Sebenarnya apa-apa sahaja yang diuruskan PAS pasti akan menemui kegagalan. Igauan buruk penyokong The Red Warriors masih lagi segar ketika pasukan mereka diuruskan oleh PAS. Sudahlah bermain hanya di Liga amatur, malah dicemari pula masalah disiplin para pemain yang gemar bergaduh di atas padang.
Kini tempias itu mula menjangkiti pasukan Kedah pula. Mereka kalah kesemua lima perlawanan dan hanya mampu menjaringkan satu gol.
Penyokong Hijau Kuning sememangnya tidak dapat menerima senario ini. Manakan tidak, hanya beberapa tahun lepas Kedah menggondol kejuaraan berganda dalam tahun yang berturut-turut. Ketika itu Kedah masih di bawah UMNO-BN dan diuruskan oleh pemimpin UMNO-BN.
Ketika ini bukan setakat Kedah yang bermasalah, malahan Penang dan Selangor juga berhadapan dengan situasi yang serupa. Jikalau pasukan bolasepak negeri pun gagal diurus dengan cemerlang, rakyat tidak usah haraplah akan dapat yang terbaik daripada fuckatan!
Sepatutnya, Ultras Hijau Kuning ini bukan setakat memboikot stadium Darulaman, bahkan mereka sepatutnya fokus kepada punca masalah sebenar kenapa Kedah berhadapan dengan prestasi seburuk ini. Mereka tidak boleh mengenepikan fakta bahawa hanya BN yang mampu menyelamatkan Kedah kini.
Jadi, jikalau penyokong Hijau Kuning sayangkan pasukan mereka mahukan era kegemilangan Kedah kembali, maka kembalikanlah juga BN ke tampuk kuasa negeri!



Amat setuju. Pasukan kelantan diterajui oleh tan sri anuar musa - BN. Mereka terus gagah. Memang pakatan rakyat merugikan duit rakyat, taktau buat kerj satu abok pun, yg tau buat ceramah.GTH !