Rabu, 8 Februari 2012

Selepas Hasan Ali, giliran Mazlan Aliman kena tikam belakang!




Selamba sahaja PAS umumkan calon MB mereka hari ini. Sudahlah begitu, yang terbaik boleh ditawarkan kepada orang Johor pula hanyalah Salahuddin Ayub, seorang pemimpin PAS yang tidak pernah ada telor untuk bertanding di negerinya sendiri sebelum ini. Alih-alih balik hendak jadi MB terus.

Kami pasti pengumuman mengejut PAS ini bukan sahaja membuatkan TUAN DAP mereka melenting, bahkan akan turut menyebabkan beberapa pemimpin PAS tempatan kecewa. Inilah wajah sebenar PAS, Mazlan Aliman yang mati kering buat DOSA, Salahuddin pula yang dapat jadi MB. Sebab itu, Hassan Ali kata PAS banyak parasit. 

Lagi satu, takkanlah PAS hendak humban Chua Jui Meng ke Sungai Muar? Sudahlah PKR berhabis berjuta RM sebelum ini berkempen ke seluruh negeri menjaja nama pengkhianat seorang ini sebagai MB pertama bukan Melayu Johor. Toleransi kaumlah kononnya.

Dan akhir sekali, apa untungnya orang Johor kalau si Salahuddin ini diangkat sebagai MB? Kalau selama ini menang bertanding pun di kerusi-kerusi yang orang kata letak selipar jepun pun, PAS boleh menang. Sudahlah begitu, besar sangatkah jasa beliau sebagai wakil rakyat sehingga layak untuk dinobatkan sebagai calon MB?!! 

Dan layakkah PAS mengangkat calon mereka sebagai MB jikalau calon kafir yang mendominasi fuckatan?!!



3 comments:

  • Melayu Atas Pagar says:
    8 Februari 2012 12:14 PTG

    YUP ... MANTAP ANALISIS LU! CAH KETING SEMAKIN KUAT BERGENTAYANGAN DALAM PAS.

  • Tanpa Nama says:
    8 Februari 2012 6:49 PTG

    Aduhai semua Pengundi JOHOR. Dengan ingatan tulus ikhlas, walau apapun alasan, tolong jangan rusakkan negara dan masa depan orang Melayu dengan mengundi Pakatan Rakyat..tolonglah, please.

    PAS yang ada hari ini telah jauh menyimpang dari jalan yang selama ini tersasar. Mengundi PAS umpama menikam diri sendiri dalam keadaan tanpa sedar. PAS TIDAK LEBIH DARI SEKADAR ALAT SEMATA-MATA.

    SAYA TIDAK KATA BN BAGUS DAN SEMPURNA TETAPI PAKATAN RAKYAT PEMBAWA BENCANA, NAUZUBILLAH. WALLAHUAKLAM DAN WASSALAM.

  • Tanpa Nama says:
    9 Februari 2012 5:58 PTG

    Tapi bagusnya orang Johor ni, lps aje abis PRU tak de laa gado berpanjangan antara UMNO dan PAS. Umpama carik-carik bulu ayam jer.

    Sebenarnya memang bahaya jika pangkah PAS atau PKR ni walaupun letak calon Melayu. Sebab apa-apa pun mesti dpt kebenaran dari DAP dulu. Pantang terbatuk sikit DAP ni, semua telo melayu PAS dan PKR termasuk ke dalam... ha ha ha jaga-jaga orang Johor.

Catat Ulasan