Macam biasa, MyMassa suka ambil kartun di Utusan.
Kartun kali ini mengenai baucar 1Malaysia.
Apa yang MyMassa nak tambah adalah perkara ini biasa berlaku kepada mahasiswa kita.
Bukan sahaja bantuan dari segi baucar, bantuan dari segi pinjaman pendidikan (macam PTPTPN) pun mereka sia-siakan. Tak gunakannya untuk menimba ilmu. Bila duit dah habis, pelajaran pulak tak cemerlang, jadilah mereka graduan-graduan tak berkualiti.
Graduan tak berkualiti ni memang susah nak dapat kerja kerana gred pencapaian rendah. Ditambah pula dengan tiada soft skills, memang susah nak lepas temuduga. Bila mereka jadi penganggur, mulalah nak salahkan Kerajaan. Kononnya Kerajaan tak prihatin. Kononnya Kerajaan zalim kerana galakkan pelajar berhutang dengan PTPTN. Tiada biasiswa.
Kepada pelajar macam ni, memang patut pun mereka ni sokong pembangkang. Otak sempit. Mana ada pihak nak bagi biasiswa kepada pelajar tak cemerlang, graduan tak berkualiti. Perlu diingat bahawa PTPTN pun boleh jadi biasiswa kalau cemerlang. Puak-puak ni kalau bagi biasiswa PETRONAS pun lingkup. Tak sedar diri masa dapat duit (waktu belajar), menyesal dan salahkan orang lain bila gagal dalam pelajaran dan gagal untuk membayar.
Graduan tak cemerlang ni memang patut masuk PAS. Sebab dalam PAS, yang tak habis belajar macam Mat Sabu pun boleh jadi Timbalan Presiden.
*Orang yang berjaya cari jalan. Orang yang gagal cari alasan. Kalau tak nak dicop sebagai orang yang gagal, silalah bayar pinjaman pendidikan anda daripada anda cari alasan nak salahkan Kerajaan.




Ala standard la... Mana ade peluang nk cari duit... Xabes belajar bleh jd timb. Presiden? Haa tu si adam adli or ramai lg so called mahasiswa ni nk mengikut..