NFC adalah lubuk serangan pembangkang terhadap Kerajaan.
Hasil perancangan serangan propaganda pembangkang, mereka berjaya menghasilkan satu serangan yang begitu padu dan jitu.
Kunci kejayaan serangan pembangkang adalah kerana mereka menguasai maklumat.
Penjual maklumat yang pernah bekerja dengan NFC menjual informasi yang begitu terperinci.
Sepatutnya yang menjawab isu ini adalah orang mempunyai maklumat yang lebih banyak daripada penjual maklumat tersebut iaitu NFC itu sendiri.
Sikap berdiam diri NFC pada mulanya memakan diri kerana kerosakan (damage) telah berlaku. Kalau pembaca pergi ke website NFC pun pembaca takkan nampak satu bentuk jawapan dan penjelasan dari pihak NFC. Video sidang media penjelasan oleh pengurusan NFC pun tak letak dekat website sendiri.
Bila tuan punya badan pun buat bodoh dan orang lain kena jawab untuk mereka, itu yang membuatkan pembangkang lebih seronok menyerang. NFC perlu belajar dari LYNAS berkaitan dengan PR. Bagaimana hendak menjelaskan sesuatu isu.
NFC, sekarang ni anda bukan berperang dengan publik yang mahukan maklumat tetapi politikus yang mahu memusingkan cerita. Jadi anda perlu menjelaskan dengan sejelas-jelasnya sehinggakan tiada ruang untuk mereka spin isu ini.
*Kes serangan pembangkang kepada NFC perlu dijadikan tauladan oleh mana-mana pihak terutamanya Kerajaan. Lagi lambat anda buat damage control, lebih banyak serangan yang akan datang dari pihak pembangkang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



0 comments:
Catat Ulasan