Khamis, 23 Februari 2012

RCI : PERLU LEBIH TELUS


DESAKAN yang sekian lama dilakukan oleh parti-parti seperti PBS, UPKO,SAPP, malah pemimpin-pemimpin tertentu untuk menyiasat kononnya kemasukan pendatang haram dari Indonesia dan Selatan Filiphina ada sebab-musababnya. Ahli Jawatankuasa RCI ini perlu membuka buku sejarah dan mengkaji Undang-Undang negara ini sebelum membuat telahan-telahan yang tidak tepat.

Sebuah kajiah PhD, oleh seorang pensyarah dari University Singapore, Mr. Lee, dalam thesisnya yang bertajuk The North Borneo, mencatatkan bahawa lambakan Imigran-Imigran dari China ke Sabah menjadi penanam sayur telah melahirkan anak cucu cicit mereka yang tidak dapat dikirakan lagi dengan jumlah matematik. Begitu juga kemasukan pekerja-pekerja Indonesia yang dibawa masuk oleh penjajah British (sebelum Sabah merdeka), menunjukkan proses transmigrasi, imigrasi dan migrasi di kepulauan Borneo (termasuk Sarawak dan Brunei), sebenarnya ada lingkaran sejarah yang tidak boleh dihapuskan. Thesis PhD itu menyatakan pergerakan ini berlaku ketika era 1770-an lagi.

Berbalik masa kini, kajian mymassa mendapati Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah lama mewujudkan sebuah unit yang dipanggil Unit Khas Sabah, di mana unit ini berfungsi untuk memeriksa, mengesahkan dan menyiasat pemilik-pemilik My Card yang diragui kesahannya. Ada di antara mereka dihantar ke bahagian siasatan di JPN di mana seseorang yang bermasalah Mycard nya akan disiasat berbulan-bulan lamanya, malah ada yang bertahun kerana untuk mengesahkan, menyiasat dan memastikan pemilik tersebut benar-benar tuan punya Mycard bukanlah satu kerja yang mudah.

Begitu juga, lawatan Mymassa ke bahagian Permohonan Kewarganegaraan menunjukkan, proses memohon Kerakyatan Malaysia bukanlah satu proses yang mudah dan singkat. Memang diakui,berduyun-duyun orang asing sama ada dari China, Indonesia, Pakistan, Thailand, Mynmar, India dan macam-macamlah wajah boleh ditemui di JPN menunjukkan kesungguhan mereka untuk memohon Kewarganegaraan Malaysia.

Oleh itu, RCI di Sabah perlu melihat semua perkara ini, bahawa kerajaan memang memberi kebenaran kepada orang asing yang hendak menjadi warganegara Malaysia, tetapi dengan syarat-syarat yang sangat ketat, meliputi tempoh masa mereka menetap di Malaysia, tiada kes jenayah, dan perlu melalui beberapa proses di Jabatan Imigresen, perlu juga melalui proses penduduk sementaran pendudk tetap sebelum menjadi waarganegara.

Kajian RCI ini sepatutnya menyeluruh juga sehingga ke semenanjung Malaysia, dengan melibatkan pemegang-pemegang pas pelancongan dan pas pelajar dari negara China yang didapati tidak pulang-pulang ke negara asal mereka.

RCI tidak sepatutnya hanya menumpukan kepada orang-orang Islam sahaja yang telahpun layak memohon kewarganegaraan Malaysia, setelah mereka melalui semua proses yang panjang itu, mereka menjadi warganegara Malaysia dan berhak mendapat apa yang mereka boleh dapatkan. Pernahkah kita mempersoal kes Yuan Yu Fang yang mendapat taraf kerakyatan yang singkat dan beberapa nama lagi. Di manakah dia sekarang dan apakah sumbangannya kepada negara pada harin ini.

Maka itu, Mymassa berharap RCI itu akan berfungsi lebih telus, lebih terbuka dan melihat kepada semua aspek. Jangan hanya mempersoalkan kenapa orang Islam semakin ramai di Sabah atau di Malaysia? Tetapi tidak pula mempersoalkan yang di sebaliknya?

Anda sudah tentu ada angka dan fakta yang lebih detail!

0 comments:

Catat Ulasan