Isnin, 6 Februari 2012

Sah Nik Aziz Nyanyuk. Keluar Fatwa Sesat Sekali Lagi.

Kenyataan Nik Aziz dalam Harakah.

Kerajaan tidak perlu, hanya bantu rakyat bina masjid
Rizal Tahir, 02 Feb 2012
KOTA BHARU, 2 Feb: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menegaskan kerajaan Kelantan tidak perlu membina masjid, sebaliknya membantu rakyat menyiapkannya.

(TGNA menerima gambar model masjid yg akan dibina dari Iman masjid An Naim Ust Sanusi Derani)


Tuan Guru Nik Aziz seterusnya memberitahu, kerajaan negeri tidak perlu membina masjid di negeri itu sepenuhnya menggunakan wang kerajaan, sebaliknya memberi peluang kepada rakyat turut membangunkannya melalui sumbangan derma peribadi.

“Pihak sebelah sana dok riuh rendah mengatakan kerajaan negeri hanya membina sebuah masjid sahaja, biarlah mereka nak kata apapun, saya selaku ketua kerajaan memberi peluang kepada rakyat saya untuk menderma.

“Kalau kerajaan negeri tanggung semua pembinaan masjid, mana peluang rakyat untuk mencari saham akhirat dengan menderma?”soalnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian pelancaran tabung derma dan jualan lot untuk pembesaran Majid An-Naim, di sini tengahari tadi.

Katanya, tindakan kerajaan negeri itu telah menjadi modal politik pihak tertentu untuk memburukkan kerajaan negeri, sedangkan hasrat sebenar kerajaan negeri adalah sebaliknya.

“Apa yang saya lakukan untuk mencetuskan pemikiran rakyat rezeki yang Allah berikan bukan untuk membeli beras, bayar bil letrik atau air semata-mata, sebaliknya untuk mendapat saham akhirat.

“Sebagai orang Islam kita kena sedar, menderma tuntutan Islam termasuk menderma untuk menyiapkan masjid, tetapi ingat jangan pula kita mencuri untuk menderma,”ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Kelantan yang berada di luar turut menyalurkan sumbangan untuk pembinaan masjid termasuk Masjid An-Naim.

Masjid yang terletak di Seri Cemerlang itu memerlukan RM580,000.00 untuk membeli rumah kedai bagi pembesaran masjid tersebut.

Kepada yang ingin menyalurkan bantuan, sumbangan boleh dibuat atas nama Masjid An-Naim, akaun CIMB Islamic Bank Berhad, 0301 0000 9621 01 dan Kuwait Finance House (M) Berhad 0081 0500 1448.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7900-kerajaan-tidak-perlu-hanya-bantu-rakyat-bina-masjid

Kalau dah tak mampu membangunkan negeri, tak payah nak bagi alasan bodoh macam ni.

Kalau benar Kerajaan Negeri membuka peluang untuk rakyatnya tolong bina masjid, kenapa hanya di KELANTAN sahaja. Kenapa skim derma untuk bina masjid tidak dikembangkan ke negeri lain?

Nik Aziz adalah orang tua gila kuasa yang sudah nyanyuk. Makin lama dia pegang kuasa, makin mengarut kenyataan yang dikeluarkan semata-mata nak tutup kelemahan pentadbirannya.



Woi keramat hidup. Takkan nak pegang kuasa sampai jadi macam MUUM-RA dalam kartun ThunderCats.


*Slogan baru Nik Aziz...... SELAGI BERNYAWA, SELAGI ITU KU BERKUASA.

8 comments:

  • usin says:
    6 Februari 2012 11:52 PTG

    manusia hebat ialah manusia pelik. sekarang ni makin bnyk benda pelik keluar dari mulut nik aziz. nik aziz semakin hebat bukan?

  • Otak geliga says:
    7 Februari 2012 12:08 PG

    alang2 bercakap pasal isu air di Kelantan....ye la MB dah sebutkan....apa kata pulangkan balik RM600juta peruntukan dr kerajaan persekutuan.....lepas tu sama2 la minta derma dr rakyat Kelantan utk peruntukan membina pusat rawatan air......insya-Allah byk pahala.....memandangkan rakyat Kelantan ni kaya2 belaka, dermalah sebanyak mungkin....bukan utk siapa, utk sendiri juga & untuk bekalan akhirat.....air bersih...penting tu...bagusss rakyat Kelantan

    kalau nak kepala org tua ni, mampus rakyat Kelantan dikikisnya.....kononnya utk akhirat....rakyat kau yg susah kau nak suruh derma lagi???.....kalau x reti nak mentadbir negeri jgnlah berangan nak jd MB sampai mati.....menyusahkan betul kalau ada pemimpin begini

  • Tanpa Nama says:
    7 Februari 2012 3:30 PG

    alahaiii pas... kritikal sungguh demo...

  • Tanpa Nama says:
    7 Februari 2012 6:15 PG

    Tahniah kepaa Nik Aziz kerana dapat memberi peluang kepada rakyat untuk mendekatkan lagi diri dengan pintu syurga. Tapi kenyataan ini adalah kenyataan politik, kalau Najib yang cakap macam ni, muka depan Harakah akan mengatakan bahawa kerajaan Najib tidak bertanggung jawab. Kepada sahabat dan yang tak suka saya,ingatlah bahawa jangan di injak agama untuk mencapai cita-cita politik, Niat tidak menghalalkan cara, pijam kata-kata Hadi Awang cara juga tidak menghalalkan niat. Keterangan Hadi dalam isu himpunan sejuta umat dalam isu murtad lebih berlandaskan politik. Bagi mereka Kalau PAS anjur kerana ALLAH kalau orang lain ada niat di sebaliknya. Kalau dulu BN tidak terima cadangan kerana jahil, bila mereka dah ada kesedaran dan mahu berubah maka seharusnya disokong bukan di tentang, inilah jadinya bila agama di injak untuk mencapai matlamat politik. Semuga dibuka hijab untuk melihat kebenaran

  • Tanpa Nama says:
    8 Februari 2012 1:16 PG

    sebab itu dia ni bukan Mursyidul tapi Bullshitul

  • Tanpa Nama says:
    8 Februari 2012 7:26 PTG

    Aduhai rakyat Kelantan kalau anda ingin menderma elok juga menderma kepada rumah anak-anak yatim. Sementara anak-anak yatim masih bersih jernih elok menderma sebab anak-anak yatim belum lagi jadi alat politik.

    Kalau nak derma kepada masjid, banyak masjid yang dibina oleh kerajaan Pusat yang memerlukan pengubahsuaian dan ini juga menjanjikan pahala, gerenti.

  • Tanpa Nama says:
    10 Februari 2012 9:35 PG

    udah2 la tu pok Nik ooooooi, sebabkan kamu ramai org membuat dosa dik mengumpat kamu pencen jee leee.sukur je le atas nekmat umur yg telah Allah beri.

  • Tanpa Nama says:
    10 Februari 2012 9:19 PTG

    takpa buat masjid harapkan derma dari rakyat, pakat buat pahala banyak2. buat tokong siam pok nik bagi pulak duit....nak tambah saham akhirat jugak ker pok nik....

Catat Ulasan