKR Selangor ditangkap kerana dipercayai berdua-duaan bersama wanita berstatus isteri orang dalam sebuah bilik hotel di Balok, Pahang kira-kira jam 3 pagi.
Beliau yang enggan mengulas lanjut kerana masih menjalankan siasatan mengenai perkara tersebut.
Pemimpin berkenaan dikatakan berada di hotel itu untuk satu pertemuan bersama pemimpin PKR lain selama tiga hari berakhir hari ini.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/mb-nasihat-badrolamin-cuti-satu-bulan-1.27235
Inilah beza UMNO dan PKR.
Bila ada pemimpin PKR yang bermasalah, tindakan pantas yang diambil untuk meredakan isu adalah dengan memberi cuti kepada pemimpin tersebut.
Dalam masa yang sama, PKR akan cuba divert isu ini dengan isu yang lain.
Beza dengan UMNO yang cuba menegakkan benang yang basah terlebih dahulu. MyMassa ambil contoh isu NFC. Oleh kerana pemimpin yang berkenaan lambat untuk bercuti sehingga menyebabkan pembangkang sempat membongkar dokumen NFC terlebih dahulu, maka damage yang telah berlaku agak besar dan damage control yang perlu dilakukan agak banyak.
MyMassa percaya pembangkang mungkin boleh menang persepsi kes ini seperti berlaku dalam kes Elizabeth Wong. Eli Wong juga turut diberikan cuti sebaik sahaja kesnya tidak dapat ditutup lagi.
Mungkin UMNO boleh belajar pengurusan persepsi ala PKR. Walaupun dalam dunia, tiada pemimpin yang mempunyai skandal boleh terlepas dari kecaman rakyat, tetapi PKR berjaya melakukannya sebanyak 2 kali iaitu dalam kes Elizabeth Wong dan Anwar Ibrahim.
Untuk menyemarakkan kes ini, MyMassa telah sediakan poster ini. Diharap sesiapa yang berminat boleh sebarkan poster ini seluas yang boleh (termasuk melalui facebook dan twitter).
*Sebar-sebarkan.




“Perkara itu berlaku di Pahang, ia di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor untuk campur tangan secara dekat.
“Kalau berlaku di Selangor, paling tidak kita boleh bertanya kepada beliau apakah SOP yang dilakukan pada kejadian tersebut. Tetapi (ia berlaku) di Pahang walaupun ia melibatkan kakitangan awam Kerajaan Negeri,” katanya.
APA LAH PUNYA BODO JAWAPAN SI GAGAP NI...APA KAU INGAT KALAU BELAKU KAT SELANGOR DALAM NEGERI KAU PERINTAH KES NI BOLEH SENYAP BEGITU SAJA KER.ATAU SIMPAN BERBULAN SAMPAI SEJUK MACAM KES MURTAD DUMC GEREJA TU?..ATAU SI GAGAP NI BOLEH SURUH JAIS PADAM FAIL KES SETELAH KO JADI EXCO AGAMA???.. LAIN KALI KO FAHAM LAA SIKIT NI UNDANG2 SYARIAH TAK KIRA MANA TEMPAT PUN KALAU DAH BUAT KENA TANGGUNG LAA...